Pokok kapal terbang merupakan satu jenis tumbuhan liar yang tidak dipedulikan orang dan apabila terjumpa tumbuh di mana-mana halaman sudah pasti akan dicabut atau ditebas. Orang tidak menyukainya kerana tidak cantik dan memberi pemandangan yang kurang menarik.
Sebenarnya pokok ini memberi manfaat yang tidak kurang pentingnya dalam kehidupan manusia. Ia boleh dikategorikan sebagai salah satu ubatan tradisi terutama daunya selain dari akar yang baik untuk merawat luka. Beberapa kegunaan luaran yang lain didapati berkesan seperti kembung dan cirit birit.
Air perahan dan gumpalan daun yang sudah dilenyek boleh digunakan untuk menahan aliran darah di tempat anggota badan yang luka. Darah yang mengalir keluar dapat dihentikan dengan daun kapal terbang ini. Selain dari itu, akarnya yang ditumbuk hancur boleh disapu kepada tempat luka untuk proses penyembuhan.
Namun begitu, pokok kapal terbang ini mempunyai beberapa keburukan kepada manusia. Selain dari baunya yang sedikit busuk, ia mempunyai bahan racun yang boleh menyebabkan kerosakan pada hati terutama kanak-kanak.
Walau apapun, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah terbaik.
beralih kepada alam,
ReplyDeleteAlhamdulillah,
beralih kepada sesuatu yang mendamaikan,
Alhamdulillah,
beralih arah,
Subhanallah,
sesungguhnya sabar itu telah mula menjadi sebahagian daripada hidupmu...
salam hormat,
Assalamualaikum,
ReplyDeleteCantik sungguh bunga ini, Alhamdulillah, syukur dengan nikmat Mata yang boleh melihat dikurnia Allah swt untuk kita lihat ciptaannya.
Mengenai komen Saudara di blog saya "Menantu jadi hantu"; seorang Ustaz pernah beritahu saya, ayat terakhir Surah Ali-Imran untuk dijadikan zikir harian lepas tiap solat sambil berdoa agar ahli keluarga kita sentiasa ingat pulang ke rumah dan InsyaAllah mesra.
Kadang-kadang ahli keluarga baru kita memang belum pandai mengendalikan rumahtangga mereka; kita maafkan dan nasihatkan mereka seboleh mungkin, InsyaAllah.