Hari ini mungkin hari bersejarah bagi para pengadil bolasepak di KFA. Begitu juga dengan para AJK serta Pemilai-penilai Pengadil yang berdaftar. Pagi ini diadakan satu Seminar Pindaan Undang-undang Permainan Bolasepak bagi 2019/2020 yang diadakan di Dewan Seminar Institut Perguruan Darulaman bermula jam 8.30 hingga petang nanti. Sudah tentu sambutan yang diberikan untuk perkara penting itu sangat meggalakkan lebih-lebih lagi akan disampaikan oleh bekas pengadil FIFA yang tersohor yang sekarang ini menjadi instruktur pengadilan FIFA, Tuan Subkhiddin Salleh.
Semoga mereka akan mendapat banyak manfaat dari seminar tersebut. Tahniah diucapkan kepada KFA yang berjaya menganjurkan satu seminr yang berguna yang memang dinanti-nantikan lebih-lebih lagi bolasepak sekarang ini sudah lama berada di status profesional dan seminar seperti ini belum pernah diadakan.
Sebagai salah seorang AJK Pengadil Persatuan Bolasepak Kedah, sepatutnya saya hadir turut serta dalam seminar tersebut. Saya tidak berbuat demikian kerana beberapa hal yang menghalang dan juga demi menjaga kredibiliti diri sendiri sebagai AJK yang semakin tercalar.
Sebenarnya AJK Pengadil KFA tidak langsung pernah berbincang tentang seminar yang diadakan ini.
Semua pelaksanaannya datang dari Pegawai Pembangunan Pengadil yang entitinya di luar dari AJK. Sepatutnya PPP membawa perkara ini ke dalam mesyuarat AJK dan pihak jawatankuasa meluluskan program dan melaksanakannya. Pelaksanaannya pula adalah dengan membuat jemputan kepada semua AJK serta RA dan juga para pengadil sasaran iaitu Kebangsaan dan Pra-kebangsaan.
Apa yang berlaku adalah semua peserta mesti mengisi borang penyertaan dan dihantar secara email kepada PPP, bukan AJK. Jadi pelaksanaannya dalah atas tanggungjawab PPP bukannya AJK Pengadil KFA. Saya sebagai AJK tidak menerima sebarang jemputan secara rasmi menghadiri seminar tersebut.
Mungkin keadaan sudah berubah. Semuanya melalui komputer sekarang ini. Yang jadi masalah bukan kerana komputer itu tetapi kenapa tidak diadakan perbincangan dalam AJK? Dan tidak sesuai lagi untuk saya berada di dalamnya kerana saya dapati PPP lebih jauh digunakan dalam bidang ini. Adalah lebih baik AJK dibubarkan sebab perlantikan pengadil bertugas pun bukan dibuat AJK lagi tapi oleh PPP.
Jadi kepada mereka saya ucapkan selamat berseminar!