“Saya akan bersihkan FAM jika jadi Presiden.”
Sedap bunyi pengucapannya. Tinggi benar harapan yang
dijanjikan. Itulah kata-kata yang terhambur keluar dari mulut seorang yang
boleh dikatakan ‘pakar bolasepak negara’ iaitu TMJ sebaik sahaja Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah mengumumkan akan melepaskan jawatan secara
berperingkat. Dan kebetulan ada pula beberapa pendapat supaya jawatan Presiden
FAM diberikan kepada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Banyak lagi kata-kata yang dihamburkan oleh Tunku Ismail
seolah-olah orang lain semuanya ‘bodoh’ dalam bolasepak. Sudah berpuluh tahun
FAM berdiri, kerana kekalahan memalukan 10-0 kepada UAE, badan bolasepak itu
seolah-olah menjadi pentas para pelawak. Ini ditambah pula dengan insiden
rusuhan yang memalukan negara kononnya kerana kegagalan FAM juga.
Seolah-olah Tuanku Sultan Ahmad Shah tidak berbuat apa-apa
selama 31 tahun menjadi presiden FAM. Baginda dan FAM diserang begitu hebat
oleh TMJ yang baru berapa hari dikenali dalam bidang bolasepak. Benarkah Sultan
Ahmad Shah dan FAM mencemarkan bolasepak negara selama 31 tahun?
Betulkah badan induk itu ditadbir golongan yang tidak
memiliki pengetahuan bolasepak? Pandai sangatkah TMJ sehingga sanggup membuat
andaian sedemikian? Jika setakat mengendali JDT, tidak usah cakap besar kerana
JDT juga tidak ke mana. Tetapi bagaimana pula dengan pengakuan baginda sebaik sahaja Harimau Malaya tewas 0-10
kepada UAE tempoh hari? Berikut adalah kenyataan baginda:
“Oh ya, saya akan
teruskan misai saya untuk membunuh bolasepak tanahair. Bagi mereka yang
mengatakan saya telah mencapai misi saya apabila tewas 10-0, masih jauh lagi
kerana saya akan berhenti apabila kita tewas 50-0.”
Apakah jenis kenyataan itu? Sesungguhnya ia amat tidak
bertanggungjawab. Seolah-olah seorang yang amat ‘kurang ajar’ mengucapkannya.
Hakikatnya ia tidak sepatutnya terpacul keluar dari mulut seorang yang
bercita-cita menjadi pemimpin dan presiden persatuan bolasepak tanahair. Dan
sanggupkan dia nanti berhadapan dengan tohmahan dan kritikan yang serupa
apabila menjadi pemimpin nanti?
Dan kita tentu masih ingat insiden menendang bendera
penjuru sesudah satu perlawanan yang melibatkan
JDT. Semua orang tahu dan ramai yang menyaksikan siapa individu yang berkelakuan
demikian. Adakah itu lagak seorang pemimpin persatuan bolasepak? Begitupun ada hati hendak menjadi Presiden FAM?
Hakikatnya, raja dan putera raja usahlah ghairah untuk
memimpin persatuan bolasepak. Duduk sahaja di istana dan jadi peminat nombor
wahid. Jangan pula nanti hilang rasa hormat dalam kalangan rakyat jika rajanya
nanti adalah seorang yang celupar dan gemar melabel orang lain dengan label
kurang enak. Biarlah rakyat biasa sahaja yang berkerja agar lebih senang
keputusan dibuat. Satu hari anda akan jadi Sultan dan bukan bolasepak saja
rakyat anda.
No comments:
Post a Comment