Memang sudah diagak, penajaan yang hendak dibuat adalah
gimik semata-mata. Sedang peminat Helang Merah ternanti-nanti penampilan
‘Terlajak Laris’, Datuk Aliff Shukri secara rasmi, tiba-tiba terlajak terus.
Banyak pihak memberi berbagai andaian kenapa penajaan tidak diterima KFA dan
kebanyakannya memberi fakta yang belum tentu benar. Masing-masing memantulkan
pendapat yang ada logiknya tetapi ramai juga yang mengaitkan ‘penyakit lena’
presiden KFA yang juga Menteri Besar Kedah sendiri.
Apapun, masing-masing mempunyai hak untuk memberi pandangan
tetapi adalah lebih patut kita menjaga bahasa kita dari mengaitkan perkara ini
dengan peribadi sesiapa sahaja termasuklah peribadi Datuk Ahmad Bashah yang
belum pasti kebenarannya.
Yang penting pihak yang menaja hendaklah memahami bahawa
mereka bukanlah pemilik. Bila sesebuh pasukan itu ditaja seseorang, orang itu
bukanlah memiliki pasukan itu. Lalu jika kita bukan pemilik, mengapa harus kita
mahu berbuat sesuka hati. Lihatlah apa yang berlaku di Kelantan. Penaja
kelihatan ‘lebih sudu dari kuah’.
Jika betul-betul mahu ‘mewarnakan’ sesebuah pasukan ataupun,
jadilah pemilik pasukan itu. Buat macam Datuk Noordin yang terus membeli dan
memiliki kelab Bari di Italy. Bila kita jadi pemilik, apa yang kita buat tak
akan ada sesiapa boleh mengganggu apa yang kita hendak buat.
Berbalik kepada pasukan Helang Merah yang setakat ini masih
tidak menerima tajaan The Herbs, Datuk Aliff Shukri usahlah terkilan atau
marah-marah kerana hak KFA adalah jelas untuk menolak tajaan tersebut jika ada
perkara-perkara yang tidak dapat ditunaikan daripada 49 syarat yang digariskan
olehnya. Tindakan Datuk Aliff untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap
KFA adalah langkah yang bagus untuk menyelesaikan kemelut tersebut.
Biar mahkamah yang tentukan kedudukan siapa benar dan siapa
tidak benar dari masing-masing dalam kalangan kita membuat berbagai andaian
yang hanya berlandaskan nafsu.
Cuma ada baiknya difikirkan sejenak kedudukan perkara ini.
Biarpun pembangunan yang dicadangkan atas tanah yang menjadi isu dalam masalah
ini atas dasar usahasama, kita harus ingat bahawa KFA dan kerajaan negeri
adalah dua entiti yang berlainan. Biarpun ditadbir oleh orang yang sama,
Presiden KFA tidak boleh bertindak sesuka hati bagi pihak kerajaan negeri.
KFA adalah hanya sebuah persatuan bolasepak yang dikendlikan
Presiden dan Ahli Majlis manakala kerajaan negeri pula di bawah pentadbiran
Menteri Besar dan anggota Exco. Jadi Datuk Ahmad Bashah bertindak betul menolak
penajaan tersebut memandangkan syarat yang diletakkan akan menyebabkan beliau
dilihat melangkaui kuasa yang ada padanya.
Fikirkanlah bahawa penaja bukanlah pemilik. Jika ada wang
dan kita hendak berbelanja untuk orang lain makan, belanja sajalah tanpa
meletakkan syarat untuk mendapat balasan.
No comments:
Post a Comment