2. Melihat pada senarai AJK yang dilantik untuk tahun 2015/16, tidak ada orang lain yang lebih senior. Lalu fikiran pun terbayangkan peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum mengundurkan diri kira-kira 8 tahun yang lalu. ada peristiwa membuat kita serik mahu bersama seperti dulu, dan ada juga peristiwa yang membuat kita rasa terkilan sama sekali.
3. Kali pertama menganggotai jawatankuasa ini kira-kira tahun 1986 ketika saudara Khalid Ariffin masih ada dan menjadi setiausaha. Semuanya berjalan lancar kerana kebetulan waktu itu saya juga menganggotai KFA sebagai Ahli Majlis. Dan pada waktu yang sama saya juga disenaraikan sebagai Pengadil Kebangsaan untuk Liga Semi-pro yang berjalan pada tahun-tahun selepas itu.
4. Selepas Khalid tiada dan tidak lagi terlibat dengan pengadilan, Hamzah mohammad (Allahyarham) pula menjadi pengerusi dan saudara Md Isa menjawat jawatan setiausaha. Beberapa tahun selepas itu berlalu dengan baik dan hubungan saya dengan mereka berjalan dengan sempurna. Saya sering dilibatkan dengan program-program pembangunan pengadil dan sering dibawa ke merata tempat untuk menyampaikan ilmu kepada para pengadil baru. Saudara Md Isa juga pada masa itu menjawat jawatan Pegawai Pembangunan Pengadil KFA dan saya sering membantu beliau dalam banyak aspek termasuk pembangunan dan perlantikan pengadil bertugas dalam liga-liga Kedah. Kadang-kadang hingga lewat malam meninggalkan anak-anak yang masih kecil untuk hadir membuat perlantikan bagi perlawanan esoknya. Ada kalanya anak-anak terpaksa dibawa bersama kerana pada waktu tersebut isteri berkursus.
5. Saya pernah menyediakan satu kertaskerja mengenai Program Pengadil Remaja seperti yang diminta oleh saudara Hamzah. Akhirnya saudara Hamzah mengkhianati saya dengan membuang nama saya sebagai penulis kertaskerja tersebut dan menggantikannya dengan namanyasebagai penulis. Saya terlalu kecil hati bila mendengar sendiri beliau mebentangkan kertas kerja tersebut dalam satu mesyuarat Majlis KFA yang saya menjadi anggotanya. Akhirnya program itu mendapat perhatian dan satu Seminar Pengadil Remaja telah diadakan di Yan, Kedah dengan menjemput saudara Mohamad Nazri Abdullah (Allahyarham) sebagai penceramah utama.
6. Saudara Md Isa, PPP ketika itu juga telah melukakan hati saya membuat saya tawar hati untuk meneruskan khidmat saya sebagai JK Pengadil. Beliau melakukannya dua kali dan saya undur diri kerana beberapa sebab tersendiri. Dan saya menganggap semuanya sudah suratan dan ianya bukan rezeki saya.
7. Kali pertama saya merasa kecil hati bila suatu hari saudara Sivamuni menghantar pesanan ringkas melalui telefon saya memberitahu dia telah dilantik oleh FAM sebagai 'Match Commosioner'. Saya terfikir bahawa lantikan itu adalah cadangan KFA dan tentulah dari sumber JK Pengadil atau PPP. Saya yang bersusah payah saban waktu memberi bantuan dan sumbangan tentang kursus dan perlantikan, tetapi PPP hanya nampak saudara Siva yang langsung tidak terlibat dengan program pembangunan atau jawatankuasa pengadil untuk diberi tugas tersebut. Di mana sebenarnya maruah saya jika saya terus berkhidmat dengan KFA? Tetapi saya teruskan juga bertugas seperti biasa kerana mewngganggap itu bukan rezeki saya. Dan selepas itu saya keluar dari menjadi anggota JK Pengadil.
8. Kali kedua yang membuat saya terus membuat keputusan berhenti bila pulang dari taklimat tentang venue di Kelana Jaya FAM. Bayangkanlah saya pergi memandu kereta dari Yan ke Kelana Jaya dengan meninggalkan anak-anak, pada hari Jumaat pula tanpa sesen pun dibayar oleh FAM ataupun KFA. Bila saya bangkitkan hal tersebut kepada saudara Md Isa, mudah saja jawapan beliau: Nanti diberi tugas, dapatlah bayarannya.
9. Saya panjangkan hal ini kepada Setiausaha Kehormat KFA pada waktu itu iaitu Puan Salomi melalui satu surat rasmi. Sampai ke hari ini, sesudah setiausaha bertukar ganti, saya masih tidak mendapat jawapan yang rasmi. Lepas itu saya terus berhenti dan mengundurkan diri.
10. Jadi, apa sangatlah yang dapat saya sumbangkan selepas ini kerana yang pasti sumbangan kita tidak akan dihargai dan diberi penilaian yang wajar. Cuma rasa cinta terhadap bidang ini membuat hati saya melonjak kembali dan harapannya agar tidak dikecewakan lagi.
Insyaallah!
No comments:
Post a Comment