Masalah
soalan peperiksaan bocor bukanlah perkara baru tetapi ia menjadi isu bila
soalan itu datang betul-betul seperti soalan peperiksaan sebenar. Hal ini telah diperkatakan dalam entri terdahulu.
Tetapi wajarkah
golongan guru dipersalahkan. Walaupun perbuatan membocorkan soalan tidak
beretika kajian harus dibuat agar pihak yang lain juga harus sama-sama
bertanggungjawab.
Para
ibu bapa terlalu mementingkan ‘A’ dalam setiap peperiksaan dan kebijkasanaan pelajar
diukur dengan berapa banyak ‘A’ yang diperolehi. Pelajar yang kurang bijak pun
diharapkan untuk mendapat keputusan begitu.
Kementerian
Pelajaran juga berperanan menggesa para guru berusaha untuk mencapai peratusan
yang tinggi dalam setiap peperiksaan. KPM menekan Jabatan Pelajaran Negeri, JPN
menekan Pegawai Pendidikan Daerah dan PPD menekan para Guru Besar dan Pengetua.
Akhirnya guru juga yang menjadi mangsa apabila pencapaian sekolah merosot yakni
tidak tinggi peratrusan lulusnya sesuatu peperiksaan.
Orang
tidak bertanya bagaimana bagusnya para pelajar di sekolah. Yang selalu ditanya
pihak sekolah adalah jumlah pelajar yang mendapat ‘A’ dalam setiap
matapelqjaran.
Ibu
bapa marahkan guru bila anak mereka tidak memperoleh keputusan cemerlang. Guru
Besar bertanya guru kenapa kurang sangat pelajar mendapat ‘A’. PPD memanggil
guru-guru yang pelajar mereka sangat kurang mendapat ‘A’. Jabatan Pelajaran
Negeri sentiasa meminta laporan post-mortem kenapa sesebuah sekolah turun
peratusan ‘A’nya.
Akhirnya
semua meletakkan tanggungjawab atas bahu guru. Semua guru yang kena jawab
akhirnya biar siapapun bertanya.
Jadi
bukan guru sahaja yang patut dipersalahkan. Guru membuat yang terbaik untuk
pelajarnya tetapi dengan cara yang salah. Dan rangkaian guru-guru yang terlibat
ini adalah ramai. Lihatlah nanti, akan ada lagi penahanan guru-guru ini dalam
masa beberapa hari lagi.
Nasib kamulah, guru. Niat mahu memebri 'A' pada para pelajar, sudah lain jadinya. nanti ada yang kena tindakan berhenti kerja kerana niat murni itu.
No comments:
Post a Comment