Biasanya tumbuhan ini tumbuh meliar di kawasan semak samun dan tidak pernah dipedulikan orang. Jarang sekali ia dijadikan tumbuhan hiasan kerana pokoknya yang tidak cantik dan bunganya juga tidak menarik. Ia boleh menjadikan halaman seperti tidak terurus.
Oleh kerana ia tumbuhan jenis rizom atau berubi, seperti halia dan kantan, penanamannya memerlukan penjagaan yang rapi dan memakan laman yang luas.
Kebiasaan orang menggunakan lempoyang untuk membersihkan kulit muka iaitu dengan mengaambil bahagian isinya, diparut serta direbus. Air rebusan ini ditapis dan diminum. Untuk lebih menyelerakan, air tadi dicampur demgam gula batu serta madu.
Selain dari itu, lempoyang juga digunakan untuk menambah selera makan iaitu ia bertindak sebagai mana vitamin kepada tubuh badan manusia.
Bagaimanapun penemuan terbaru kini menunjukkan lempoyang sangat mujarab merawat kanser servik namun ia masih lagi dalam kajian dan proses masih berterusan.
Apapun, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah merupakan langkah yang terbaik.