Salam buat semua!
Ada yang bertanya knapa lama tidak kelihatan di halaman ini. Dan sekarang aku hiasi Laman ini dengan kembangnya mawar di halaman rumah untuk tatapan. Mungkin kita tidak sedar bahawa mawar atau ros ini boleh dijadikan kordial yang menyegarkan terutama mawar yang berwarna merah.
Rebuskan bunga mawar ini bersama sedikit gula. Apabila telah mendidih, tapiskan dan bolehlah dijadikan kordial atau sirap untuk dibancuh dan diminum. Ia minuman yang menyegarkan!
Salam Madishak, lama tak nampak, ingat tak sehat ke ape, selamat berblogging balik. Bagus jugak kalau ade bunga ros kat rumah ye, boleh buat sirap, tak payah guna essence ros macam saya.
ReplyDeleteSalam kembali, puan!
ReplyDeleteLebih menyelerakan jika ros yang merah.
salam..kena bubuh racun ulat dak?
ReplyDelete