Sunday, May 17, 2015

FAHAMI TAFSIRAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN ADALAH PENTING

Malam tadi Kuala Terangganu bagai nak runtuk kerana rusuhan penonton di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Entah berapa nilai kerugian tidak terhitung ditambah pula dengan berapa ramai antara mereka ditahan polis. Alangkah ruginya, stadium yang baru siap diperbaiki, baru mula digunakan, sudah mengalami kerosakan lagi. Kalau dulu rosak kerana teknikal, kali ini rosak kerana emosi manusia yang sukar dikawal.

Semua ini berlaku gara-gara tidak puas hati dengan keputusan perlawanan antara Terangganu dengan lions dari Singapura. Kekecohan berlaku akibat segelintir penonton tidak boleh menerima keputusan pengadil membatalkan gol yang disumbat pasukan Terangganu kerana ‘off-side’.

Itulah yang terjadi dan akan terus terjadi andainya kita masih memakai emosi melebihi akal. Jadi adalah lebih baik jika kita berbalik kepada peraturan atau undang-undang permainan agar kita lebih memahami setiap situasi dan setiap tindakan pengadil yang bertugas. Fahami undang-undang itu dan tafsirkan dengan akal yang waras.

Ternyata tindakan pengadil perlawanan malam tadi adalah betul dan tepat. Gol itu memang patut tidak dikira kerana ia bertepatan sekali dengan Undang-undang 11 dalam peratruran permainan bolasepak. Kita harus mengambil kira juga kedudukan pengadil pada masa itu sangat hampir dengan insiden off-side tersebut sedangkan para penonton melihat dari tempat duduk yang letaknya sangat jauh berbanding pengadil.

Nampaknya penonton dan peminat bolasepak tanahair masih kurang kematangan mereka dan sukar memahami dan tidak boleh mentafsirkan undang-undang permainan dengan betul. Pihak berkaitan khasnya Persatuan –persatuan Bolasepak Negeri dan kelab harus berbuat sesuatu. Sekurang-kurangnya kumpulkan ahli-ahli kelab peminat masing-masing dan adakan taklimat tentang perkara ini dari semasa ke semasa. Setidak-tidaknya kita telah berusaha kea rah mutu penonton yang berkualiti selepas ini.


Selain itu, para pengulas sukan juga harus mengikut langkah yang sama. Mereka sendiri juga seharusnya memahami dan dapat mentafsirkan undang-undang permainan dengan baik bila membuat ulasan, tidak ‘main hentam’ sahaja seakan-akan melakukan satu provokasi pula. Para pengulas sukan patut diberim’kursus’ yang serupa. Jadi selepas ini tidaklah lagi ada ulasan-ulasan yang negatif terhadap para pengadil yang bertugas.

No comments:

Post a Comment