Tumbuhan berikut dipanggil Paku Rawan. Ia banyak terdapat di kawasan berair seperti di parit dan longkang serta di sawah padi, tumbuh bersama rumpai yang lain. Tumbuhan ini berbatang lembut dengan daunnya yang hijau, menjadi kegemaran masyarakat Melayu sebagai ulaman yang sedap.
Keseluruhan tumbuhan ini dibersihkan dan direbus supaya lembut, boleh dimakan untuk menyejukkan badan. Bagi mereka yang mengalami sembelit juga elok mengamalkan memakannya sebagai ulam. Orang tua-tua amat menggemari ulam paku rawan ini.
Selain itu, pokok ini sangat berguna bagi melawaskan penghadaman kerana ia mempunyai serat daun dan bunga yang mempercepatkan proses di dalam usus.
Bunganya berwarna kuning yang sangat cantik dilihat dari dekat. Bunga ini direbus dan dimakan bersama daun dan batangnya.
Walau apapun, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah terbaik.
saya link blog tuan ini
ReplyDeleteTerimakasih.
ReplyDeleteSekamat maju jaya.
dulu x tau pun paku rawan ni boleh dimakan..dulu bagi makan kat angsan jer..bila bawak bibik balik kg menjerit dia tgk pokok ni, petik, celur dan goreng dengan kelapa n bawang.rasa skit boleh tahan sedapnya..tp berlendir skit.
ReplyDeleteSaya kongsi artikal tuan ini
ReplyDelete