Monday, August 19, 2013

KERA DI HUTAN DISUSUI, ANAK DI BUAIAN DITINGGALKAN.........

Kata-kata 'Kera Di Hutan Disusui' sesuai sekali ditujukan  kepada Syarikat I-environment, syarikat yang mengikat kontrak dengan Majlis Daerah seluruh negeri Kedah Darulaman. Syarikat inilah yang bertanggung-jawab melupuskan sampah dan menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

Di kawasan saya, Daerah Yan yang terkenal dengan kawasan pelancongan dan kawasan bersih juga adalah di bawah tanggung-jawab 'environment' ini sebuah syarikat yang amat tidak berguna dan hipokrit.

Baru-baru ini suatu sumber mendedahkan syarikat ini mengupah beberapa pekerja dari Sri Lanka dengan upah yang lumayan, RM1500.00 sebulan. Setiap 3 bulan pekerja ini akan bertukar kerana mereka datang dengan visa pelancong. Lepas 3 bulan 6 orang yang lain pula akan dilihat bertugas menyapu dan mengumpul sampah, membersih jalan dan membersih longkang.

Dan jumlah RM1500 itu pula bukannya menjadi habuan pekerja-pekerja import tersebut sebaliknya mereka hanya menerima RM900 sahaja. Bakinya dipungut oleh agen pekerja asing yang membawa mereka masuk. Kemudian penyelia setiap daerah pula mendapat pula ganjaran berupa sewa rumah RM500 sebulan dari pekerja-pekerja tersebut.

Cubalah kita fikirkan jika wang sejumlah itu diberi kepada anak-anak muda tempatan yang tercari-cari kerja, tentu mereka tidak menolaknya. Tetapi tidak kerana jika diambil pekerja tempatan, agen tadi tak boleh cari makan dan penyelia tidak dapat menyewakan rumah mereka.

De daerah Yan sahaja terdapat 6 orang setiap 3 bulan. Bayangkan di daerah lain pula, entah berapa orang. Dan agen-agen ini tentu sibuk mencari makan dengan mendapat untung atas angin.

Itulah yang dikatakan kera dihutan disusui, anak di buaian ditinggalkan. 

I-environment sungguh tidak bertanggung-jawab!


No comments:

Post a Comment