Pokok Periuk Kera atau 'Nepenthes Mirabilis' sangat istimewa kerana periuknya yang tidak ada pada lain-lain pokok. Pokok ini tumbuh liar di hutan dan sesuai sekali di kawasan terbuka dan lembab. Namun sekarang ia sudah menjadi satu tumbuhan hiasan yang digemari kerana keunikannya itu.
Pokok periuk kera tumbuh menjalar dengan akar serabut dan ia boleh dibiakkan secara pecahan rumpun iaitu dengan cara mebahagikan bahagian akarnya. Ia tumbuh menjalar atau memanjat serta menumpang di pokok yang lain. Ia mempunyai satu karung sebagai periuk dan mempunyai penutup untuk menghalang air hujan dari bertakung.
Bahan kimia dipanggil 'pepsin' yang terdapat di dalam periuknya membantu ia menghadamkan serangga yang diperangkap di dalam periuk tadi dan menukarkan serangga itu menjadi nutrien untuk pertumbuhannya sendiri.
Air yang bertakung di dalam periuknya amat baik untuk kesihatan mata manakala untuk merawat penyakit asma atau penat, akarnya diasah di pasu dan dicampur dengan kemenyan putih. Campuran ini dididihkan, ditapis dan diminum. Insyaallah!
Namun berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah yang terbaik.
No comments:
Post a Comment