Kemelut yang melanda Kerajaan Negeri Perak sekarang ini tak ubah seperti ungkapan yang sangat populer sehingga hari ini iaitu ‘dua kali lima’. Ada penggubah lagu juga menggunakan tajuk yang sama kepada lagu ciptaannya kerana keunikan ungkapan tersebut. Kadang-kadang ungkapan ‘dua kali lima dan lima kali dua’ digunakan sebagai gurauan atau sendaan kepada orang-orang atau kes-kes tertentu.
Dua kali lima dan lima kali dua bermaksud keadaan dua pihak yang serupa kerana jawapannya tetap sepuluh, tidak ada perbezaan. Begitulah politik yang diamalkan di Malaysia walaupun setengah pemimpin parti-parti politik sentiasa mempertahankan bahawa ahli-ahli politik Malaysia telah memasuki era yang sangat matang. Matang macam mana tak tahulah.
Kemelut terbaru, apabila dua ADUN yang juga EXCO Kerajaan Negeri Perak menghilangkan diri, PKR menggelabah menuding jari kepada UMNO kononnya parti itu bermain kotor dengan menyembunyikan mereka berdua dan seterusnya menuduh BN merasuah Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Md Radzi untuk melompat ke dalam UMNO.
Samalah seperti BN sebelum itu yang menganggap PKR telah menjanjikan jawatan dalam Kerajaan Negeri membolehkan Datuk Nasaruddin melompat dari BN ke PKR. Samalah kedua-duanya.
Anwar menuduh UMNO sebagai perasuah politik apabila menuduh parti itu bertangung-jawab atas kehilangan kedua-dua ADUN tersebut dan seterusnya akan menyertai BN. Tetapi di masa yang sama barangkali Anwar lupa bahawa sejak selesai PRU12 dulu beliau sendiri berkelana ke segenap negeri melobi mencari sokongan untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau juga menawarkan berbagai-bagai janji kepada Ahli Parlimen BN yang ingin melompat parti. Serupa jugalah, itupun rasuah politik juga.
Anwar sampai saat ini masih menanamkan rasa benci di sanubari pengikut-pengikutnya terhadap Najib dengan melemparkan berbagai tuduhan. Dia menyebut Najib sebagai ‘Najib Mongolia’ sebagai menggambarkan Najib terlibat dengan pembunhan Altantuya. Dia masih dengan prinsipnya bahawa semua tuduhan liwat ke atasnya adalah fitnah semuanya, tetapi di masa yang sama beliau menuduh UMNO khasnya Najib dengan berbagai-bagai tuduhan. Bukankah ini juga fitnah namanya?
Apa jenis manusia bila orang lain menuduh kita berbuat salah, kita anggap semuanya fitnah tapi bila kita menuduh orang lain kita anggap ia sah. Tentulah tidak masuk akal sebab kedua-duanya sama sahaja. Tiada bukti. Kedua-dua pihak tidak mahu percaya segala bukti yang ada. Yang herannya PAS turut percaya semua cakap Anwar.
Nak percaya Akuan Bersumpah? Akuan Bersumpah Ketua PKR Ipoh, Fauzi Muda sukar dipercayai kerana beliau mengambil masa terlalu lama iaitu hampir setahun untuk melakukannya dan beliau sendiri mengaku tiada bukti yang konkrit. Lagipun sekarang sedah menjadi satu trend baru membuat Akuan Bersumpah. Hari ini buat, esok buat lagi satu menafikan yang dibuat semalam. Orang tidak takut lagi membuat Akuan Bersumpah.
Mohd. Saiful bukan main lagi bersumpah dengan kalimah ‘Wallahi’ sambil memegang Quran,hilang perasaan malunya semata-mata untuk menegakkan kebenaran. Itupun orang tidak percaya. Inikan pula sumpah sesama manusia, lagilah orang tidak mahu percaya.
Sumpah Najib dengan nama Tuhan ketika menafikan kes dengan Altantuya pun orang tidak percaya. Sumpah Fauzi Muda juga orang boleh pertikaikan seperti PKR mempertikaikan sumpah Saiful dan sumpah Najib. Mungkin orang akan bersuara ada pihak yang menaja Fauzi untuk membuat Akuan Bersumpah demikian. Esok mana tahu, ada pihak yang menaja lebih lagi dan buat Akuan Bersumpah sekali lagi.
Inilah yang dikatakan politik dua kali lima dan lima kali dua. Kita mengata orang berbuat itu dan ini tapi kita pun sama juga, melakukaan hal yang serupa. Tiada bezanya.
Kata PAS dahulu kita tidak boleh menyokong UMNO kerana parti Melayu itu bercampur dengan orang kafir iaitu Cina dan India. Ramai orang Melayu yang terpengaruh dan berpecah-belah kerana fatwa tersebut.
Sekarang PAS sendiri bercampur dan berbaik-baik dengan DAP dan PKR yang terdiri dari kaum yang dibencinya dahulu iaitu Cina dan India. Bukankah serupa jadinya. Habis keliru orang-orang kampung kerana politik dua kali lima PAS ini. UMNO berbaik dan bercampur dengan kaum-kaum tersebut dikatakan kafir, tapi PAS bersekongkol dengan kaum-kaum yang sama tidak salah pula.
Yang betulnya semua sama sahaja. Dua Kali Lima jawabnya sepuluh dan Lima Kali Dua jawabnya sepuluh juga. SAMA.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMemang benar Saudara, 2 X 5
Saya pun tunggu bila agaknya mereka nak percaya dengan Sumpah Saiful dengan Kalimah nama Allah swt yang Maha suci tu.
macamana tak jadi 2x5 or 5x2 jawapan 10 juga ... orangnya orang tu juga .. dah memang dalam darah daging dorang tu .. dah terbiasa cenggitu, alih camana pun, akan cenggitu jugalahh .. selagi tak kembali kepada ALlah dan Rasul dlm erti kata sebenar .. macam tu jugalahh ... p bubuh lah tang mana pun .. dorang tu tak rugi apa .. kayo rayo sekelip mato!! yg merananya rakyat jelata .. dorang tu peduli apo .. janji pakcik dah kayo!!!
ReplyDelete