1. Perlantikan CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif KFA disambut
baik ramai peminat bolasepak tanahair khasnya dari negeri kedah sendiri.
Peminat Helang Merah merasakan pihak pentadbiran KFA kali ini lebih serius
supaya tidak berulang sejarah hitam kegagalan beraksi diperingkat Asia
gara-gara kerja sambil lewa para pegawainya. Seperti mendapat harapan baru,
perlantikan tersebut dirasakan kena pada tempatnya bagi menyelesaikan beberapa
kemelut pentadbiran KFA.
2. Salah satu aspek yang perlu mendapat perhatian CEO ini
adalah tentang fungsi Jawatankuasa Pengadil yang kebelakangan ini dilihat tidak
berjalan seperti yang sepatutnya. Ada individu di dalam senarai jawatankuasa
tersebut mengambil kesempatan daripada hubungan akrabnya dengan SU Kehormat dan
juga Presiden KFA mendominasi Jawatankuasa Pengadil KFA untuk kepentingan
dirinya. Orang itu adalah Pegawai Pembangunan Pengadil yang dilantik KFA dan
direstui FAM. Diharap CEO yang baru dilantik ini dapat memainkan peranan dan
mengembalikan kedudukan JK Pengadil KFA di tempat sepatutnya serta meletakkan
PPP sebagai entiti sokongan sahaja.
3. Jawatankuasa Pengadil dan Pegawai Pembangunan Pengadil
adalah dua entiti yang tidak serupa walaupun kedua-duanya berkisar pada perkara
yang serupa iaitu pengadil bolasepak. Walaupun berada di blok yang sama, tugas
tetap tidak serupa. Inilah yang tidak difahami kebanyakan orang termasuk ahli
jawatankuasa dan Pegawai Pembangunan Pengadil sendiri. Pada anggapan PPP, semua
yang berkaitan dengan pengadil adalah di bawah kuasanya tanpa beliau menyedari
bahawa beliau adalah ahli yang berada di bawah kuasa Jawatankuasa Pengadil.
Dengan tiada kefahaman tersebut maka timbullah berbagai masalah dan
pertelingkahan.
4. Hal ini sepatutnya sudah lama diperbetulkan oleh pihak
yang bertanggungjawab terutama oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil sendiri
ataupun SU Kehormat boleh menggunakan kuasanya member nasihat. Tetapi oleh
kerana sekalipun tidak pernah hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengadil bagaimana
Pengerusi hendak meneliti semua ini. Dan oleh kerana tiada setiausaha yang
mencatat minit mesyuarat, bagaimana laporan mesyuarat akan samapai ke meja
Setiausaha Kehormat. Lalu sekartang orang melihat apa yang berlaku sangat
melucukan.
5. Program untuk pengadil sepatutnya diputuskan oleh
Jawatankuasa, diputuskan oleh PPP. Peruntukan ribuan ringgit yang sepatutnya
disalurkan melalui Jawatankuasa, diberikan kepada PPP. Dahulu tidak pernah
berlaku jadual bertugas para pengadil untuk sesuatu pertandingan hanya
dikeluarkan beberapa jam sebelum sepakmula, sekarang berlaku tanpa memikirkan
komitmen lain yang perlu dilaksanakan oleh pengadil. Pengadil juga manusia
mempunyai tanggungjawab yang lain. Bila sekali dipertikaikan, pengadil itu
disenaraihitamkan.
6. Dahulu tidak pernah berlaku perkara sebegini. Belum
pernah terjadi Jawatankuasa Pengadil tidak pernah bertemu atau bermesyuarat
dalam jangkamasa yang panjang iaitu setahun dalam 2016. Bayangkan bagaimana
program dijalankan dan bagaimana peruntukan disalurkan. Tentulah semuanya
terarah kepada PPP kerana beliau merasakan beliau paling berkuasa dalam bidang
pengadil tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Pengadil. Ini adalah gara-gara PPP
dan Jawatankuasa Pengadil tidak memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing.
7. Sepatutnya perancangan dan sebarang program adalah
dibawah kuasa dan tugas Jawatankuasa Pengadil yang diputuskan dalam mesyuarat.
Begitu juga dengan hal-hal perlantikan pengadil untuk pertandingan di bawah
KFA. Pegawai Pembangunan Pengadil pula adalah bertanggungjawab mengendalikan
proses peningkatan pengadil dari aspek kecergasan dan pengetahuan pengadilan
dan melaporkan kepada Jawatankuasa apabila diminta. Tetapi apa yang berlaku di
KFA adalah sebaliknya. Jawatankuasa Pengadil dinafikan terus fungsinya manakala
PPP melakukan semuanya secara “One Man Show” dengan meletakkan Jawatanakuasa
Pengadil di bawah arahannya. Dan semua ini tidak boleh ditegur kerana bagi
beliau setiap teguran itu sebagai tidak menurut kehendaknya dan orang yang
membuat teguran menerima akibatnya. Inilah yang terjadi kepada Mohd. Dahri dan
saya sendiri kerana sering mempertikaikan kredibiliti PPP ini.
8. Yang peliknya, apa yang berlaku ini seperti direstui pula
oleh Setiusaha Kehormat, Dato’ Aminudin Omar dan Dato’ Seri Presiden sendiri
atas kapasiti PPP ini kenalan baik mereka. Apa saja keputusan yang dibuat oleh
PPP diterima bulat-bulat oleh SU Kehormat ini.
9. Perkara ini berlaku dengan jelas dari tahun 2015
hinggalah di awal tahun 2017 ketika saya masih berada di dalam Jawatankuasa
Pengadil KFA. Tegasnya PPP sangat berkuasa melebihi Jawatankuasa Pengadil
sehinggakan untuk mengadakan Ujian Kecergasan Tahunan mesti menunggu PPP ada
kelapangan dan kerana terlalu sibuk pada 2016 langsung tidak diadakan ujian
tersebut.
10. Atas cadangan PPP jugalah pada awal 2017, satu senarai
Ahli Jawatankuasa Pengadil KFA yang baru dibuat dan dipersembahkan kepada SU
Kehormat. Tanpa usul periksa senarai itu diluluskan dan ditandatangani oleh SU
Kehormat surat penamatan tugas beberapa AJK yang sepatutnya berakhir pada 2018.
11. Belum pernah terjadi PPP begitu tinggi kuasanya seperti
yang berlaku di KFA. Lihatlah FA negeri-negeri lain waima PFA (Pulau Pinang)
yang sekecil itupun pandai berorganisasi. Dan lihatlah setakat ini yang terbaik
dilakukan oleh PAFA (Perak). Dan JK pengadil munkin tidak tahu bagaimana
peruntukan untuk sesuatu program dipohon dan disalurkan. Tidak siapa yang ambil
tahu, asal PPP membuat permohonan, ianya diluluskan.
12. Perkaraa-perkara yang beginilah yang perlu diperbetulkan
oleh CEO yang dilantik ini bagi meningkatkan profesionalisma dan juga
meningkatkan wibawa Jawatankuasa Pengadil KFA sendiri. Tidak salah melantik
Jawatankuasa Eksekutif menjadi pengerusi tetapi lantiklah Timbalan Pengerusi
dalam kalangan bekas-bekas pengadil kebangsaan yang ada kerana mereka lebih
tahu masalah pengadil. Biarlah kuah tumpah ke nasi supaya tidak membazir dan
kena pada tempatnya.
Sekian sahaja. Terimakasih.
ADIOS!
Tiada cerita baru.
ReplyDelete