Kadang-kadang pokok ini dipanggil pokok patawali. Ia tumbuh liar di hutan dan menghasilkan bunga putih yang harum. Pokok ini adalah dari jenis tumbuhan herba yang berubi atau berakar seperti pokok halia dan boleh dibiakkan dengan menanam akarnya itu.
Satu keistimewaan patawali atau gandasuli ini adalah bunganya yang boleh dikeringkan. Bunga yang kering ini dimasak bersama sayur yang lain. Ia dimakan untuk menyejukkan badan. Orang-orang Cina suka sayur ini.
Bunga gandasuli hanya boleh bertahan selama tidak lebih 3 hari. selepas itu ia akan layu dan gugur sebagai bunga kering yang tidak berguna lagi. Dan batangnya juga akan turut kering selepas lebih kurang 2 minggu. Pokok yang telah berbunga tidak akan berbunga untuk kali kedua.
Daripada berbicara tentang isu-isu yang tiada kesudahan, lebih baik bercerita tentang tumbuh-tumbuhan yang bermanfaat ini.
ReplyDeleteSekurang-kurangnya ada ilmu yang boleh dikongsikan.
Mane nak dapat bunga ni?
ReplyDeleteWangi sgt
ReplyDelete