Sunday, September 19, 2010

CERITA DI HALAMAN RUMAH

Kali ini aku bawa anda melawat beberapa sudut halaman rumah yang agak kurang diberi perhatian akhir-akhir ini. Sibuk. Kebanyakan masa digunakan melawat anak gadis yang berada di hospital. Kadangkadang ke kebun membersihkan semak-samun yang semakin galak tumbuhnya.

Pokok Janggut Tok Adam ini semakin panjang tumbuhnya walaupun tidak diberi perhatian. Ia menjadi berjela-jela sehingga mencecah lantai dan memberi suasana sedikit suram di tempat letak kereta selain memberi udara sejuk di kawasann hadapan rumah ini.



Tangkai Kalumpang ini semakin galak berbunga. Dua warna sebenarnya bunga ini iaitu merah dan biru. Yang birunya agak suram tetapi yang merahnya amat jelas menceriakan suasana.


Ros Mini ini tidak pernah berhenti berbunga. Walaupun ia kurang harum, persekitarannya yang sentiasa disinari mentari menyebabkan ia kerap mengeluarkan bunga dan kelihatan kontra dengan kehijauna daun pokok-pokok yang ada di situ.




Alamanda merah ini juga tidak pernah berhenti mengeluarkan bunga. Pokoknya agak tinggi sekarang kerana tidak dipangkas secara berkala seperti selalu. Tetapi bewgitu lebih baik rasanya dengan kawasan pokoknya yang dipenuhi dengan pokok-pokok yang lain yang berlumba-lumba mencapai awan.




Kesidang atau Kerak Nasi tetap setia mengharumkan kawasan letak kereta yang satu lagi. Ia mendatangkan bau yang amat menusuk hidung tetapi memberi situasi damai setiap kali menghidunya. Sekarang kenalah kerap menyiramnya kerana tahap kepanasan yang cukup tinggi walaupun kadang-kadang hujan.




Bunga Kenanga semakin kecil saiznya mungkin kerana terlebih baja. Selalunya selepas dibajakan, siraman perlu lebih kerap. Tetapi kerana kesibukan akhir-akhir ini, tidak kerap lagi menyiram, menyebabkan bunga semakin tidak segar dan bersaiz kecil.




Daun Langsuyar tetap berjuntaian walaupun hanya melekat di tiang tempat kereta ini. Begitu teguh ia mencengkam tiang simen itu dan selalunya diberi pisang ranum sebagai hadiah kerana kesetiannya itu. Ia memberi suasana kehijauan di tempat tersebut.



Anggerik ini tidak pernahn berbunga sepanjang hidupnya di rumah ini. Mungkin ia merajuk kerana diletakkan di sudut yang jarang diperhatikan orang. Menurut seorang 'pakar' tumbuh-tumbuhan yang ditemui di Padang Besar, pokok ini jangan disiram terlalu kerap. Biar ia kering dan ia pasti berbunga. Tetapi nasihat itu tidak dipatuhi kerana takut dan kasihan melihat ia kekurangan air.


Biarlah tidak berbunga asalkan ia kelihatan segar.



Bunga Kertas atau Boganvillea merah itu sudah melebihi 10 tahun di situ dan terus setia mengeluarkan bunganya yang kadang-kadang mendatangkan masalah pula. Apa tidaknya, sampah hasil dari bunga yang gugur perlu dibersihkan setiap hari.



Sudut 'Aqua' ini memberi kedamainan hati setiap kali keluar dari rumah. Letaknya berhampiran pintu dan siapa yang keluar dari rumah pasti meberi makanan kepada ikan yang ada di dalam pasu tersebut. Deraian air yang turun dari pasu atas ke pasu bawah memberi kelegaan kepada sebarang keresahan dengan ikan yang berkejar-kejaran di dalamnya.




Itulah suasana di halaman hadapan rumah yang mendamaikan hatiku ini. Nanti kita lihat di sudut yang lain pula, Insyaallah!

Monday, September 13, 2010

BUNGA RAYA

Oleh kerana situasi raya masih belum hilang, saksikan beberapa spesis bunga raya yang terdapat di sekitar kita. Hanya untuk melapangkan jiwa selepas sibuk di hari raya.


















Thursday, September 9, 2010

SAYUR BERBUAH DAN BERUBI

Sayur-sayuran sudah tentu amat diperlukan oleh badan. Semakin banyak sayur yang dimakan, semakin baik untuk kesihatan. Kadang-kadang kita mendapati ada golongan yang hidup hanya dengan memakan sayur-sayuran khasnya golongan 'vegetarian'. Sesungguhny sayur dapat memberi kelegaan dalam penjagaan badan. Di samping menyejukkan badan, sayur dikatakan boleh melambatkan penuaan.

Jadi, usah sama sekali menyisihkan sayur ketika menghadapi juadah.



Terung merupakan sayur jenis berbuah yang biasa didapati dalam bentuk bulat dan juga panjang. Warnanya pula ada yang biru, hijau, putih dan ungu. Di dalamnya mengandungi struktur buah yang berisi dan berbiji.
Memakan terung dengan kuantiti yang banyak dikatakan boleh menimbulkan masalah sakit urat, tetapi terung juga berkhasiat dalam merawat beberapa penyakit seperti buang air tidak lawas.


Halia amat berguna dalam hampir semua jenis masakan sekurang-kurangnya dibuat perencah menumis ketika memasak. Halia mempunyai banyak khsiatnya lebih-lebih lagi bagi mereka yang boleh memakannya begitu sahaja atau meminum jusnya.




Tomato amat baik untuk kulit terutama dalam usaha melicinkan kulit.



Karot adalah jenis sayur berubi yang amat baik untuk kesihatan mata. Untuk penglihatan yang terang, amalkan meminum jus karot ini.

Buah binjai ini amat lazat dimakan bersama sambal belacan. Rasanya sangat masam dan selalunya di dapati dari pokok hutan yang sekarang telah mengalami kepupusan. Buah ini dikupas kulitnya dan diambil isinya untuk dicampur dalam sambal belacan.




Sunday, August 29, 2010

PERIUK KERA

Pokok Periuk Kera atau 'Nepenthes Mirabilis' sangat istimewa kerana periuknya yang tidak ada pada lain-lain pokok. Pokok ini tumbuh liar di hutan dan sesuai sekali di kawasan terbuka dan lembab. Namun sekarang ia sudah menjadi satu tumbuhan hiasan yang digemari kerana keunikannya itu.




Pokok periuk kera tumbuh menjalar dengan akar serabut dan ia boleh dibiakkan secara pecahan rumpun iaitu dengan cara mebahagikan bahagian akarnya. Ia tumbuh menjalar atau memanjat serta menumpang di pokok yang lain. Ia mempunyai satu karung sebagai periuk dan mempunyai penutup untuk menghalang air hujan dari bertakung.



Bahan kimia dipanggil 'pepsin' yang terdapat di dalam periuknya membantu ia menghadamkan serangga yang diperangkap di dalam periuk tadi dan menukarkan serangga itu menjadi nutrien untuk pertumbuhannya sendiri.



Air yang bertakung di dalam periuknya amat baik untuk kesihatan mata manakala untuk merawat penyakit asma atau penat, akarnya diasah di pasu dan dicampur dengan kemenyan putih. Campuran ini dididihkan, ditapis dan diminum. Insyaallah!

Namun berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah yang terbaik.





Sunday, August 22, 2010

POKOK DURI SEMILANG

Pokok Duri Semilang ini baik juga ditanam di sekitar rumah ataupun di dalam pasu kerana kita boleh menggunakannya pada bila-bila masa. Ia baik untuk rawatan segera apabila terkena sengatan serangga dan binatang berbisa yang lain.

Pokoknya kecil sahaja dan ia jenis kayu keras mempunyai duri di bahagian tertentu pada batangnya. Ia berdaun kecil dengan tulang daun berwarna kuning sama seperti bunganya, juga berwarna kuning.



Pokok ini diberi nama demikian kerana pada batangnya terdapat gugusan duri yang setiap guguan mempunyai dua duri tajam menyamai duri ikan semilang. Sementelah lagi ia amat mujarab untuk melegakan bisa terkena sengat ikan semilang.



Ini adalah bentuk kudup bunganya dan bunga berwarna kuning akan kembang melalui setiap kelopak kudup tersebut, memberi satu pemandangan yang menarik tentang pokok ini.

Bunganya juga boleh digunakan untuk rawatan sengatan serangga berbisa.


(Bunga yang telah gugur)



(Kudup yang belum berbunga)



Bagi melegakan bisa sengatan berbisa, ambil sehelai daun, diupar dengan tangan dan daun atau bunga yang telah hancur itu disapu pada tempat sengatan. Ambil pula dua atyau tiga hlai daun untuk dimakan. Insyaallah, bisanya akan hilang.









Thursday, August 12, 2010

BUNGA CINA

Bunga Cina atau Melur Cina ini banyak ditanam sebaga tumbuhan hiasan atau dijadikan pagar. Daunnya yang hijau tua dan pokoknya yang rimbun memberi lanskap yang cantik dan menarik, lebih lagi apabila dipangkas secara bersekala.



Pokok 'Gardenia Augusta' ini mempunyai bunga yang putih seperti bunga melur dan ia berbau harum. Beberapa hari selepas berkembang, bunga itu bertukar menjadi warna putih kekuningan sebelum ia kering dan gugur.
Ia sesuai ditanam di kawasan sejuk tetapi dapat juga tumbuh di tempat-tempat yang panas di bawah jagaan yang rapi . Ia dibiakkan secara keratan batang.

Pokok bunga cina boleh digunakan untuk rawatan penyakit kencing manis, demam, sawan dan juga sembelit.






Bagi merawat kencing manis, daunnya sebanyak lebih kurang 12 helai direbus dalam 2 gelas air dan biar mendidih sehingga tinggal segelas dan diminum sekali sehari air rebusan tersebut yang telah ditapis.



Bagi rawatan sawan, gunakan 7 helai daun, diramas dengan air. Tapiskan air tersebut dan dicampur dengan sedikit madu lebah serta gula batu. Air tersebut diminum 2 kali sehari. Insyaallah!

Demikian juga untuk merawat demam.



Untuk merawat sembelit, buahnya direbus dan air rebusan ini diminum bagi melawaskan penghadaman dan membuang air.

Namun begitu, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah yang baik.

Wednesday, August 4, 2010

NASI DAUN PISANG

Hari ini kita membicarakan tentang selera. Lari sedikit dari entri sebelumnya tetapi masih berkisar tentang kesihatan kerana ternyata nasi daun pisang ini mempunyai impak yang baik dari segi kesihatan.

Pangalaman memakan nasi daun pisang ini bermula semenjak tahuj 80an ketika sering berkunjung ke Wisma FAM di Kelana Jaya. Di situ ada sebuah kedai makan yang menyajikan nasi daun pisang ini. Ramainya orang kadang-kadang tidak cukup tempat. Begitulah populernya ia dalam kalangan masyarakat negara ini tidak kira bangsa padahal ia biasanya diamalkan oleh kaum India.

Pinggan tidak digunakan sebaliknya 'daun pisang' sebagai alas makanan iaitu nasi dan lauk-pauknya. Penyediaan lauknya berasaskan herba dan 'vegetable' dan sesuai sekali bagi golongan 'vegetarian'. Namun kita boleh menambah lauk yang lain ikut selera masing-masing. Harganya pun kenalah ditambah juga.





Di atas ini hidangan yang telah ditambah dengan masakan lauk yang lain, namun tetap juga berteraskan herba. Manakala yang di bawah ini adalah penyediaan lauk yang asas terdirti dari sayuran dan kekacang.



Kuah kari ditambah kemudian dan mengikut kehendak pelanggan banyak mana yang dikehendaki.



Sudah sedia untuk dimakan. Nah, silakan!



Kadang-kadang terfikir juga kenapa kita tidak mahu mengamalkan budaya memakan nasi dalam daun pisang ini. selain menjimatkan belanja dengan tidak payah berpinggan, kita tidak perlu lagi membasuh pinggan-mangkuk.

Dan para penanam pisang boleh mendpat pendapatan tambahan dengan menjualm daun pisang kepada peniaga makanan itu daripada membuang begitu sahaja tanpa mendapat apa-apa.

Monday, August 2, 2010

ROS JEPUN

Ros Jepun atau nama botaninya 'Portulaca Grandiflora' berbatang dan daun lembut. Ia digemari ramai kerana mudah menanam dan menjaganya, tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi. Pokok ini yang dipanggil juga sebagi bunga kembang petang atau bunga pukul sepuluh kerana pada jam 10 pagi barulah ia kembang.




Ia boleh didapati dalam berbagai warna termasuk, merah jambu, merah terang, kuning, putih, ungu dan juga jingga.



Ros Jepun tumbuh menjalar dan akarnya akan tumbuh di tempat-tempat batangnya menyentuh tanah. Oleh kerana itu, percambahannya amat mudah secara keratan batang dan juga dengan cara memotong di mana akarnya tumbuh.



Bunganya akan berkembang dengan banyak jika terdedah kepada cahaya amatahari. Biasanya pada waktu petang, bunga ini akan kuncup dan berkembang semula pukul 10 pagi esoknya.



Ros Jepun boleh digunakan untuk merawat luka-luka ringan dengan cara menghancurkan daunnya dan ditampal pada bahagian luka.



Namun begitu, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah terbaik.