Sunday, July 21, 2013

BAHASA MELAYU: MEREKA TIDAK BERUSAHA ATAU TIDAK SUKA?

Malam tadi semasa siaran berita di TV1 kita berpeluang menonton temuramah stesen Tv itu dengan Imam Mekah yang datang sebagai Imam Jemputan ke negara ini. Sudah menjadi kelaziman negara khasnya kerajaan-kerajaan negeri menjemput imam dari Mekah untuk mengimamkan solat tarawih di beberpa masjid.

Apa yang menarik dalam temuramah tersebut bukan apa yang disampaikannya tetapi bahasa yang Imam tersebut gunakan, Bahasa Melayu yang cukup meyakinkan. Fasih sebutannya dan kena pula nahunya. Kita yang Melayu sendiri pun kadang-kadang 'hentam keromo' tanpa mengambil kira sangat susunan ayat dan perkataan. 

Betapa mudahnya kalau mahu belajar dan bertutur Bahasa Melayu. Beliau yang telah datang sebanyak 14 kali ke negara ini, berupaya bercakap seperti orang Melayu malah lebih baik dari Melayu sendiri, bagaimana pula kaum-kaum yang lain yang mengaku sebagai rakyat negara ini? Kaum-kaum ini yang tinggal tetap di negara ini dari kecil hingga dewasa, malah ada yang telah menetap selama lebih 50 tahun masih tidak boleh menguasai bahasa Kebangsaan itu.

Imam tersebut hanyalah tinggal di negara ini untuk tempoh sebulan (Ramadan sahaja) dan dalam tempoh 14 kali datang sudah boleh menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Tak malukah kita? Mengaku rakyat negara ini dan tinggal setiap hari selama lebih 50 tahun, tetap tidak boleh kuasainya.

Adakah mereka tidak berusaha untk belajar atau memang sengaja tidak suka berbahasa kita? 

Fikir-fikirkanlah!

Tuesday, July 16, 2013

DURIAN RUNTUH ATAU RUNTUHNYA DURIAN?

Suatu pagi ketika melawat kebun yang sekangkang kera, niat hendak melihat-lihat kalau-kalau ada durian yang gugur, memang ada yang gugur. Setelah seharian kemarin tidak menjenguk pokok durian di situ, rasa hati pasti ada yang akan menjadi rezeki. 

Memang betul, ada rezeki. Banyak sekali. 


Begitu banyak buah durian yang gugur.  Lebih 200 biji gugur ke tanah bila pokok itu tumbang terus akibat ribut petang sebelum itu. Ada yang masih muda dan ada juga yang menunggu hari untuk gugur. 




Beberapa pokok buah-buahan yang lain juga turut tumbang dan terbungkas akarnya. Bersama durian itu sepohon dokong yang besae, 3 pokok langsat dan sepokok manggis. Terlalu banyak buahnya tetapi masih belum masak.


Rezeki yang tidak menjadi rezeki. Itulah sebenar-benarnya durian runtuh!

Kata teman-teman, sepatutnya pokok-pokok tersebut tidak mungkin tumbang kalau tidak kerana longkang yang dibuat oleh jiran sebelah kebun itu. Bila jiran tersebut memngorek longkan di tepi sempadan tanahnya, habis semua akar-akar pokok terputus. Bila datang angin, terus mudah terbungkas. Ada juga kebenarannya tetapi takdir penentu segalanya.

Kesimpulannya, tidak ada rezeki!

Sunday, July 14, 2013

YANG AKU DENGAR DAN YANG AKU LIHAT

Kerap kali aku dengar mereka mempertahankan bahasa bangsaku, Bahasa Melayu. Mereka, para pemimpin negara berdegar-degar meninggikan suara membela bahasa itu dan mempromosikan ia sebagai bahasa ilmu dan bahasa dunia. kononnya ia bahasa keenam paling ternama di dunia dan ia digunakan hampir 250 juta manusia di dunia. Begitulah yang aku dengar.

saban kali juga aku dengar para pemimpinku dan para pengikut mereka begitu sinis mengutuk kaum-kaum tertentu tentang artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan. Betapa lantang mereka menentang segala macam provokasi terhadap perkara-perkara itu sehinggakan aku terfikir akan bewrelaku pertelingkahan besar seperti terjadi tahun 69 dahulu. Begitulah yang aku dengar.

Tetapi yang aku lihat orang-orang ini juga yang melanggar prinsip mereka sendiri. Merekalah juara dalam memutarbelitkan kata-kata. Merekalah yang malu menggunakan bahasa mereka sendiri. Mereka seperti terhina bila menggunakan bahasaku ini, Bahasa Melayu yang mereka begitu keras mempertahankannya.

Yang aku lihat orang-orang ini juga yang sering bercakap Inggeris bila ada apa-apa majlis besar biarpun hadirin adalah rakyat negara ini sendiri. Tokoh-tokoh besar ini nampak lebih selesa menggunakan Inggeris daripada Bahasa Melayu.

Lihat sahaja di TV, setiap kali berita bidang perniagaan dan korporat, bahasa apa yang digunakan? Bahasa Melayu? Jangan haraplah padahal yang mendengare dan yang melihat adalah rakyat Malaysia sendiri.

Dalam dunia politik mereka juga begitu. Aku dengar mereka berseteru bagai nak gila, tetapi apa yang aku lihat mereka duduk semeja sambil ketawa jenaka. Pada masa yang sama pengikut mereka berkelahi bagai nak gila.

Yang aku dengar dan yang aku lihat tidak pernah sama.
adakah ini semua permainan mereka belaka?


Saturday, July 13, 2013

ATLET TERBAIK

Sukma (Sukan Malaysia) telah melabuhkan tirai lebih seminggu lalu dan berbagai keputusan di luar dugaan dihidangkan kepada khalayak sukan. Soal bagaimana minuman keras dapat masuk ke penginapan atlete menimbulkan persoalan. Kes membabitkan 3 pemain bola baling WP menjadi topik hangat mengalahkan kemeriahan menobatkan atlete terbaik lelaki dan wanita.

Bila berbicara tentang atlete terbaik, yang menjadi fokus perbincangan ialah apakah kriteria yang diambil sebagai asas pemilihan. adakah pencapaian atlete diambil kira atau hanya jumlah pingat yang diraih menjadi kriteria utama? Tetapi keputusan yang diberi pada malam gemilang itu nampaknya kriteria terakhir yang menjadi asas pemilihan iaitu siapa yang banyak dapat pingat emas itulah atlete terbaik untuk satu-satu kejohanan.

Jika kriteria itu yang menjadi asasnya, bilakah danadakaha peluang pemain-pemain bolasepak akan menjadi pilihan? Bagaimana pula dengan permainan-permainan lain seperti hoki, bola jaring dan bola baling? Tentu tidak mungkin mendapat lebih dari satu pingat emas, sudah tentu tidak layak untuk menjadi pilihan pihak juri.

Sepatutnya MSN memikirkan satu kaedah yang lainyang boleh diterima oleh atlete dari sukan-sukan yang lain terutama permainan. Atau MSN wujudkan satu kategori khas untuk permainan-permainan dari kaedah yang digunakan sekarang. Barulah selepas ini para pemain bolasepak, hoki, bola jaring dan bola baling dapat berangan-angan untuk satu hadiah khas untuk mereka; Atlete Terbaik.

Sunday, June 23, 2013

MUDAHKAH HENDAK MENIPU KEPUTUSAN PILIHANRAYA?

Siang tadi, 220613 telah berlangsung perhimpunan yang diistilahkan haram tapi tidak 'diharamkan'. Kerajaan dan pihak polis seerta tuan punya Padang Merbok (DBKL) tidak pun bertindak menghalang atau menyekat sebarang aktiviti di perhimpunan itu. 

Sehari dua sebelum ini bukan main lagi amaran dan desakan untuk bertindak dikeluarkan seandainya berlaku juga perhimpunan yang dirancang pembangkang itu yang dikenali sebagai 'Blackout 505'. Kononnya tema 'blackout' itu diambil sempena kejadian blackout semasa pengiraan undi di pusat mengundi yang sehingga kini tidak dapat dibuktikan di mana ia berlaku.

Nampak sangat pembohong pembangkang ini. Berbagai isu dicanangkan bagi merendahkan kredibiliti SPR, hanya isu dakwat kekal yang tidak kekal dibuat laporan polis. Mana dia kes mengundi duakali dan ribuan 'Bangla' yang dikatakan turut mengundi? Mana pula isu blackout yang digembar-gemburkan?

Semua tipu. Bukan SPR yang menipu tapi PR yang menipu!

Senangkah hendak menipu pilihanraya? Siapa yang pernah bertugas sebagai Ketua Tempat Mengundi, Kerani Mengundi dan juga pegawai SPR yang lain tentu dapat menceritakan bagaimana perjalanan dan proses mengundi sehingga keputusan dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi. 

Macam mana boleh undi dua kali kalau nama kita telah dipotong di beberapa Senarai Daftar Pemilih? Ada 4 senarai yang nama pengundi telah dipotong sebaik kita selesai mengundi. Tempat menyemak daftar undi, di tangan Kerani Mengundi sesudah nama kita disebut dengan nyaring dan di meja agen-agen calon yang dua atau tiga orang di dalam bilik mengundi itu juga.

Ketika mengira undi di Pusat Mengundi, kehadiran agen calon bersama petugas SPR begitu nyata dan telus. Yang dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi hanyalah Borang yang telah disahkan oleh beberapa pihak termasuk agen calon sendiri. 

Jadi siapa yang menipu?

Yang jelas perhimpunan Blackout 505 hanyalah retorik politik orang-orang politik yang gagal berpolitik. Kalau kerajaan hendak menipu dengan kerjasama SPR untuk menang, apalah bodoh sangat menang tipis begitu. Tipulah supaya menang majoriti 2/3. Dan menipulah untuk menang di Selangor dan Pulau Pinang. Ini sekadar 12 kerusi sahaja di Selangor. 

Menipu apa macam itu.

Wednesday, May 8, 2013

NASIB SEBUAH PARTI ISLAM DI MALAYSIA

Apa nak dikatakan lagi, PRU13 sudahpun melabuhkan tirainya dan tirainya masih dipertikaikan sebagai sesuatu yang tidak adil pula. Ada yang katan berlaku 'perkara yang tidak betul' yang menentukan keputusan. Hendak demokrasi, sudah diberi demokrasi. Hendak apa lagi?

Yang nyata, paling teraniaya adalah parti yang kononnya berteraskan Islam. Beria-ia membantu rakan dalam pakatan sehingga sanggup mengkafirkan sesama Islam dan sanggup pula menerima bantuan syaitan, akhirnya dia sendiri yang mengalami kerugian. Bertanding banyak kerusi tetapi memenangi jumlah yang paling rendah berbanding rakan pakatan yang lain.


sebenarnya PAS, sejak bermula bahang pilihanraya sudah tidak dikehendaki DAP dan PKR dengan harapan jika PAS keluar menginggalkan pakatan pembangkang, jumlah kerusi PAS itu boleh diagihkan sesama mereka untuk menentang BN. Tetapi PAS tidak tahu bahasa dan bermuka tak malu, terus kekal di situ kerana mereka sedar kalau mereka berjuang sendirian,satu kerusi pun belum tentu dapat. 


DAP dan PKR membangkitkan isu kalimah Allah dengan harapan parti Islam ini menentang dan terus keluar apabila dua rakannya bertegas juga membenarkan agama lain menggunakan kalimah tersebut untuk merujuk kepada Tuhan mereka. Mereka mahu menggunakan kalimah itu dalam kitab Bible Bahasa Melayu sedangkan terjemahan Bible ke dalam Bahasa Melayu sendiri ternyata satu agenda jahat kristian kerana ianya untuk siapa? Kaum Cina tak akan membacanya. Buku teks dalam Bahasa Melayu pun mereka tidak berminat. Akhbar Bahasa Melayu juga mereka tidak mahu inikan kitab agama mereka.


Ternyata isu ini sengaja ditimbulkan dengan harapan PAS bertindak keluar Pakatan Rakyat. Hendak disingkir terus tidak masuk akal kerana tiada isu dan pertelagahan. Tapi PASa tetap 'hemoi' dan muka tak malu, kekal dalam pakatan tersebut dalam keadaan serba salah. Dan natijahnya ditunjukan dalam PRU13. Hanya mendapat 20 kerusi dari berapaa lebih 75 kerusi yang ditandingi.


Rasanya nasib parti Islam ini terumbang ambing. Siapa akan dengar kata mereka kalau setakat 20 kerusi? DAP yang angkuh memenangi 38 kerusi itu nak dengan cakap PAS? Jauh panggang dari api. PKR? Ini tidak lain perjuangananya, hanya untuk merampas kerusi PM sahaja. Lain tak ada.


Ini bermakna, INI KALILAH tak boleh pakai. Tukar kepada LAIN KALILAH atau BOLEH BELAH!


Monday, May 6, 2013

PRU13: SEMUA MELAYU KENA TIPU

PRU13 benar-benar mengajar kita satu pengalaman. 
Pengalaman paling berharga yang tidak dapat dikutip dari mana-mana buku ilmiah.
Tidak ada dalam simpana mana-mana khazanah.
Yang tidak dapat kita peroleh dari mana-mana para ilmuan.

Kita ditipu dari segenap sudut. Mereka kata kita rasis tetapi mereka lebih rasis. Mereka kata kita tidak islamik tetapi islamikkah mereka?

Orang Cina tetap semangat kecinaannya. Cintakan bangsanya.
Orang India tetap dengan semangat keindiaannya. Sentiasa bermuka-muka.
Dan Melayu tetap dengan kemelayuannya. Bergaduh tidak berhenti.

Pemimpin-pemimpin Melayu masing-masing mahu tunjuk pandai. 
Pandai beri pendapat. 
Pandai membina persepsi
pandai mengolah isu
pandai mereka-reka cerita
semuanya untuk Melayu berpecah-belah.

Kaum Cina tidak peduli
merka berkelahi tetapi bersatu hati
mereka tidak bersetuju tentang isu tetapi ketika memilih mereka bersatu
tewas pun tidak mengapa, jadi senator akhirnya jadi Menteri juga.

India langsung tiada kawasan majoriti
kita beri tempat juga untuk ambil hati
tapi apa balasan diakhir cerita
mereka tidaka membantu Melayu yang baik hati.

PM sudah kena tipu
masa perhimpunan bukan main lagi diserbu
tunjuk minat beri sokongan padu
berarak sana sini rupanya hanya mengampu.

Lihat apa jadi kepada Pulau Pinang.
Lihat apa jadi kepada Kuala Lumpur
Lihat apa jadi kepada Ipoh.

Semua Melayu sudah kena tipu.



Tuesday, April 30, 2013

BUNGA LABU

Hanyalah kuntuman bunga labu yang dikutip di pinggir jalan. Kelihatan menarik bila terdapat banyak bunganya memenuhi laman.



Monday, April 29, 2013

BAGAIMANA MEMULAKAN SEMULA LANGKAH YANG TERHENTI SEKIAN LAMA??

Langkah ini terhenti sekian lama. Dah setahun atau lebih tidak pernah menulis sedikitpun. Laman sentiasa kosong setiap kali dilawati. Dan hari ini, malam ini entah dari mana datangnya semangat, aku ingin memulakan semula langkah yang terhenti itu.

Bagaimana harus memulakannya?

Mula-mula dulu menulis hanya kerana suka-suka menulis, aku isi Laman ini dengan cerita biasa tentang apa yang dirasai dan menceritakan sedikit pengalaman yang manis dan pahit yang pernah dilalui.

Lepas itu beralih kepada hal-hal berkaitan dengan tumbuhan dan khasiatnya yang banyak dipelajari dari teman-teman dan juga orang-orang tua di kampung. Disusuli pula dengan pandangan peribadi tentyang isu-isu politik yang semakin bercelaru.

Akhir sekali ada juga aku memaparkan foto-foto yang boleh dikongsi kecantikannya. Kemudian sekali menyusul beberapa puisi yang tidak begitu tinggi nilainya. Ia hanya luahan perasaan seorang tua yang kehabisan idea.

sekarang sesudah berhenti seklian lama, bagaimana harus aku memulakan semula langkah ini?

Saturday, March 31, 2012

KATAKANLAH

Katakan kepada mereka
mesra kita ini bukanlah sandiwara
aku bukan seorang pelakonnya
dan kamu
tentulah bukan seorang sutradara.

Katakan juga
tidak ada episod-episod duka
dan tiada nestapa
ketika kita menganyam cinta
atau ketika kita menyulam kasih.

Mac 2012

Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU

Jika dapat diundurkan masa
biar kita kembali
ulangi hidup dari mula
sambil menyulam di mana kekosongan
dengan akal budi dan tulus hati.

Jika masa dapat menanti
hari tidak berlalu sepantas ini
dan kita sempat membaiki diri
melakar wajah secantik dewa dewi
menjadi insan hakiki.

Tapi kita tetap dihidangkan
tahun baru yang menjelang
dan tentu tidak sempat
mencari jalan pulang.

- 31 Disember 2011

.