Sunday, July 29, 2018

SEGALANYA MUNGKIN

1. Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kabarnya baru selesai proses pemilihan pengurusan baru selepas kerajaan negeri bertukar. Mengikut perlembagaan perdsatuan sukan tersohor itu, Presidennya adalah Menteri Besar dan apabila MB bertukar, maka keseluruhan pengurusan juga pasti bertukar. Kena pula tempoh pengursan terdahulu telahpun tamat dan pemilihan baru telah diadakan.

2. Kabarnya ramai muka-muka baru telah dipilih sebagai Ahli Majlis dan eksekutifnya yang langsung tiada kena mengena dengan kerajaan terdahulu. Ramai anggota exco yang kebetulan mewakili kerajaan dahulu tidak lagi bertanding, maka yang terpilih kali ini adalah dari kumpulan yang mesra kerajaan baru khasnya dari parti pemerintah iaitu Pakatan Rakyat. Hanya beberapa orang sahaja yang dilihat sebagai berkecuali, tidak mewakili mana-mana parti politik.

3. Namun sebagai yang dijangka, jawatan-jawatan penting dalam senarai pengurusan adalah orang-orang PH tidak kira dari PBBM, Aamanah ataupun Keadilan Rakyat. Ini termasuklah Presiden, Setiausaha Kehormat dan ahli-ahli Eksekutif yang lain. Jadi individu dalam kalangan inilah yang dilantik mempengerusikan jawatankuasa kecil pengurusan tertentu. Dan pengerusi-pengerui inilah yang diharap akan melantik ahli-ahli yang akan mengerakkan aktiviti setiap bahagian. Untuk melihat semua jawatankuasa kecil tentulah bukan perkara mudah. Jadi untuk entri ini saya hanyalah memfokuskan kepada Jawatankuasa Pengadil kerana itulah bidang yang saya ceburi sejak muda hinggalah berusia emas ini.

4. Kali ini Jawatankuasa Pengadil bukanlah berasal dari kancah politik. Taun Haji Shaferi Rejab adalah tokoh pentadbiran dari UUM yang sangat berpengalaman dalam bidang sukan khasnya bolasepak dan ragbi. Beliau pernah menguruskan kompleks sukan di UUM dan sering diberi tugasan penting dalam beberapa kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Jadi bersesuai dengan pengalaman beliau, tentulah mengendalikan jawatankuasa kecil begini tidak memberi sedikit masalah kepadanya. Sebelum inipun beliau terlibat secara langsung di KFA dengan menjawat jawatan Pengerusi Pertandingan Tempatan dan pernah juga menjadi pemain bolasepak di KFA.

5. Namun beliau perlulah berhati-hati apabila memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil kerana jawatankuasa ini sangat memerlukan banyak perubahan. Dari ketandusan pengadil kebangsaan dari KFA yang boleh diketengahkan dalam kelas utama, beliau perlu mencari jalan bagaimana meningkatkan pencapaian para pengadil ke tahap yang mencabar itu. Biarlah selepas ini pengadil dari KFA dapat menyamai pencapaian belasan tahun dahulu. Semua ini adalah tanggungjawab masing-masing yang akan dipilih nanti menganggotai Jawatankuasa Pengadil KFA untuk sessi yang baru bermula ini. Siapa yang menjadi pilihan Haji shaferi Rejab masih menjadi tandatanya.

6. Tentulah pengerusi yang baru ini mempunyai wawasan yang berlainan ke arah meningkatkan kebolehan dan keupayaan pengadil KFA setanding dengan pengadil dari negeri lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dan tentunya AJK yang lama akan meninggalkan kenangan kerana ternyata mereka tiada keupayaan berbuat demikian walaupun mendapat mandat untuk beberapa tahun yang berakhir sebaik sahaja selesai pemilihan Ahli Majlis yang baru. Tentulah Haji Shaferi mempunyai senarai orang-orangnya yang difikirkan boleh membawa perubahan kepada lanskap pengadilan di negeri Kedah.

7. Kemungkinan juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil yang baru ini akan merujuk kepada Pengerusi yang lepas iaitu Datuk Othman Aziz ataupun timbalannya En Khamal Idris Ali, Terapi jika itulah caranya, pengerusi ini berbuat silap. Mantan Pengerusi yang tidak pernah hadir mesyuarat dan tidak kenal pun AJK tentulah tidak boleh dijadikan tempat merujuk perkara ini. Begitu juga dengan Timbalannya yang tidak mempunyai kekuatan diri dalam perkara ini, akan mengeruhkan juga arena pengadilan di KFA. Tak dapat tidak Tuan Haji Shaferi kenalah membuat keputusan sendiri melantik AJK dalam kalangan individu-individu yang banyak pengalaman.

8. Namun segalanya mungkin kerana bumi boleh berubah dan dunia sentiasa berputar. Kita tunggu dan lihat.

ADIOS!

No comments:

Post a Comment