Usah terperanjat melihatnya. Inilah
pakar bolasepak negara yang baru. Dengan tiba-tiba orang ini menjadi pandai
dalam bidang sukan nombor satu negara. Baru berapa tahun saja melibatkan diri
dengan bolasepak, tiba-tiba menjadi pandai dan tahu segala-galanya. Semua orang
tidak betul. Semua orang salah dan tidak tahu mengendalikan apa-apa aspek
tentang bolasepak. Dia saja yang pandai.
Silap FAM tidak melantik orang
ini jadi presiden. Kalau dia yang jadi presiden tentu semuanya berjalan lancar.
Dia tahu semua. Bermula dari penubuhan pasukan hinggalah kepada pengadil-pengadil,
semua dalam kepalanya. Dia tahu pengadil yang ada sekarang tidak berguna. Dia
tahu bila pasukan negara hendak bermain, dan bermain dengan siapa. Hinggakan
Menteri Sukan pun dia kritik, apatah lagi orang-orang lainnya, tentulah setakat
di hujung lidahnya saja.
Dahulu siapa pernah dengan nama
TMJ dalam bolasepak? Tiada siapa tahu. Cuma dalam beberapa tahun ini sejak
dilantik menjadi Tengku Mahkota, barulah namanya muncul dalam kancah bolasepak
negara. Tiba-tiba sekarang menjadi seorang yang amat pakar dalam serba-serbi. Bermacam perkara dipertikaikannya seolah-olah dia saja yang pandai.
Beliau terlupa atas jawatan
sebagai TMJ, suatu hari nanti akan menjadi sultan. Suatu hari nanti beliau akan
naik takhta dan memerintah sebuah negeri. Tapi kalau sekarang ini sibuk dengan
bolasepak dan sentiasa menyalahkan orang lain, bagaimana rakyatnya nanti? Tak
kira benar atau salah, kalau dia sentiasa membela peminat-peminat pasukan JDT
ketika semua pihak menyiasat dan belum pasti benar atau salah, suatu ketika
nanti sudah tidak relevan lagi dengan status SULTAN yang dipegannya.
Sepatutnya sebagai ‘Raja’,
biarlah jadi peminat setia sahaja. Itu sudah memadai. Usahlah sibuk
berpersatuan sehingga terheret rakyat jelata ke dalam situasi yang tidak pasti.
Biarlah orang kebanyakan memimpin persatuan. Raja hanyalah menjadi peminat dan penasihat.
No comments:
Post a Comment