Sekali pandang dan sepintas lalu, Nampak mudah. Sekilas fikir memang senang. Jika tidak berlaku apa-apa di jalanan, semua orang gembira. Jika perjalanan lancar dan semua tiba ke destinasi masing-masing, semua pihak merasa senang. Apa tidaknya, perjalanan menjadi singkat dan menjimatkan.
Itulah rumusan yang dapat disimpulkan. Begitulah pendapat
orang yang mengambil mudah dan tidak berfikir panjang tentang masalah yang
mungkin timbul dan juga mengambil mudah tentang keselamatan mereka.
Sebenarnya kegiatan para pemandu bas ekspres menukar
penumpang sesama mereka di pertengahan perjalanan sudah lama berlaku. Perbuatan
mereka memang diketahui ramai tetapi tiada siapa yang ambil kisah. Tidak ada
yang peduli kerana kejadian-kejadian buruk belum terjadi. Pihak SPAD memang
sudah lama maklum perkara ini tetapi biasalah, masih menunggu kalau-kalau ada
laporan. Bila ada laporan barulah hendak bertindak.
Sebenarnya kegiatan menukar penumpang antara bas-bas ekspres
di peretengahan jalan ini sangat berbahaya dan bakal mengundang berbagai
masalah. Walaupun sudah lama berlaku, tiada siapa yang ambil tahu. Pertukaran
ini dibuat di tempat-tempat yang terpencil dan tidak ramai orang. Selalunya di
mana-mana Hentian Sebelah yang jarang orang singgah. Biasanya di Hentian
Sebelah Gua Tempurung kerana tempat tersebut tersembunyi sedikit.
Saya sendiri pernah alaminya sewaktu dalam perjalanan ke
Kelang beberapa minggu lalu. Di Hentian Sebelah Gua Tempurung saya dan beberapa
orang lagi yang hendak ke Shah Alam dan Kelang diarahkan berpindah ke sebuah
bas yang lain. Pemandu itu member alasan basnya tidak ke tempat-tempat itu
sebaliknya hanya terus ke Puduraya. Dan bas yang mengambil saya dan yang lain
itu pula tidak ke Puduraya. Jadi mana-mana penbumpangnya yang hendak ke Puduraya
diarahkan menaiki bas yang menurunkan kami.
Mulanya saya tidak mahu berpindah bas tetapi bila pemandu
tersebut berulangkali menyebut tidak pergi ke Kelang, bimbang pula saya nanti
bila sampai di Puduraya bagaimana pula saya hendak ke Kelang. Hal ini pernah
terjadi kepada menantu saya beberapa bulan yang lalu. Dia diberikan RM10 untuk
mencari kenderaan lain dari Puduraya ke Kelang.
Bayangkanlah kalau berlaku kemalangan atau petaka di
pertengahan jalan, bagaimana orang akan tahu tentang kita? Masa menghantar naik
bas, saudara mara melihat kita naik bas lain tetapi masa kemalangan kita dalam
bas yang lain. Tentu menimbulkan kekeliruan. Kemudian bagaiamana pula dari
aspek perundangan ntuk tuntutan insurans dan sebagainya? Syarikat insurans
tentulah mengambil kesempatan dalam soal ini. Kemalangan dengan bas lain sedang
tiket yang dipegang dari bas yang lain.
Itupun jika masih boleh dikenali. Apa akan terjadi pula jika
kita tidak dapat dikenali langsung. Terbakar bersama kenderaan misalnya? Minta
dijauhkan!
No comments:
Post a Comment