1. Akhir-akhir ini berbagai isu melanda Jawatankuasa Pengadil KFA sessi 2018 - 2022 yang akhirnya beberapa persoalan timbul. Dan dalam beberapa persoalan itu ada antaranya menjadi misteri kepada beberapa AJK badan itu sendiri. Dan saya sendiri berbelah bahagi mencasri rumusan bagaimana perkara begini boleh berlaku dalam era profesional ini. Semua kalangan AJK bukanlah sembarangan orang, masing-masing ada kredibiliti masing-masing. Semuanaya ada pengalaman dalam pentadbiran dan juga bidang pengadilan. Tapi yang menjadsi persoalan, mengapa masing-masing tidak berfikiran positif antara satu dengan lain. Perbezaan pendapat memang lumrah dan perkara biasa tetapi ada yang tidak dapat menerima perbezaan itu yang menjadi polemik dalam organisasi.
2. Semuanya bermula ketika tindakan hendak diambil terhadap seorang Pengadil Kebangsaan yang didakwa menumbuk salah seorang AJK Pengadil KFA selepas satu sessi latihan di Stadium Mini Tengku Anum, Jitra. Ekoran peristiwa tersebut Jawatankuasa Disiplin AJK Pengadil KFA telah berbincang dan melakukan siasatan kes tersebut. AJK yang terlibat iaitu setiausaha Jawatankuasa Pengadil tidak hadir. Rumusan dari siasatan tersebut tidak dapat dibuat kerana kekurangan bukti dan saksi dan JK Disiplin tersebut mengambil keputusan akan mengadakan sekali lagi sessi siasatan sebelum menjatuhkan hukuman.
3. Tidak semena-mena seminggu selepas itu kenyataan dikeluarkan oleh setiausaha Jawatanakuasa Disiplin Pengadil iaitu dengan memaklumkan hukuman yang telah diputuskan dari suatu mesyuarat padahal setakat yang kami tahu mesyuarat tidakpun dijalankan. Pengadil terlibat digantung tugas sehingga hujung Oktober 2019, manakala setiausaha JK Pengadil digantung tugas hingga akhir Disember 2019 atas kesalahan provokasi hingga mencetuskan peristiwa. Dan yang tidak dijangkakan seorang AJK Pengadil pula kononnya didapati terlibat menggangu siasatan dan diberi amaran keras.
4. Yang menjadi persoalan sekarang, siapa sebenarnya yang membuat keputusan? Badan Disiplin Jawatankuasa Pengadil tidakpun mengadakan mesyuarat untuk menjatuhkan hukuman. Dan hukuman terhadap dua orang ahli AJK Pengadil KFA tidak sah kerana JK ini tidak mempunyai hak untuk menghukum mereka yang dilantik oleh Ahli Majlis. Hanya Lembaga Disiplin KFA sahaja ayang boleh menjatuhkan hukuman kepada dua orang ini.
5. Jadi siapa sebenarnya yang menyalahgunakan kuasa hingga menyebabkan perkara begini berlaku? Dan didapati Pwengadil Kebangsaan yang jelas menumbuk Setiausaha Jawatanakuasa Pengadil mendapat hukuman ringan iaitu penggantungan sehingga hujung Oktober manakala setiausaha JK Pengadil yang kononnya melakukan provokasi digantung sehingga akhit tahun. Logikkah berlaku begini?
6. lalu, apa kabar Jawatankuasa Pengadil KFA?
No comments:
Post a Comment