Wednesday, August 14, 2013

KENARI, APAKAH SAYAPMU SEUTUH DULU?

Teringat pasukan KENARI, pasti nama saudara Ahmad Shafie terlintas di hati. Walaupun Kenari bangkit dan gah semasa Robert Alberts menjadi jurulatih, dan menjadi hebat semasa Mohd Azrai Khor menjadi teraju, Cikgu Ahmad shafie adalah orang yang memulakan langkah meningkatkan keupayaan Kenari mengharungi Liga Malaysia.

Ketika merangkak dulu pasukan Kedah ini mengharungi liga yang dinamakan Liga Semi-Pro. Sedikit demi sedikit Kenari diasuh Ahmad Shafie, hinggalah memberi cabaran yang hebat dalam Liga tersebut. Kenari tidak lagi menjadi pasukan 'lauk'  kepada pasukan negeri  lain waima Selangor dan Singapura yang hebat ketika itu.

Tetapi Ahmad Shafie juga mengalami zaman kejatuhannya bersama Kedah selepas beliau kembali dari pasukan Kebangsaan. Ketika itu Kedah yang dibimbingnya merudum ke Kiga Devisyen Dua. Dan beliau menghadapi saat getir apabila dicemuh peminat dan penonton sehingga kami, beberapa orang yang terlibat terpaksa membawa beliau secara sulit ke tempat lain selepas perlawanan.

Kali terakhir bertemu Cikgu Ahmad Sahfie, adalah bebrapa tahun lalu ketika beliau menguruskan Pembanguan Kejurulatihan di KFA. Belioau bertugas di  sebuah pejabat di Stadium Darulaman bersebelahan bilik bahagian Pembangunan Pengadil.

Itulah Cikgu Ahmad Shafie yang saya kenali. Semoga era baru ini beliau akan lebih berjaya. Semoga Kenari akan kembali terbang tinggi seperti era 80an dulu. Ketika kami sama-sama berusaha membangunkan bidang pengadilan bolasepak, sesekali beliau muncul dengan gurauan dan cabaran bagi meningkatkan bilangan Pengadil Kebangsaan yang pada ketika itu hanyalah beberapa orang jumlahnya.

Adakah Kenari akan seutuh dulu? Adakah sayap kenari sekuat dulu, boleh membawa kenari terbang lebih tinggi semula? Semuanya terletak di  bahu Tuan Haji Ahmad Shafie jika beliau diberi kepercayaan menjadi Jurulatih.

Selamat berjaya.


14.08.13

No comments:

Post a Comment