“………Saya tidak harus menjadi
mangsa kecaman kerana sasaran skuad Negara bukanlah Sukan Komanwel, tetapi
sebaliknya pada pentas Sukan Asia,” – Muhammad Dharmaraj Abdullah, Jurulatih
Joki Negara.
Seorang jurulatih yang
bertanggungjawab pasti tidak akan mengeluarkan kenyataan seperti itu. Seorang
jurulatih yang benar-benar bagus tidak akan lari dari tanggungjawabnya dengan
komen yang boleh menjadi bahan ketawa atau jenaka hebat seperti ini.
Kalau Sukan Komanwel bukan
pentas mencari pingat, kenapa PHM beria-ia menghabiskan puluhan ribu ringgit
menghantar para pemain dan pegawai ke Glasgow, Scotland. Kalau Sukan Komanwel
hanyalah pentas untuk mengenal pemain ke Sukan Asia, lebih baik buat peniulaian
di Negara sendiri, tak payah buang masa dan wang ringgit ke kejohanan tersebut.
Dan sekiranya Sukan Asia lebih
penting daripada Sukan Komanwel, lebih baik siapkan diri untuk Sukan Asia
sahaja daripada membuang masa dan tenaga ke Sukan Komanwel. Wang ringgit habis,
imej hoki Negara turut tercalar.
Bagi kami, Sukan Asia dan Sukan
Komanwel sama pentingnya. Pentas Asia dan Komanwel melibatkan Negara yang tidak
sama dan kalau kita menilai sesuatu sukan peringkat antarabangsa seperti ‘Sukan
Kampung’ sahaja, sampai bilapun kita macam itu juga, pasti tiada kemajuan.
Biarlah medan mencari dan
menilai pemain lebih berkisar di perlawanan dalam Negara atau mana-mana
perlawanan antarabangsa yang lain, bukan di temasya seperti Sukan Komanwel.
Itulah jenaka hebat dari
Persatuan Hoki Malaysia untuk tatapan rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment