Tumbuhan berikut dipanggil Paku Rawan. Ia banyak terdapat di kawasan berair seperti di parit dan longkang serta di sawah padi, tumbuh bersama rumpai yang lain. Tumbuhan ini berbatang lembut dengan daunnya yang hijau, menjadi kegemaran masyarakat Melayu sebagai ulaman yang sedap.
Keseluruhan tumbuhan ini dibersihkan dan direbus supaya lembut, boleh dimakan untuk menyejukkan badan. Bagi mereka yang mengalami sembelit juga elok mengamalkan memakannya sebagai ulam. Orang tua-tua amat menggemari ulam paku rawan ini.
Selain itu, pokok ini sangat berguna bagi melawaskan penghadaman kerana ia mempunyai serat daun dan bunga yang mempercepatkan proses di dalam usus.
Bunganya berwarna kuning yang sangat cantik dilihat dari dekat. Bunga ini direbus dan dimakan bersama daun dan batangnya.
Walau apapun, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah terbaik.
Wednesday, July 28, 2010
Tuesday, July 20, 2010
KHASIAT BAYAM
Bayam atau "Amaranthus sp." adalah sejenais sayuran yang mudah didapati di tempat kita. Malahan menanamnya juga tidaklah payah, hanya dengan menabur bijinya sahaja ke tanah. Rasa sayur bayam sangat sedap. Ia lembut dan manis, membuatkan semua golongan orang suka memakannya lebih-lebih lagi bila dimasak sayur manis.
Tidak hairanlah jika di zaman silam sayur ini menjadi kegemaran Raja Bersionng sehinggalah membawa kepada cerita kegemaran baginda meminum darah manusia. Asalnya juga dari penyediaan sayur bayam ini juga.
Ada beberapa jenis bayam terdapat di negara kita iaitu jenis hijau, bayam merah, bayam duri dan juga bayam lembut. Bayam lembut ini kadang-kadang dipanggil bayam bunga atau bayam tahi lembu.
Apa jenis bayam sekalipun, ia dimakan sebagai sayur disamping menjadi herba yang merawar penyakit. Di samping rasanya yang sedap dan manis, ia digunakan juga untuk menyejukkan badan. Bayam mempunyai banyak vitamin terutama B2 dan C.
Biasanya abayam diamalkan memakannya bagi rawatan untuk kesihatan mata, Citamin yang terkandung di dalamnya boleh menyegarkan dan mencerahkana mata.
Bayam duri sangat baik untuk kesihatan tapak kaki. Bagi orang yang sering mengalami kesakitan di tapak kaki, rebusa keseluruhan pokok bayam duri yang telah dibersihkan, apabila air rebusan itu telah suam, rendamkan kaki ke dalamnya.
Bayam merah pula dipercayai boleh mengawal tekanan darah rendah. Bagaimanapun, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah yang paling baik.
Sunday, July 18, 2010
JANDA MERANA
Jika dilihat pada namanya sahaja tentulah melucukan. Sesudah biasa mendengar pokok janda kaya, kali ini kita berkenalan pula dengan pokok Janda Merana.
Pokok ini dinamakan pokok 'janda merana' mungkin kerana keadaan bunga dan buahnya yangkecil berbanding dengan pokok yang besar. Ini adalah pokok berkayu keras dan berbanir akarnya dan tidak sesuai ditanam di halaman rumah. Ia boleh digunakan untuk mendapat teduhan dan sering ditanam di tepi-tepi pagar.
Namun begitu keupayaannya dalam merawat penyakit sangat sediit diketahui malah tidak dipedulikan mungkin kerana pokoknya yang tinggi menyukarkan untukmendapat buah, bunga dan daun.
Walau bagaimanapun, pokok ini boleh ditanam di dalam pasu untuk membantutkan pertumbuhannya dan ia dibiakkkan melalui semainan biji benih dan juga keratan batang.
Buah dan bunga bersama daunnya digunakan dalam merawat beberapa masalah kesihatan seperti sakit kepala, demam dan cirit-birit. Caranya adalah dengan merebus bahagian-bahagian tadi dan air rebusan itu digunakan semasa mandi dan membersih diri.
Insyaallah! Namun berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah satu langkah yang baik.
Pokok ini dinamakan pokok 'janda merana' mungkin kerana keadaan bunga dan buahnya yangkecil berbanding dengan pokok yang besar. Ini adalah pokok berkayu keras dan berbanir akarnya dan tidak sesuai ditanam di halaman rumah. Ia boleh digunakan untuk mendapat teduhan dan sering ditanam di tepi-tepi pagar.
Namun begitu keupayaannya dalam merawat penyakit sangat sediit diketahui malah tidak dipedulikan mungkin kerana pokoknya yang tinggi menyukarkan untukmendapat buah, bunga dan daun.
Walau bagaimanapun, pokok ini boleh ditanam di dalam pasu untuk membantutkan pertumbuhannya dan ia dibiakkkan melalui semainan biji benih dan juga keratan batang.
Buah dan bunga bersama daunnya digunakan dalam merawat beberapa masalah kesihatan seperti sakit kepala, demam dan cirit-birit. Caranya adalah dengan merebus bahagian-bahagian tadi dan air rebusan itu digunakan semasa mandi dan membersih diri.
Insyaallah! Namun berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah satu langkah yang baik.
Thursday, July 15, 2010
POKOK SAMBUNG NYAWA
Mengikut cerita pokok ini mendapat nama sebegitu dari orang asli yang kehabisan makanan di hutan. Oleh kerana terlalu lapar, mereka mendapatkan pucuk-pucuk pokok ini dan memakannya. Dan sesudah itu mereka dapat meneruskan hidup mereka sehingga sampai balik ke penempatan mereka dengan selamat.
Dari itulah mereka menamakan pokok ini sebagai Sambung Nyawa kerana menyelamatkan mereka dari kelaparan semasa di hutan.
Nama lain untuk pokok ini ialah Daun Dewa, Akar Sebiak, Sirih Cina dan nama botaninya pula ialah ‘Gynura Procumbens’ Ada juga orang memanggilnya dengan nama Selemai Merah.
Pokok ini banyak kegunaannya dalam perubatan tradisional di samping ia sedap dimakan sebagai ulaman. Pokok Sambung Nyawa ini boleh dibiakkan melalui keratan batang dan mudah tumbuh di tempat redup dan berair.
Keseluruhan pokok ini, dari daun hingga ke akarnya digunakan bagi mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah di samping menurunkan tekanan darah yang tinggi. Selain itu, daun sambung nyawa boleh digunakan untuk rawatan sembelit, kencing manis, kanser dan masalah buah pinggang.
Menurut orang yang telah biasa mengamalkannya, memadai dengan memakan dua atau tiga helai daunnya sehari untuk tujuan tersebut.
Namun denikian, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah terbaik.
Tuesday, July 13, 2010
JARUM TUJUH BILAH
Pokok Jarum Tujuh yang dikenali sebagai 'Pereskia Sacharosa' adalah pokok yang berasal dari Korea tetapi didapati tumbuh dengan mudah di Indonesia, Malaysia dan juga Thailand. Tumbuhan ini menjadi tumbuhan hiasan yang populer kerana keindahan bunganya dan juga struktur pokok yang cantik.
Pokok ini adalah dari famili kaktus iaitu pokok yang mudah tumbuh melalui keratan batang. Ia juga boleh dibiakkan melalui semaian biji benih tetapi agak lambat. Setakat ini terdapat 2 jenis pokok jarum tujuh atau jarum tujuh bilah iaitu yang berbunga ungu dan jingga.
Ia dinamakan demikian kerana terdapat gugusan duri di batangnya yang terdiri dari 7 bilah setiap gugusan. Durinya runcing dan lembut. Daun dan pucuknya boleh dimakan sebagai ulam. Ia rangup dan lazat. Begitu juga dengan buahnya.
Daun dan bunga pokok jarum tujuh bilah ini dikatakan berupaya merawat kanser, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Namun ia lebih tertumpu kepada kanser usus dan hidung. Berbagai cara memakananya untuk rawatan penyakit seperti dimakan sebagai ulam, meminum jusnya dan juga dengan cara meminum air rendaman atau rebusan daun dan bunganya.
Walau bagaimanapun, adalah diingatkan agar tidak memakannya dengan banyak sekaligus, ia boleh mendatangkan bahaya kepada sesetengah orang yang tidak tahan dengan demam dan selesema. Memadailah dua atau tiga helai daun untuk sekali makan.
Sunday, July 11, 2010
URANG-ARING
Pokok yang dikenali sebagai False Daisy ini dikenali juga sebagai Daisy Paya yang nama botaninya ialah ‘Eclipta Prostrata’. Pokok ini tumbuh liar di kawasan-kawasan terbiar dan di lembah-lembah yang berair dan lembab. Kadang-kadang boleh dilihat tumbuh di tepi-tepi jalan dan longkang sahaja.
Pokok urang-aring ini boleh membiak dari peercambahan biji benih dan juga dari keratin batang. Ia mudah tumbuh. Bunganya kecil berwarna putih seperti daisy, sebab itu dipanggil ‘False Daisy’.
Urang-aring mempunyai beberapa kegunaan dalam perubatan herba. Yang paling kerap digunakan adalah untuk rawatan rambut yakni bagi menghitamkan rambut. Daunnya dilumatkan dan disapu kepada rambut. Amalkan dan rambut akan sentiasa hitam, tidak beruban.
Urang-aring mempunyai beberapa kegunaan dalam perubatan herba. Yang paling kerap digunakan adalah untuk rawatan rambut yakni bagi menghitamkan rambut. Daunnya dilumatkan dan disapu kepada rambut. Amalkan dan rambut akan sentiasa hitam, tidak beruban.
Selain itu, pokok ini juga boleh digunakan untuk merawat ulcer, sakit kepala dan tekanan darah tinggi selain dari membantu dalam pembesaran hati. Jusnya jika diminum boleh menghilangkan sesak nafas bagi kanak-kanak. Tetapi mesti dicampur dengan madu terlebih dahulu.
Daunnya yang dilumatkan boleh disapu untuk menghilangkan bengkak. Selain dari itu, dalam perubatan Cina, urang-aring ini digunakan untuk merawat batuk dan berak berdarah.
Walau apapun, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah yang paling baik.
Walau apapun, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah yang paling baik.
Thursday, July 8, 2010
POKOK AJAIB
Pokok Ajaib atau dikenali sebagai 'Syisepalum Dulcificum' dikatakan ajaib kerana ia boleh meneutralkan semua jenis asid. Buahnya tawar tetapi apaa yang dimakan selepas memakannya akan terasa manis belaka walaupun benda-benda yang masam asalnya. Kandungannya mempunyai 'miraculin' yang menyebabkan rasa manis pada semua yang dimakan dan manis tersebut adalah manis semulajadi.
pokok ini berasal dari Afrika dan di sana daunnya digunakan bagi membaiaki makanan yang sudah rosak atau basi. Pokok ini dikenali juga sebagai 'miraculous berry' iaitu berry ajaib.
Bunganya berwarna putih manakala buahnya berwarna hijau dan bertukar menjadi merah apabila telah masak dan boleh didapati sepanjang tahun. lapisan pada buah inilah yang mendatangkan rasa manisa menghilangkan semua rasa masam pada barang lain yang dimakan
Sebagai sejenis herba, ia digunakan sebagai bahan rawatan demam, kencing manis, malaria, buasir dan batuk. Boleh juga dimasukkan sehelai daunnya ke dalam nasi yang ditanak bagi menahan nasi itu supaya tidak basi untuk sehari atau dua hari.
Sebagai sejenis herba, ia digunakan sebagai bahan rawatan demam, kencing manis, malaria, buasir dan batuk. Boleh juga dimasukkan sehelai daunnya ke dalam nasi yang ditanak bagi menahan nasi itu supaya tidak basi untuk sehari atau dua hari.
Labels:
miraculous berry,
pokok ajaib,
syisepalum dulcificum
Sunday, July 4, 2010
TEJA
Pokok teja merupakan tumbuhan liar yang mudah didapati di pinggir-pinggir hutan dan di tanah-tanah terbiar. Pokok ini dibiarkan hidup untuk mendapatkan teduhan kerana keimbunannya. Untuk tujuan tersebut kadang-kadang poko teja atau ‘Cinomomun Culilawan’ ditanam di taman-taman di kawasan perumahan.
Pokok teja adalah dari famili pokok kayu manis dari segi rupa daun, batang dan kulitnya. Cuma daun pokok kayu manis agak pendek dan bulat dibanding dengan daun teja.
Teja mempunyai aroma yang kuat dan mengandungi banyak khasiat dari segi perubatan tetapi jarang diberi perhatian kecuali batangnya digunakan dalam industri pembuatan ubat nyamuk.
Daun pokok ini boleh dicampur bersama air suam untuk mandian bagi menghilangkan lenguh-lenguh dan sangat sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak.
Selain itu, pucuknya boleh dibuat ulam dan baik untuk membuang angin. Waalau bagaimanapun, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah terbaik.
Subscribe to:
Posts (Atom)