Tuesday, December 31, 2019

JAWATANKUASA PENGADIL KFA HANYA NAMA SAHAJA

1. Sepanjang penglibatan dalam bolasepak, saya hanya fokuskan kepada bidang pengadilan sahaja. Saya memulakan penglibatan itu dengan menjadi ahli Persatuan Pengadil Negeri Kedah pada tahun 1976 dengan menjadi pengadil tanpa kelas. Ketika itu saya banyak terlibat mengadili perlawanan-perlawanan melibatkan sekolah-sekolah di Kedah. Edan selepas lulus peperiksaan peringkat kebangsaan pada tahun 1986, saya terus diiktiraf sebagai salah seorang Pengadil Kebangsaan ketika itu bersama-sama beberapa orang lagi pengadil yang lain. Dan ketika itulah juga baru sahaja di bentuk Jawatankuasa Pengadil Negeri Kedah. Lalu saya disenaraikan sebagai salah seorang AJK dan kebetulan pada masa itu juga saya dilantik sebagai Ahli Majlis KFA mewakili daerah Yan. Saya menganggotai Jawatakuasa tersebut sehingga saya berhenti pada tahun 2001 atas sebab-sebab peribadi.

2. Namun pada tahun 2015, secara tiba-tiba saya dijemput semula untuk duduk bersama beberapa sahabat dalam satu Jawatankuasa Pengadil KFA yang baru yang dipengerusikan En Khamal Idris Ali. Tetapi jodoh tidak panjang dan akhirnya pada awal 2017 saya digugurkan sekali lagi setelah tidak sependapat dengan Pegawai Pembangunan Pengadil ketika itu. Tahulah saya bahawa di dalam apa-apa organisasi kita mesti 'yes' sahaja. Jika bangkang sedikit, akibatnya tersingkirlah kita. Itulah yang terjadi.

3. Akhirnya pada tahun 2018, sesudah terbentuk pengurusan baru dalam KFA, saya dijemput sekali lagi menganggotai Jawatankuasa Pengadil. Kali ini pengerusinya adalah Tuan Haji Shafferi Rejab, bekas pemain Kedah dan juga bekas pemain ragbi kebangsaan. Suasana kali ini terasa lain sedikit kerana berada di zon yang sama pendapat. Itulah yang baiknya pada mulanya.

4. Tentulah orang tertanya-tanya kenapa saya sering keluar masuk dalam senarai AJK tersebut, tetapi itulah hakikat diri. Saya tidak boleh duduk berdiam diri dalam satu organisasi khasnya dalam satu jawatankuasa hanya sebagai penumpang dan sebagai 'yesman' sahaja. Saya lebih selesa berkata yang benar dari menjadi pak turut dan mengambil kesempatan. Apa yang tyidak kena tetap saya suarakan dan nasiblah siapa yang 'kena' dalam setiap kritikan yang saya buat.

5. Kali pertama dahulu saya direhatkan dari JK Pengadil KFA atas alasan saya mengkritik pentadbirn KFA yang ketika itu setiausahanya adalah seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan surat tuntutan perbelanjaan saya mewakili KFA ke taklimat Venue Coordinator yang pertama kali diadakan di Wisma FAM pada tahun 2000. Dan lagi pada ketika itu jasa dan sumbangan saya tidak dihargai langsung sebaliknya manfaat diberikan kepada orang lain yang tidak pernah menyumbang apa-apa. Saya rasa amat tertipu pada waktu itu.

6. Bila masuk semula ke dalam Jawatankuasa Pengadil KFA buat kali kedua, kami dijanjikan dengan beberapa pembaharuan yang menarik dan sesuai dengan hasrat sayamemajukan lagi bidang pengadilan bolasepak di negeri Kedah dan kebangsaan. Tapi janji itu rupa-rupanya topeng semata-mata. Kali ini pernan PPP lebih camca dari bubur. Semua orang mesti dengar cakapnya hinggakan pengerusi sendiri tidak boleh betindak sendiri, apatah lagi AJK. Sesudah beberapa kritikan saya buat dan cuba membela salah seorang AJK yang dianiaya, akhirnya saya digugurkan dengan diberikan surat ucapan terima kasih. Laporan salah laku dan salah guna kuasa yang saya buat terhadap PPP menyebabkan saya yang dikenakan tindakan dan PPP semakin naik tocang.

7. Kemasukan kali ketiga ke dalam Jawatankuasa Pengadil KFA pada mulanya diharap dapatlah melengkapkan segala hasrat yang terbantut sebelum ini iaitu memajukan bidang pengadilan bolasepak di Kedah dan dapatlah membawa organisasi kepengadilan di negeri ini ke tahap yang lebih baik. Namun akhirnya harapan itu berkecai juga di pertengahan jalan. Terlalu banyak kerenah dan hipokrasi dalam pengurtusan menyebabkan timbul kerosakan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan AJK sendiri.

8. sesudah Setiausaha JK ini direhatkan tugas atas sebab beberapa amasalah, SU Sementara dan seorang dua AJK yang lain mengambil peluang membuat keputusan sendiri dan menyalahgunakan kuasa dalam beberapa keputusan. Keputusan-keputusan dibuat dan program dilaksanakan tanpa bermesyuarat dan mereka berdua sahaja yang putusakn. Kadang-kadang keputusan ini melibatkan perkara-perkara penting yang sepatutnya dibawa berbincang terlebih dahulu. Penyalahgunaan kuasa ini sangat kritikal dan dan berada di tahap membimbangkan. semua ini tidak disedari oleh pihak-pihak yang lain termasuk pengerusi sendiri dan juga pihak pengurusan KFA. Pihak di atas itu termakan dengan gula-gula yang diberikan oleh mereka ini.

9. Namun begitu, mereka semua adalah teman-teman saya dan tentu sukar untuk saya menyuarakannya. Tetapi atas dasar dan prinsip yang saya pegang selama hidup saya ini, saya pasti tidak boleh berdiam diri. Dan Jawatankuasa Pengadil ini tinggal nama sahaja. Nantilah, saya akan ulaskan lagi rentetan perkara ini dalam entri selanjutnya.

Sekian. Terimakasih.
Adios!

Saturday, December 28, 2019

APA KABAR JAWATANKUASA PENGADIL KFA?

1. Akhir-akhir ini berbagai isu melanda Jawatankuasa Pengadil KFA sessi 2018 - 2022 yang akhirnya beberapa persoalan timbul. Dan dalam beberapa persoalan itu ada antaranya menjadi misteri kepada beberapa AJK badan itu sendiri. Dan saya sendiri berbelah bahagi mencasri rumusan bagaimana perkara begini boleh berlaku dalam era profesional ini. Semua kalangan AJK bukanlah sembarangan orang, masing-masing ada kredibiliti masing-masing. Semuanaya ada pengalaman dalam pentadbiran dan juga bidang pengadilan. Tapi yang menjadsi persoalan, mengapa masing-masing tidak berfikiran positif antara satu dengan lain. Perbezaan pendapat memang lumrah dan perkara biasa tetapi ada yang tidak dapat menerima perbezaan itu yang menjadi polemik dalam organisasi.

2. Semuanya bermula ketika tindakan hendak diambil terhadap seorang Pengadil Kebangsaan yang didakwa menumbuk salah seorang AJK Pengadil KFA selepas satu sessi latihan di Stadium Mini Tengku Anum, Jitra. Ekoran peristiwa tersebut Jawatankuasa Disiplin AJK Pengadil KFA telah berbincang dan melakukan siasatan kes tersebut. AJK yang terlibat iaitu setiausaha Jawatankuasa Pengadil tidak hadir. Rumusan dari siasatan tersebut tidak dapat dibuat kerana kekurangan bukti dan saksi dan JK Disiplin tersebut mengambil keputusan akan mengadakan sekali lagi sessi siasatan sebelum menjatuhkan hukuman.

3. Tidak semena-mena seminggu selepas itu kenyataan dikeluarkan oleh setiausaha Jawatanakuasa Disiplin Pengadil iaitu dengan memaklumkan hukuman yang telah diputuskan dari suatu mesyuarat padahal setakat yang kami tahu mesyuarat tidakpun dijalankan. Pengadil terlibat digantung tugas sehingga hujung Oktober 2019, manakala setiausaha JK Pengadil digantung tugas hingga akhir Disember 2019 atas kesalahan provokasi hingga mencetuskan peristiwa. Dan yang tidak dijangkakan seorang AJK Pengadil pula kononnya didapati terlibat menggangu siasatan dan diberi amaran keras.

4. Yang menjadi persoalan sekarang, siapa sebenarnya yang membuat keputusan? Badan Disiplin Jawatankuasa Pengadil tidakpun mengadakan mesyuarat untuk menjatuhkan hukuman. Dan hukuman terhadap dua orang ahli AJK Pengadil KFA tidak sah kerana JK ini tidak mempunyai hak untuk menghukum mereka yang dilantik oleh Ahli Majlis. Hanya Lembaga Disiplin KFA sahaja ayang boleh menjatuhkan hukuman kepada dua orang ini.

5. Jadi siapa sebenarnya yang menyalahgunakan kuasa hingga menyebabkan perkara begini berlaku? Dan didapati Pwengadil Kebangsaan yang jelas menumbuk Setiausaha Jawatanakuasa Pengadil mendapat hukuman ringan iaitu penggantungan sehingga hujung Oktober manakala setiausaha JK Pengadil yang kononnya melakukan provokasi digantung sehingga akhit tahun. Logikkah berlaku begini?

6. lalu, apa kabar Jawatankuasa Pengadil KFA?