Wednesday, September 25, 2019

ANTARA AKAR DAN AWAN


Usah berbicara
tentang apa-apa rahsia kepada awan
ia akan berarak pergi menjauh
dan bercerita kepada alam
sambil membawa mendung di langit
dan hujan turun membasuh semua kedukaan
sambil mengubah kepada cerita baru
sehingga orang percaya
kerana ia nampak dipandang mata.

Jika mahu
berceritalah kepada akar
ia kukuh mencengkam bumi
teguh berdiri dan tidak memungkiri janji
tertanam dalam menyimpan segala rahsia
tidak memungkinkan siapapun tahu
dan segala rahsia tertanam
di tempat kita berdiri.

#puisigila_230919
#madsahak
#langkawi