Thursday, August 12, 2010

BUNGA CINA

Bunga Cina atau Melur Cina ini banyak ditanam sebaga tumbuhan hiasan atau dijadikan pagar. Daunnya yang hijau tua dan pokoknya yang rimbun memberi lanskap yang cantik dan menarik, lebih lagi apabila dipangkas secara bersekala.



Pokok 'Gardenia Augusta' ini mempunyai bunga yang putih seperti bunga melur dan ia berbau harum. Beberapa hari selepas berkembang, bunga itu bertukar menjadi warna putih kekuningan sebelum ia kering dan gugur.
Ia sesuai ditanam di kawasan sejuk tetapi dapat juga tumbuh di tempat-tempat yang panas di bawah jagaan yang rapi . Ia dibiakkan secara keratan batang.

Pokok bunga cina boleh digunakan untuk rawatan penyakit kencing manis, demam, sawan dan juga sembelit.






Bagi merawat kencing manis, daunnya sebanyak lebih kurang 12 helai direbus dalam 2 gelas air dan biar mendidih sehingga tinggal segelas dan diminum sekali sehari air rebusan tersebut yang telah ditapis.



Bagi rawatan sawan, gunakan 7 helai daun, diramas dengan air. Tapiskan air tersebut dan dicampur dengan sedikit madu lebah serta gula batu. Air tersebut diminum 2 kali sehari. Insyaallah!

Demikian juga untuk merawat demam.



Untuk merawat sembelit, buahnya direbus dan air rebusan ini diminum bagi melawaskan penghadaman dan membuang air.

Namun begitu, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah yang baik.

5 comments:

  1. Memang minat dgn bunga2 yg berwarna putih bersih ni..tambah pulak bau nye sungguh semerbak, rase nak letak bunga kat hidung je, begitu la sedap nye bau dia!

    ReplyDelete
  2. Peminat bunga nampaknya. Ada banyak spesis bunga putih dan kebanyakannya berbau harum.

    ReplyDelete
  3. saya ada jenis bunga cina hutan,bunga nyerr just selapis, putih dan sangaaattt wangiii .. bau berbeza berbanding bunga cina yang ada kelopak berlapis.Bau nyerr lebih lembut .. rajin berbunga .. hidung nih dah naik kembang dek bau wangi bunga2 kat laman .. sunday monday, melur,akar dani, harum sundal malam, kemuning, kesidang, tongkeng .. huhhh .. nasib baik lerr cempaka telur tak kuar bunga .. :)

    ReplyDelete
  4. saya sedang mencari anak pokok bunga cina ini untuk ditanam. jika ada sesiapa boleh bantu saya untuk mendapatkannya. boleh email saya ya di rosebudasian@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Assalam, nak bertanya.. bagaimana nak jadikan kudup bunga nya kembang menjadi bunga.. bunga cina sy tahu mengembang😂

    ReplyDelete