Malam tadi Kuala Terangganu bagai nak runtuk kerana rusuhan
penonton di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Entah berapa nilai kerugian
tidak terhitung ditambah pula dengan berapa ramai antara mereka ditahan polis. Alangkah
ruginya, stadium yang baru siap diperbaiki, baru mula digunakan, sudah
mengalami kerosakan lagi. Kalau dulu rosak kerana teknikal, kali ini rosak
kerana emosi manusia yang sukar dikawal.
Semua ini berlaku gara-gara tidak puas hati dengan keputusan
perlawanan antara Terangganu dengan lions dari Singapura. Kekecohan berlaku akibat
segelintir penonton tidak boleh menerima keputusan pengadil membatalkan gol
yang disumbat pasukan Terangganu kerana ‘off-side’.
Itulah yang terjadi dan akan terus terjadi andainya kita
masih memakai emosi melebihi akal. Jadi adalah lebih baik jika kita berbalik
kepada peraturan atau undang-undang permainan agar kita lebih memahami setiap
situasi dan setiap tindakan pengadil yang bertugas. Fahami undang-undang itu dan
tafsirkan dengan akal yang waras.
Ternyata tindakan pengadil perlawanan malam tadi adalah
betul dan tepat. Gol itu memang patut tidak dikira kerana ia bertepatan sekali
dengan Undang-undang 11 dalam peratruran permainan bolasepak. Kita harus
mengambil kira juga kedudukan pengadil pada masa itu sangat hampir dengan
insiden off-side tersebut sedangkan para penonton melihat dari tempat duduk
yang letaknya sangat jauh berbanding pengadil.
Nampaknya penonton dan peminat bolasepak tanahair masih
kurang kematangan mereka dan sukar memahami dan tidak boleh mentafsirkan
undang-undang permainan dengan betul. Pihak berkaitan khasnya Persatuan –persatuan
Bolasepak Negeri dan kelab harus berbuat sesuatu. Sekurang-kurangnya kumpulkan
ahli-ahli kelab peminat masing-masing dan adakan taklimat tentang perkara ini
dari semasa ke semasa. Setidak-tidaknya kita telah berusaha kea rah mutu
penonton yang berkualiti selepas ini.
Selain itu, para pengulas sukan juga harus mengikut langkah
yang sama. Mereka sendiri juga seharusnya memahami dan dapat mentafsirkan
undang-undang permainan dengan baik bila membuat ulasan, tidak ‘main hentam’
sahaja seakan-akan melakukan satu provokasi pula. Para pengulas sukan patut
diberim’kursus’ yang serupa. Jadi selepas ini tidaklah lagi ada ulasan-ulasan
yang negatif terhadap para pengadil yang bertugas.
No comments:
Post a Comment