Sunday, July 11, 2010

URANG-ARING

Pokok yang dikenali sebagai False Daisy ini dikenali juga sebagai Daisy Paya yang nama botaninya ialah ‘Eclipta Prostrata’. Pokok ini tumbuh liar di kawasan-kawasan terbiar dan di lembah-lembah yang berair dan lembab. Kadang-kadang boleh dilihat tumbuh di tepi-tepi jalan dan longkang sahaja.


Pokok urang-aring ini boleh membiak dari peercambahan biji benih dan juga dari keratin batang. Ia mudah tumbuh. Bunganya kecil berwarna putih seperti daisy, sebab itu dipanggil ‘False Daisy’.

Urang-aring mempunyai beberapa kegunaan dalam perubatan herba. Yang paling kerap digunakan adalah untuk rawatan rambut yakni bagi menghitamkan rambut. Daunnya dilumatkan dan disapu kepada rambut. Amalkan dan rambut akan sentiasa hitam, tidak beruban.


Selain itu, pokok ini juga boleh digunakan untuk merawat ulcer, sakit kepala dan tekanan darah tinggi selain dari membantu dalam pembesaran hati. Jusnya jika diminum boleh menghilangkan sesak nafas bagi kanak-kanak. Tetapi mesti dicampur dengan madu terlebih dahulu.




Daunnya yang dilumatkan boleh disapu untuk menghilangkan bengkak. Selain dari itu, dalam perubatan Cina, urang-aring ini digunakan untuk merawat batuk dan berak berdarah.

Walau apapun, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah yang paling baik.

No comments:

Post a Comment