Seperti
dijangkakan, akhirnya muktamad TMJ meletak jawatan Presiden FAM bermula
semalam. Adios! Kerusi itu memang panas dan tiada lagi orang yang sanggup duduk
sebagai presiden sehinggakan orang yang begitu lantang mengkritik FAM selama
bertahun-tahun akhirnya mengalah juga sesudah setahun berada di ‘takhta’
bolasepak Malaysia. Hal ini sangat bertentangan dengan janji dan hasrat ketika
awal perancangan beliau untuk menduduki tempat tersebut sebelum ini.
Tetapi
ayat yang digunakan sebagai alasan meletak jawatan itu sangat kasar dan tidak
sepatutnya keluar dari mulutnya secara rasmi. Semua individu yang terlibat dan
masih ada dalam barisan kepimpinan FAM pasti terasa. Sebagia manusia biasa yang
waras pasti tercuit perasaannya bila mendengar pengucapan seorang yang
berkedudukan tinggi dan sangat dihormati. Antara percaya dengan tidak, tetapi
itulah yang berlaku.
“…….Sudah tiba
masanya untuk tidak lagi berkhidmat dengan pihak yang bersikap bodoh sombong
dan kurang pandai dalam menilai kemajuan yang telah dibawa.”
Kepada
siapa ayat ini ditujukan? Siapa yang dimaksudkan sebagai pihak yang bodoh
sombong oleh baginda? Inilah yang menjadi persoalan. Dan rasanya luahan seperti
itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang berkedudukan tinggi. Usah
pandang rendah kepada orang lain. Jika mahu berhenti, berhenti sajalah, tidak
usah timbulkan konflik kepada orang lain. Bodoh sombong maknanya bodoh tapi berlagak pandai. Kepada siapa gelaran ini ditujukan. Pegawai? Peminat? Hanya beliau yang tahu dan siapa makan cili dia yang rasa pedasnya. Takut nanti dikatakan “bodoh tidak
boleh diajar dan cerdik tidak boleh ditumpang”.
Semua
orang mahukan kemajuan dan orang ini dipilih menduduki kerusi Presiden itu
adalah kerana ingin melihat kemajuan yang cuba dibawanya. Jadi usahlah
menempelak bahawa orang kurang pandai menilai kemajuan yang telah dibawa.
Sebenarnya orang mahu melihat kemajuan tersebut tetapi sebelum sempat maju anda
sudah berhenti. Ranting patah di tengah jalan, orang pun susah mahu bergayut.
Tetapi
biasalah sifat manusia, jika sudah tidak suka dan tidak berupaya, semua orang
salah belaka. Dahulu sebelum dilantik menjadi presiden bukan sedikit kenyataan
dan serangan terhadap badan induk bolasepak tanah air dilemparkan. Tentu kita
tidak lagi lupa tentang isu maklumat dalam ‘pendrive’ yang ditunjukkan,
kononnya ada berbagai maklumat salahlaku pegawai-pegawai FAM. Bila disiasat,
semuanya kosong sahaja.
Begitu
jugalah kenyataan sebelum dipilih sebagai presiden bahawa di suatu masa “saya
akan menjahanamkan bolasepak Malaysia.” Dan sekarang bolasepak Malaysia memang
sudah jahanam., Dari kedudukan 175 sudah turun ke paras 178. Dengan Monggolia
pun sekadar seri. Misi sudah berjaya, jadi apa tunggu lagi.
Begitulah
sifat manusia. Bila di waktu kita sayang, macam mana pun tidak apa.
Adios!
No comments:
Post a Comment