Hari ini, Rabu 23 Oktober 2013 adalah Hari Penamaan Calon PRK DUN Sungai Limau. Semenjak lepas subuh tadi berpusu-pusu kereta dan motosikal memenuhi jalanraya ke Pekan Yan. Sepanjang jalan kirakira 3 km, berderetan kereta memenuhi sepanjang jalanraya menghubungkan pekan kecil itu. Lalulintas amat sesak dan tempat meletak kereta sudah penuh dari jam 7.30 pagi tadi lagi.
Motosikal juga bersesak di jalan memenuhi setiap ruang kosong sehingga pada waktu-waktu tertentu kedua-dua lorong dipenuhi kenderaan dan mengganggu kenderaan dari arah bertentangan.
Kedua-dua parti sama sahaja, berderum kereta dan motosikal ikut selera masing-masing kerana hari ini merekalah raja. Polis tidak dapat berbuat apa-apa dengan kebanjiran manusia yang tidak terhingga. Masing-masing menyokong calon masing-masing.
Ada juga yang terperangkap dalam kesesakan jalan yang kebiasaannya menjadi laluan darinSungai Petani ke Alor Setar. Ada juga yang memang sengaja hendak melihat kemeriahan tersebut.
Ini baru Hari Penamaan Calon.
Wednesday, October 23, 2013
Monday, October 14, 2013
PERIHAL GELARAN DATUK
Beberapa hari lalu, sebelum Hari Keputeraan Yang Dipertua Negeri Melaka, saya ada bertanya kawan-kawan bila Ong kim Swee akan dapat 'Datuk' seperti Rajagobal peneraju Harimau Malaya. Rupanya selang beberapa hari sahaja, tersiar berita beliau telah menerima darjah bergelar Datuk. Tepat ramalan saya bahawa Ong Kim Swee akan dapat gelaran itu kerana pasukannya memenangi Pestabola Merdeka dengan bergaya.
Itulah Malaysia. Akhir-akhir ini bukan payah nak dapat Datuk. Buatlah sesuatu yang luarbiasa dan jadilah terkenal, dapatlah Datuk. Insyaallah! Terkinja-kinja atas pentas dan terjerit-jerit di TV juga boleh dapat gelaran itu seperti AC Mizal.
Lepas Rajagobal dapat Datuk, apa jadi dengan Harimau Malaya? Piala AFF pun tak menang lagi, lepas itu tewas dengan beberapa pasukan dalam perlawan persahabatan dan ranking semakin menurun. Dan apa pula akan terjadi dengan pasukan Ong Kim Swee lepas ini? Berjaya dia mempertahankan pingat emas Sukan SEA nanti?
Lepas ini siapa pula? Mungkin rezeki Jackie Chan sebab Malaysia amat pemurah. Shahrukh Khan dah pun dapat dulu. Kata orang kalau kita pusing belakang dan lemparkan batu ke belakang, harapan tidak terkena Datuk amat tipis. Begitu ramai Datuk sehingga nilainya serendah itu. Lihat saja baru-baru ini, 5 orang yang ditahan kerana pengubahan wang haram, semuanya bergelar Datuk.
Di negara lain, nak dapat pengiktirafan begini bukan mudah. Lihat di England berapa ramai yang dapat 'SIR'? Dalam sukan bolasepak yang amat terkenal dan sangat gah di negara itu, hanya seorang saja iaitu bekas peneraju Manchester United. Kalaulah pemain-pemain dan jurulatih mereka di Malaysia, tentu semuanya dapat Datuk kerana semuanya bagus belaka.
Itulah Malaysia.

Thursday, October 10, 2013
KASIHANNYA BAHASA MELAYU
Bulan Bahasa Kebangsaan untuk
2013 baru saja dilancarkan di Dewan 2020 Kangar, Perlis oleh Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Seperti setiap tahun, pelancarannya disambut
meriah, tetapi untuk hari itu sahaja. Dan Tan Sri Muhyiddin membaca skrip lama
juga dalam ucapannya tetapi kali ini menyeru dan berharap IPT memainkan peranan
ke arah mendaulatkan Bahasa Kebangsaan atau khususnya Bahasa Melayu.
Sebagaimana setiap tahun juga, ianya habis begitu sahaja seiring dengan
berlalunya hari pelancaran tersebut.
Tidak ada satupun langkah konkrit
seterusnya untuk memenuhi ruang selama sebulan itu sebagai usaha berterusan
untuk memartabatkan bahasa seperti yang diharapkan. Apa programnya? Langsung
tidak ada dan semuanya kembali seperti biasa, meninggalkan Bahasa Melayu dengan
fantasi sebagai bahasa ilmu dan juga sebagai bahasa keenam tersohor di dunia
kononnya dituturkan oleh 250 juta orang. Kasihannya Bahasa Melayu.
Apa boleh buat, Bahasa Melayu
akhirnya terus terpinggir sekadar tempelan di kebanyakan acara di dalam negara
ini dan di khalayak orang Malaysia sendiri. Orang lebih senang dan selesa
menggunakan Bahasa Inggeris. Orang seperti sangat rendah martabatnya jika
menggunakan Bahasa Melayu dalam majlis-majlis rasmi samada majlis anjuran
swasta dan juga anjuran pihak kerajaan sendiri. Para pemimpin sendiri kelihatan
lebih lancar berbahasa Inggeris dari Melayu.
Papantanda premis perniagaan
tetap juga diluluskan walau tiada langsung perkataan Melayu di dalamnya. Yang
ada cuma perkataan ‘….Sendirian Berhad’.
Media elektronik terutama TV
langsung tidak memainkan peranan untuk tujuan memartabatkan bahasa itu.
Tidak adapun satu program yang
berterusan, sekurang-kurangnya dalam masa sebulan ini, sesuai dengan namanya
Bulan Bahasa Kebangsaan. Apa salahnya dalam masa sebulan dalam setahun kita
sama-sama memberi sokongan memenuhkan aspirasi memartabatkan bahasa itu.
Bukan tidak boleh berbahasa
Inggeris tetapi jika yang berucap orang Melaysia dan yang mendengar juga orang
Malaysia, kenapa harus berbahasa Inggeris? Rakyat Malaysia tidak faham jika
bertutur dalam Bahasa Melayu?
Fikir-fikirkanlah untuk sebulan
ini. Bulan yang dinamakan Bulan Bahasa Kebangsaan.
Sunday, October 6, 2013
APA SUDAH TERJADI DENGAN KFA TIDAK SIAPA TAHU
Apa yang telah terjadi dengan Persatuan Bolasepak Kedah? Sekarang sudah tidak ada lagi walau seorang pengadilnya yang layak mengadili liga FAM. selepas pemergian mendiang Muniswaran baru-baru ini, tiada lagi pengadil FAM dari persatuan ini.
dahulu bukan main gah dengan beberapa pengadil berwibawa bermula dengan Balasundram, Khalid Ariffin (Allahyarham), Hamzah Mohamad (Allahyarham), diikuti dengan beberapa orang yang lain termasuk saudara Dahari Rejab, Ismail Bakar, Devudu, Sivamuni, Anwar, Saoda, Rahim Hj Ali, Harif Hassan dan saudara Ahmad Khalidi segalanya berakhir sesudah kematian Muniswaran.
Sekarang tiada lagi pengadil FAM dari Kedah. Tiada juga pengadil pelapis yang boleh diketengahkan walaupun di KFA ada beberapa pegawai yang berkebolehan menguruskan perkara ini. Ada Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, ada Pegawai Pembangunan Pengadil yang dilantik FAM , ada Ahmad Khalidi yang berbisa sehingga ke peringkat FIFA, tetapi semuanya tidak berjaya mengeluarkan produk terbaik.
Apa yang KFA mahu tunggu dan lihat? Ini persoalannya yang tiada jawapan dalam kalangan kita sebagai pemerhati.
- ilham syakima
061013

Monday, August 19, 2013
KERA DI HUTAN DISUSUI, ANAK DI BUAIAN DITINGGALKAN.........
Kata-kata 'Kera Di Hutan Disusui' sesuai sekali ditujukan kepada Syarikat I-environment, syarikat yang mengikat kontrak dengan Majlis Daerah seluruh negeri Kedah Darulaman. Syarikat inilah yang bertanggung-jawab melupuskan sampah dan menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
Di kawasan saya, Daerah Yan yang terkenal dengan kawasan pelancongan dan kawasan bersih juga adalah di bawah tanggung-jawab 'environment' ini sebuah syarikat yang amat tidak berguna dan hipokrit.
Baru-baru ini suatu sumber mendedahkan syarikat ini mengupah beberapa pekerja dari Sri Lanka dengan upah yang lumayan, RM1500.00 sebulan. Setiap 3 bulan pekerja ini akan bertukar kerana mereka datang dengan visa pelancong. Lepas 3 bulan 6 orang yang lain pula akan dilihat bertugas menyapu dan mengumpul sampah, membersih jalan dan membersih longkang.
Dan jumlah RM1500 itu pula bukannya menjadi habuan pekerja-pekerja import tersebut sebaliknya mereka hanya menerima RM900 sahaja. Bakinya dipungut oleh agen pekerja asing yang membawa mereka masuk. Kemudian penyelia setiap daerah pula mendapat pula ganjaran berupa sewa rumah RM500 sebulan dari pekerja-pekerja tersebut.
Cubalah kita fikirkan jika wang sejumlah itu diberi kepada anak-anak muda tempatan yang tercari-cari kerja, tentu mereka tidak menolaknya. Tetapi tidak kerana jika diambil pekerja tempatan, agen tadi tak boleh cari makan dan penyelia tidak dapat menyewakan rumah mereka.
De daerah Yan sahaja terdapat 6 orang setiap 3 bulan. Bayangkan di daerah lain pula, entah berapa orang. Dan agen-agen ini tentu sibuk mencari makan dengan mendapat untung atas angin.
Itulah yang dikatakan kera dihutan disusui, anak di buaian ditinggalkan.
I-environment sungguh tidak bertanggung-jawab!

Friday, August 16, 2013
TAK DAPAT ANGGUR, MASAM KATANYA
Kata-kata jenaka, Tak dapat anggur, masam katanya, mungkin tepat juga. Saya ada menanam anggur. sudah bertahun-tahaun ia tumbuh dan memberi hasil yang boleh dikira menggalakkan. sentiasa ada buahnya, tak banyak, sedikit. Tapi rasanya sangat masam. sama sepertyi buah asam. Tak selesa dan berselera nak makan.
Akhirnya ia menjadi makanan burung sahaja. Dan kerana anggur ini, rumah seringa didatangi burung liar yang berada di sekitar. Burung merbah dan burung chak rumah sering menjamu selera di pokok anggur tersebut.
Bermacam petua yang saya terima tetapi masih juga tiada hasilnya. Ia tetap masam. Tetapi kerana ia anggur, saya biarkan ia menghiasi halaman. Sekali-sekala serook juga melihat burung dan mendengar suara burung-burung tersebut.
16 Ogos 2013

Ada apa-apa cadangan?
16 Ogos 2013
Wednesday, August 14, 2013
KENARI, APAKAH SAYAPMU SEUTUH DULU?
Teringat pasukan KENARI, pasti nama saudara Ahmad Shafie terlintas di hati. Walaupun Kenari bangkit dan gah semasa Robert Alberts menjadi jurulatih, dan menjadi hebat semasa Mohd Azrai Khor menjadi teraju, Cikgu Ahmad shafie adalah orang yang memulakan langkah meningkatkan keupayaan Kenari mengharungi Liga Malaysia.
Ketika merangkak dulu pasukan Kedah ini mengharungi liga yang dinamakan Liga Semi-Pro. Sedikit demi sedikit Kenari diasuh Ahmad Shafie, hinggalah memberi cabaran yang hebat dalam Liga tersebut. Kenari tidak lagi menjadi pasukan 'lauk' kepada pasukan negeri lain waima Selangor dan Singapura yang hebat ketika itu.
Tetapi Ahmad Shafie juga mengalami zaman kejatuhannya bersama Kedah selepas beliau kembali dari pasukan Kebangsaan. Ketika itu Kedah yang dibimbingnya merudum ke Kiga Devisyen Dua. Dan beliau menghadapi saat getir apabila dicemuh peminat dan penonton sehingga kami, beberapa orang yang terlibat terpaksa membawa beliau secara sulit ke tempat lain selepas perlawanan.
Kali terakhir bertemu Cikgu Ahmad Sahfie, adalah bebrapa tahun lalu ketika beliau menguruskan Pembanguan Kejurulatihan di KFA. Belioau bertugas di sebuah pejabat di Stadium Darulaman bersebelahan bilik bahagian Pembangunan Pengadil.
Itulah Cikgu Ahmad Shafie yang saya kenali. Semoga era baru ini beliau akan lebih berjaya. Semoga Kenari akan kembali terbang tinggi seperti era 80an dulu. Ketika kami sama-sama berusaha membangunkan bidang pengadilan bolasepak, sesekali beliau muncul dengan gurauan dan cabaran bagi meningkatkan bilangan Pengadil Kebangsaan yang pada ketika itu hanyalah beberapa orang jumlahnya.
Adakah Kenari akan seutuh dulu? Adakah sayap kenari sekuat dulu, boleh membawa kenari terbang lebih tinggi semula? Semuanya terletak di bahu Tuan Haji Ahmad Shafie jika beliau diberi kepercayaan menjadi Jurulatih.
Selamat berjaya.
14.08.13

Friday, August 9, 2013
NABI TAK AJAR PUN KITA RAYA DENGAN MERCUN
Setiap kali musim RAYA, pasti ada kes kanak-kanak malah orang dewasa cedera kerana mercun dan bunga api. Kebakaran rumah serta tempat kediaman malah kemalangan jalanraya juga tidak lekang dari tercatat sebagai insiden menyambut raya disebabkan meercun dan bunga api.
Pun begitu, saban tahun kemeriahan bermain mercun dan bunga api tetap mendapat sambutan dan liputan orang ramai, malah media juga tidak ketinggalan memeriahkan lagi suasana membakar mercun dan bunga api. lihat saja Utusan Malaysia semalam; gambar kanak-kanak melompat riang terpapar di muka hadapan akhbar itu seolah-olah itulah sambutan sebenar Hari Raya Aidilfitri.
Walaupun hanya mercun yang diharamkan penjualannya, bunga api tidak, tetapi langkah mempromosikan kegembiraan bermain bunga api, menggalakkan lagi bahan terlarang itu dijual dan dimainkan. Sepatutnya kesemua bahan api itu diharamkan dan sesiapa yang menjual dan mengedarnya dikenakan hukuman dengan sewajarnya. Jangan ada kompromi lagi.
Tidak ada satupun kebaikan mercun dan bunga api ini. Malah banyak keburukan yang pernah tercatat. Selain dari kemusnahan, amalan membazir wang terbentang luas. Membakar mercun dan bunga api adalah seperti membakar wang begitu sahaja. Jangan galakkan anak-anak membazir wang ringgit. Sepatrutnya gambar kemeriahan itu tidak langsung dipaparkan.
Malah gambar kanak-kanak dan siapa saja yang cedera akibat bermain mercun ini tidak disiarkan kerana ia menggalakkan populeriti individu berkenaan. Kalau untuk kesedaranpun, hanya selepas cedera barulah mereka insaf tetapi apa gunanya? Orang lain tidak sedar juga. Tahun hadapan ada lagi yang cedera dan gambarnya disiarkan dalam media cetak dan elektronik.
Malam sebelum raya semalam, beberapa orang kanak-kanak dan remaja di tempat saya begitu ghaierah bermain mercun sehingga mengganggu orang dewasa dan kanak-kanak kecil yang nyenyak tidur. Sehingga lewat malam dentuman mercun masih kedengaran dilancarkan berhampiran rumah. Apabila ditegur, alasan RAYA juga diberikan, Entrah siapa yang ajar mereka menyambut raya dengan aktiviti itu semua? Media dan orang dewasa juga.
Malah ada seorang anggota polis hampir kediaman saya pulang bercuti dari Johor Baharu, membawa banyak bekalan mercun dan bunga api. Beliau beritahu semua itu adalah barang yang dirampas dari peniaga mercun sekitar JB. Dibawanya balik untuk anak-anak saudara serta adik-adiknya.
Itulah mercun dan bunga api. Hasilnya? Kemusnahan dan mengganggu ketenteraman jiran setempat. Sepanajang tahun kita berbuat baik, kerana malam raya setahun sekali kita menyakitkan hati ramai orang. Baguskah amalan itu?
Akhir sekali, cuba lihat petikan di bawah. Nabi tak pernah sebutpun tentang bermain merecun ketika menyambut RAYA:

Cara Nabi SAW Berhari
Raya.
1. Bermula pada malam
hari raya lagi iaitu setelah terbenam matahari (Waktu maghrib) disunatkan
bertakbir dan berulang-ulang mengucapkan takbir.
2. Pada pagi hari
raya, minum atau makan pagi dahulu.
Diriwayatkan oleh Bukhari
dari Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi
Aidilfitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan dia akan makan bilangan
ganjil".
3. Mandi sunat hari
raya.
4. Berangkat menuju ke
masjid atau tanah lapang. Sebaik-baiknya berjalan kaki.
Dilaporkan oleh Sa'id
Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Aidilfitri:
berjalan kaki (ke tempat solat), mandi dan makan sebelum keluar.
5. Memakai pakaian
terbaik yang ada berdasarkan kemampuan.
Dari Jabir r.a.
berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari
Aidilfitri dan hari Jumaat".
6. Bertegur sapa. Ucap
selamat dan mendoakan antara satu sama lain. (Sebab itulah digalakkan berjalan
kaki dan pilihlah tempat solat yang terdekat.)
7. Sesampainya di
masjid, maka sebelum duduk, solat dahulu tahiyyatul masjid dua rakaat. Kalau di
tanah lapang tidak ada tahiyyatul masjid, hanya duduklah menuggu dimulakan
solat hari raya.
8. Sementara menuggu
dimulakan solat hari raya, maka perbanyakkanlah takbir iaitu;
الله أكبر ( 3 كالى )
لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الØÙ…د.
Allaahu akbar ( 3 kali
) Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.
9. Setelah diulang
takbir tersebut beberapa kali maka dibaca pula takbir berikut;
الله أكبر ( 3 كالى )
الله أكبر كبيرا والØÙ…د لله كثيرا ÙˆØ³Ø¨ØØ§Ù† الله بكرة وأصيلا. لا إله إلا الله ولا
نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره المشركون. لا إله إلا الله ÙˆØØ¯Ù‡ صدق وعده
ونصر عبده وأعز جنده وهزم Ø§Ù„Ø£ØØ²Ø§Ø¨ ÙˆØØ¯Ù‡. لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر
ولله الØÙ…د.
Allaahu akbar ( 3 kali
) Allahu akbaru kabiiran walhamdu lillaah kathiiran wasubhaana llaahi bukratan
wa-asiila. Laa ilaaha illa llaahu walaa na`budu illa iyyaahu mukhlisiina lahu
ddiina walau karihal mushrikuun. Laa ilaaha illa llaahu wahdah, sodaqa wa`dah,
wanasoro `abdah, wa-a-`azza jundahuu wahazamal ahzaaba wahdah. Laa ilaaha illa
llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.
10. Setelah itu
dimulakan pula dengan takbir yang mula-mula tadi beberapa kali dan disambung
dengan takbir yang berikutnya sehingga sampainya waktu untuk bersolat.
11. Setelah selesai
solat, menukar jalan balik supaya tidak sama jalan pergi dan balik. (Tujuannya
supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang dan dapat bertegur sapa dengan
orang yang berlainan)
Dari Jabir r.a.
meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala
pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan
balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir r.a. (Hadis riwayat Bukhari)
12. Perkataan yang
baik untuk ucapan. Mana-mana perkataan yang baik boleh diucapkan. Tapi kalau
nak tahu perkataan apakah yang pernah diucapkan oleh nabi dan para sahabat pada
hari raya aidilfitri, iaitu; تقبل الله منا ومنكم
Taqabbalallohu minna
wa
minkum,"Semoga
Allah SWT menerima amal kami dan amal Anda.”
Itulah antara
cara-cara menyambut hari raya menurut Islam.
Monday, August 5, 2013
SEKALI-SEKALA, LAIN DARI BIASA
Sekali-sekala biarlah melayari cerita lain dari biasa. Dari hal-hal dunia dan manusia yang semakin tidak tentu hala, biar bersantai dengan kerenah kanak-kanak yang mendamaikan jiwa.
Umair adalah penyeri hidup Uminya. dialah segala-galanya dalam famili ini. Dialah yang selalu bersama Tokwan ke mana sahaja. Kalau orang melihat Umair, pasti akan bertanya mana Tokwan, dan kalau orang melihat Tokwan sendirian, orang akan bertanya pula mana pergi Umair.
Sekarang dia ada hobi baru, menyiram pokok dan melakukan kerja-kerja di halaman. Dia menyapu sampah dan bermain dengan air, Air adalah objek fokusnya.
Begitulah Umair yanglebih dikenali dengan nama Idris. Usianya belum cukup 3 tahun tetapi kerjanya melepasi usianya.
05 Ogos 2013

Thursday, August 1, 2013
HIJAU KUNING: ADA KISAH DI SEBALIK LOGO
Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah rencana dari seorang peminat pasukan bolasepak Hijau Kuning dalam sebuah blog. Rencana itu banyak berkisar kepada warna rasmi pasukan Kedah Darulaman serta tafsiran mengenai logo Persatuan Bolasepak Kedah itu sendiri. Saya tidak tahu sumber yang menyumbang tafsiran tersebut, tetapi ingin sekali saya memperbetulkan beberapa fakta supaya tidak mengelirukan.
Hal ini pernah saya tuliskan dalam dalam posting sebelum ini iaitu pada tahun 2008 lagi di bawah tajuk Kenari Terbang Tinggi. Dalam penulisan itu saya menceritakan juga beberapa peristiwa yang membawa kepada penggunaan logo baru itu.
Setakat yang saya tahu dan ingat, logo dan warna rasmi itu tidak ada kaitan langsung dengan 'padi' seperti yang didakwa penulis berkenaan. Ketika memperkenalkan logo baru itu dalam satu mesyuarat Majlis KFA, Allahyarham Dato' Ahmad Basri telah menerangkan dengan jelas dan lengkap pengertian setiap aspek logo tersebut dan mengapa penggunaan warna 'Hijau Kuning' sebagai warna rasmi KFA.
Allahyarham tidak setuju mengaitkan warna itu dengan 'padi' kerana beliau berpendapat padi tidak selalu hijau dan tidak selalu kuning. sebab itu logo itu tidak menggunakan gemal padi seperti sebelumnya sebaliknya memakai bunga alamanda sebagai hiasan kerana pokok alamanda sentiasa hijau dan kuning.
Dan garis sempadan logo itu diubah dari bentuk bulat menjadi 11 segi yang memberi makna bahawa setiap garisan mewakili satu daerah di Kedah dengan mengambil kira Pokok Sena sebagai satu daerah.
Saya berkata demikian kerana saya salah seorang yang terlibat secara langsung dalam perbincangan awal mengenai logo tersebut dan juga tentang penggunaan warna Hijau Kuning. Malangnya tokoh-tokoh yang ada bersama dalam perbincangan itu telah meninggal dunia kecuali Dato' Shukri hashim, Cikgu Ismail Ringo dan saya sendiri. Yang lain-lain termasuk Dato' Ahmad Basri, Dato' Radzi Basir, Cikgu Khalid dan Jaafar Mansor telah meninggal dunia.
Sekian. Terimakasih.
31 Julai 2013.

Saturday, July 27, 2013
KENARI TERBANG TINGGI 3
Sebelum pergi jauh, ingin sekali saya ucapkan tahniah kepada Datuk Mukriz Mahathir yang dipilih memegang jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah yang baru menggantikan Dato' Seri Azizan. Biar bagaimana payah pun, misi mengembalikan kegemilangan bolasepak negeri Kedah yang sekian lama merosot teruk tetap menjadi agenda utama di bawah kepimpinan baru ini. Semoga perlantikan Datuk Mukriz memberi inspirasi baru kepada pentadbiran KFA sendiri.
Tegasnya, siapapun menjawat jawatan presiden adalah perkara biasa tetapi jika pentadbiran KFA masih juga seperti sebelum ini, sampai bilapun KENARI tetap juga tidak tinggi terbangnya. Pentadbiaran KFA mesti kembali kepada keadaan ketika Datuk ahmad Basri (Allahyarham) menjadi Timbalan Presidennya. Pada ketika itu Kenari amat disegani lawan. Kenari bukan pasukan belasahan.
KFA patut meletakkan orang yang benar-benar 'orang bola' dalam senarai kepimpinannya, bukan setakat orang yang pandai mentadbir tetapi tidak faham bolasepak. Kalaua masih juga memilih pentadbir yang tidak faham tentang 'padang bola', jadilah seperti sebelum ini.
Dapatkan pegawai yang memahami bidang itu. Pilihlah jurulatih yang betul-betul berjaya, bukan mengambil jurulatih yang tidak diperlukan pasukan yang lain. Lihatlah apa yang telah terjadi kepada Ahmad Yusof dan Wan Jamak di Kedah semasa memimpin KENARI.
Lihat juga apa yang berlaku dalam bidang kepengadilan bolasepak di KFA. Berapa ramai pengadil dan bekas pengadil yang berwibawa membawa diri berdaftar dengan persatuan negeri lain kerana sesuatu yang tidak munasabah berlaku di Kedah. Dan bukalah mata, berapa orang pengadil dari Kedah yang berada di dalam senarai pengadil FAM? Ini membuktikan bahawa Jawatankuasa Pengadil sendiri tidak berfungsi dengan baik. Bagaimana pula dengan pembangunan pengadil bolasepak di Kedah?
Semua aspek ini perlu diperhatikan oleh Presiden baru KFA, bukan setakat mendengar laporan dari para pegawai yang sama ketika Kedah merudum dahulu. Jika perlu, lantiklah pegawai-pegawai yang baru menyulami para pegawai yang sedia ada.
Dan didoakan semoga KENARI terbang tinggi musim akan datang, lebih-lebih lagi di bawah kepimpinan baru ini.
Tahniah!!
Subscribe to:
Posts (Atom)