Bunyi pernyataan di atas memang
agak kasar tetapi itulah hakikatnya. Jika kita tidak tahu dan tidak mahir dalam
sesuatu perkara lebih baik kita usah bercakap tentang perkara itu. Jalan
selamat dan tidak menyentuh mana-mana pihak, adalah dengan mendiamkan diri.
Tidak rugi dan tidak akan kelihatan bodoh andainya itulah sikap yang kita
ambil. Hendak bercakappun benda itu kita sendiri tidak faham.
Itulah yang sepatutnya dilakukan
Abdul Rahaman Ibrahim, jurulatih pasukan Terangganu yang tewas baru-baru ini.
Dia sendiri mengaku bahawa dia tidak faham pengadil. Memang dia tidak faham
sebab dia bukannya pengadil. Dia jurulatih berpengalaman malah pernah melatih
skuad negara juga.
Apa yang berlaku sekarang, oleh
kerana semua nak tunjuk pandai. Pengadil malam itu, Mohd Amirul Azwan yaakob
menjadi kambing hitam. Beliau menjadi mangsa kontroversi sedangkan tindakan dan
keputusan yang dibuatnya adalah betul dan tepat. Pembatalan gol itu tepat dan
pemberian kad merah kepada dua pemain itu juga betul. Batal gol kerana
Undang-undang 11 dan kad merah kerana Undang-undang 12.
Saudara Abdul Rahman berasa
hairan mengapa pengadil tidak nerujuk terlebih dahulu dengan pembantu pengadil
sebelum mengesahkan sesuatu jaringan. (Kita panggil orang yang memegang bendera
itu Pembantu Pengadil bukan Penjaga Garisan). Jadi ingin saya terangkan bahawa
pembantu pengadil hanyalah membantu. Pengadil boleh menerima bantuan dari
mereka kalau ia mahu. Dan kalau sesuatu insiden yang jelas dia nampak dan tahu,
bantuan dari pembantu-pembantunya tidak diperlukan.
Jadi usahlah hairan. Memang kita
tidak tahu. Sebab itulah ada orang menyatakan bahawa para pengadil lebih hebat
dari hakim di mahkamah. Hakim boleh mengambil masa bebrapa lama untuk membuat
sesuatu keputusan. Hakim mendapat maklum dari para peguam dan juga saksi.
Pengadil akan membuat keputusan ketika insiden itu berlaku dan pantas memberi
hukuman.
Apa yang berlaku dan menimpa
peminatr di Terangganu adalah kerana sikap mahu bertindak pada perkara yang
mereka sendiri tidak tahu. Menteri Besar juga tidak menanti laporan lengkap,
terus buat kenyataan seolah-olah pengadil bersalah. Menteri Belia dan Sukan
dengan tiba-tiba menyentuh soal mutu pengadilan yang tentunya diarahkan kepada
pengadil malam itu.
Sekarang apa nak dikata lagi?
Pengadil itu betul. Yang tidak faham adalah kita, para penyokong dan peminat. Minta
maaflah pada Mohad Amirul Azwan Yaakob yang anda kutuk dan baling objek yang
entah apa-apa kepadanya malam itu. Dan kerosakan yang berlaku, tanggunglah!
http://ceritalawakgiler.blogspot.com/
ReplyDeletehttp://gambarawekmelayu.com/
http://myfunnyvideo.org/