Sunday, February 7, 2010

KENYATAAN PELIK SEORANG MENTERI

"Kedutaan asing intip maklumat sulit negara" Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia.

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukanlah seorang menteri biasa, bukan pula memegang satu kementerian yang ‘lekeh’ tetapi satu kementerian yang penting dan besar iaitu Kementerian Pertahanan yang sebelum ini hanya Perdana Menteri atau timbalannya sahaja yang pernah menerajuinya.

Jadi Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bukanlah calang-calang orang. Dia tentunya mempunyai kehebatan tersendiri sehingga Dato’ Seri Najib senang-senang menyerahkan kementerian penting itu kepada beliau. Jadi heran jugalah bila orang yang hebat begitu boleh mengeluarkan kenyataan-kenyataan pelik mengenai kementerian yang dipegangnya.

Dia mendedahkan pada hari Jumaat, dia menjelaskan cara menyelesaikannya pada hari Sabtu dan pada hari Ahad dia sendiri menyatakan perkara itu sudah selesai. Bukankah pelik? Dan kita tertanya-tanya apakah motifnya seorang menteri kanan mendedahkan satu kecacatan dalam kementeriannya sendiri yang bertanggungjawab mengenai keselamatan negara.

Adakah kerana hendak menunjukkan beliau seorang yang pandai berkerja atau sengaja hendak mencari populeriti? Atau sengaja hendak memalukan Dato’ Seri Najib yang menerajui kementerian tersebut sebelum ini? . Dan ia boleh diselesaikan dalam masa tiga hari sahaja. Cepatlah pula walaupun perkara melibatkan masalah risikan antarabangsa.


Keselamatan negara bukan perkara yang boleh dibuat main dan didedahkan begitu sahaja. Jika sudah ada jalan penyelesaiannya dan boleh diselesaikan, tidak payahlah hendak didedahkan. Hanya boleh menimbulkan keresahan rakyat sahaja. Duduk diam-diam dan ambil tindakan jika ada yang terlibat.

Peliknya kenyataan seorang menteri ini.