Saturday, July 7, 2018

TELUSKAH PROSES PEMILIHAN DI KFA MUSIM 2018?

Sedar atau tidak, selepas perubahan kerajaan negeri, KFA bakal melalui proses pemilihan kepemimpinan yang baru yang akan dijalankan pada hari Khamis 12 Julai 2018 ini. Dan sekarang yang pasti jawatan Presiden tetap bertukar tangan berikutan pertukaran Menteri Besar. Datuk Seri Ahmad Bashah terpaksa melepaskan jawatan kepada MB baru iaitu Datuk Seri Mukriz Mahathir yang memenangi pilihanraya baru-baru ini. Berikutan dengan itu, jawatan Setiausaha Kehormat juga sudah tentu bertukar tangan kepada orang baru.


Jika dilihat dari senarai mereka yang menawarkan diri dan dicalonkan oleh badan gabungan ternyata ramai tokoh dalam kalangan orang muda tersenarai. Dan dalam ramai-ramai itu hanya beberapa orang sahaja yang benar-benar dirasakan boleh menyumbang kepada kemajuan bolasepak di negeri Kedah. ada individu yang langsung tidak pernah terlibat dalam bolasepak secara langsung malah tidak dikenali di dalam padang selama ini.

Ada juga antara mreka adalah bekas pemain era 80an dan 90an yang belum terbukti tahap kepemimpinan mereka. Sukar untuk dipastikan kewibawaan masing-masing kerana ada dalam kalangan mereka telah pernah terlibat dalam senarai jawatankuasa-jawatankuasa tetapi tidak menyerlah dari segi watak sebagai pemimpin. Kita takut nanti perkara yang sama akan berulang biarpun kononnya kali ini KFA tidak mahu terlalu ramai orang politik yang berada di situ seperti sebelum ini yang memudaratkan KFA sendiri.


Jika dilihat dari 5 calon Naib Presiden itu, hanyalah seorang dua yang menyerlah. Yang lain hanya sekadar akan menjadi penumpang dan pak turut sahaja selain dari dilihat hanya akan mengambil kesempatan dan mencari untung. Ada juga yang pernah diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi sebuah jawatankuasa pada sessi lalu tetapi merupakan seorang yang penakut membuat keputusan. Sudahnya jawatankuasa itu hanyalah menjadi hiasan dan sering dicucuk hidung. Dan kali ini jika dipilih, pasti perkara yang sama akan berulang. Bagaimanapun 3 akan ipilih duduk di jawatan Naib Presiden KFA.


Kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden sudah pasti tidak terguggat lagi kerana telah menang tanpa bertanding. Begitu juga dengan Ahli Eksekutif untuk wanita, hanya seorang sahaja yang dilantik. Kedudukan mereka bertiga tidak dapat dipertikaikan lagi tetapi prestasi mereka entahlah! Hanya amasa yang akan menentukan.


Yang menariknya dari 24 calon Ahli eksekutif yang tersenarai, hanya beberapa orang sahaja yang menyerlah sebelum ini. Terdapat ramai muka baru cuba diketengahkan. Malangnya calon-calon tersebut masih terikat dengan arus politik tertentu yang tentunya akan menggangngu setiap keputusan nanti. yang betul-betul bersih dari politik hanyalah beberapa orang sahaja. Dan tentunya masing-masing tidak dapat lari dari pengaruh dan emosi politik.


Dari senarai caln tersebut hanyalah beberapa orang sahaja yang berwibawa untuk diketengahkan. Yang lain hanyalah akan jadi penumpang yang bakal menikmati berbagai kemudahan dan keistimewaan. Lama-kelamaanKFA akan berbalik kepada asal dan yang dikejar tidak dapat yang dikendong keciciran.
 Adios! Selamat bermesyuarat!

No comments:

Post a Comment