Thursday, July 19, 2018
PENGADIL BOLASEPAK KFA: SEMUANYA DI TANGAN PPP
1. Kemelut yang melanda Jawatankuasa Pengadil KFA rupanya tidak selesai sehingga ke hari ini. Setiap hari ada sahaja pesanan ringkas dari para sahabat yang masuk sebagai mesej untuk direnung dan dijawab mengenai perkara tersebut. Kadang-kadang ada juga mesej dari beberapa pengadil sendiri yang tidak berpuas hati dengan perlantikan untuk tugasan di padang. Kononnya perlantikan dibuat dipengaruhi emosi pegawai yang diamanahkan membuat perlantikan.
2. Walau bagaimanapun, sebagai individu yang tiada kena mengena dengan Jawatankuasa Pengadil KFA, saya tidak dapat berbuat apa-apa kecuali berjanji untuk cuba melihat perkara ini. setakat berjanaji sahajalah tetapi untuk membantu memang tidak berupaya. Cuma saya merasa kesal kerana tidak dapat berbuat apa-apa sedangkan harapan mereka menggunung tinggi.
3. Sejak di beri ucapan terimakasih dan direhatkan mulai 17 Januari 2017 hingglah sekarang, saya hanya memerhati dari jauh dan kadang-kadang mendengar keluh kesah yang datang melalui panggilan telefon dan juga mesej. Dan hal ini membuatkan saya merasa kesal dengan pihak pengurusan KFA yang buat 'pekak' tentang hal ini termasuk rungutan dan surat-surat yang dihantar kepada mereka.
4. Kemelut yang berlaku adalah kerana pihak pengurusan khasnya SU Kehormat ketika itu tidak faham dan terlalu mempercayai pegawai dan orang kesayangannya. Mereka tidak sedar bahawa mereka tersalah memilih Pegawai Pembangunan Pengadil. Mungkin individu tersebut Rosmahadi Hashim ini orang kesayangan SU Kehormat, beliau terus dipercayai dan diberi beberapa tugas lain yang tidak sepatutnya. Akhirnya kerana kesibukan pada tugas-tugas yang lain, bidang pengadilan KFA terus terabai.
5. Pihak pengurusan juga tidak memahami bahawa Jawatankuasa Pengadil dan Pegawai Pembangunan Pengadil adalah dua entiti yang tidak sama lalu sepatutnya menggalas tugas yang berlainan. Jawatankuasa Pengadil sepatutnya merangka program-program untuk para pengadil yang beerdaftar manakala PPP pula adalah satu unit di bawah Jawatankuasa Pengadil. Jelaslah bahawa Jawatankuasa Pengadil KFA bukan tertakluk di bawah kendalian Pegawai Pembangunan Pengadil.
6. Kerana kebodohan dan kesilapan itu, PPP telah meletakkan dirinya paling atas di dalam dan daripada Jawatankuasa Pengadil dan jika beliau menghadapi kekangan masa, mesyuarat dan perjumpaan tidak boleh diadakan. Lalu PPP semakin naik tocang apabila dapat menarik tali hidung SU Kehormat dan juga Presiden KFA sendiri. Beliau bebas berbuat apa sahaja sehinggakan surat pemecatan saya tidak mempunyai perkataan pecat atau berhenti malah tarikhnya juga tidak betul iaitu bukan tahun 2017 tetapi 2016. Pengerusi Jawatankuasa Pengadil iaitu Datuk Othman Aziz dan Timbalan Pengerusi En. Khamal Idris hanya seperti boneka kepada PPP ini.
7. Jadi sama-sama kita lihat kali ini bila KFA berada di bawah pengurusan baru. Apakah PPP masih orang yang sama dan Timbalan Jawatankuasa Pengadil dilantik dalam kalangan pengadil kebangsaan sendiri atau masih orang yang sama. Dan para pengadil yang perlukan nasihat, teruskan berhubung seperti selalu. Setakat yang termampu akan saya tunaikan hajat anda.
Adios!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment