Sunday, August 22, 2010

POKOK DURI SEMILANG

Pokok Duri Semilang ini baik juga ditanam di sekitar rumah ataupun di dalam pasu kerana kita boleh menggunakannya pada bila-bila masa. Ia baik untuk rawatan segera apabila terkena sengatan serangga dan binatang berbisa yang lain.

Pokoknya kecil sahaja dan ia jenis kayu keras mempunyai duri di bahagian tertentu pada batangnya. Ia berdaun kecil dengan tulang daun berwarna kuning sama seperti bunganya, juga berwarna kuning.



Pokok ini diberi nama demikian kerana pada batangnya terdapat gugusan duri yang setiap guguan mempunyai dua duri tajam menyamai duri ikan semilang. Sementelah lagi ia amat mujarab untuk melegakan bisa terkena sengat ikan semilang.



Ini adalah bentuk kudup bunganya dan bunga berwarna kuning akan kembang melalui setiap kelopak kudup tersebut, memberi satu pemandangan yang menarik tentang pokok ini.

Bunganya juga boleh digunakan untuk rawatan sengatan serangga berbisa.


(Bunga yang telah gugur)



(Kudup yang belum berbunga)



Bagi melegakan bisa sengatan berbisa, ambil sehelai daun, diupar dengan tangan dan daun atau bunga yang telah hancur itu disapu pada tempat sengatan. Ambil pula dua atyau tiga hlai daun untuk dimakan. Insyaallah, bisanya akan hilang.









No comments:

Post a Comment