Tuesday, January 20, 2009

TIADA YANG KALAH DAN TIADA YANG MENANG

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu telah berakhir dengan cemerlang. Tidak kira siapa yang menang, ia selesai dengan aman tanpa suatu pun insiden yang memalukan dan tidak diingini. Dan entah mengapa kali ini tidak ada hantu yang datang mengundi seperti sering diperkatakan setiap kali ada pilihanraya Kecil.

Sekarang sudah sah BN menerima satu lagi kekalahan dalam Pilihanraya Kecil selepas Permatang Pauh. Tidak kira lagi dua ahli yang sudah berpaling tadah. Di Dewan Undangan Negeri pun ada kerusi yang terlepas kepada pembangkang. Nampaknya BN khususnya UMNO dilihat seolah-olah semakin dipandang sepi oleh para pengundi.

Sebenarnya UMNO tidak kalah dn PAS tidak menang dalam pertembungan itu. Yang kalah adalah bangsa Melayu dan yang menang adalah bangsa Cina dan India. Percayalah, kedua-dua bangsa ini sekarang sedang ketawa melihat kebebalan bangsa Melayu. Alangkah bodohnya manusia Melayu.

Dalam bahasa lebih mudah boleh kita katakan ‘Menang Sorak Kampung Tergadai’ sebagai kiasan paling tepat menggambarkan senario bangsa Melayu sekarang. Dalam kita gembira meraikan kemenangan, orang lain sudah mengatur strategi yang semakin melemahkan bangsa Melayu. Lepas satu, satu lagi usaha melagakan orang-orang Melayu.

Hari ini DAP menubuhkan pula cawangannya yang ahli-ahlinya terdiri dari orang-orang Melayu. Ini merupakan satu usaha mahu memporak-perandakan bangsa Melayu. Mereka lihat Melayu sudah terbahagi kepada beberapa kumpulan yang berlainan ideology. Dalam UMNO memang semua Melayu. Dalam PAS juga semua Melayu. AKIM juga terdiri daripada orang Melayu. Melayu juga ada dalam PKR.

Hindraf menjadi berani sebab melihat perpecahan Melayu. DAP semakin lantang melihat perpecahan Melayu. Satu hari nanti Hindraf dan DAP bersatu, Melayu dalam PKR ‘dibunuh’ seorang demi seorang, tidak mustahil Malaysia tidak lagi menjadi negeri Melayu. Perdana Menteri bukan lagi hak Melayu. Menteri Pelajaran bukan lagi hak Melayu. Dasar Pelajaran Kebangsaan mungkin tidak ada lagi pada waktu itu.

Akta Kanun Tanah Negara mungkin telah berubah kerana tidak ada lagi Hak Istimewa Orang Melayu. Semua orang berhak mendapat tanah dengan mudah. Kalau sekarang ada tanah rizab Melayu, ketika itu tidak ada lagi.

PAS usah gembira dengan kemenangan ini. Kita sebenarnya telah lama kalah. Ego sahaja yang membuatkan PAS memandang sepi perkara ini. UMNO juga dengan egonya sendiri tidak mahu ‘beralah’ menerima PAS sebagai rakan kongsi politik. Dan PAS dengan alasan sudah serik di tipu UMNO puluhan tahun yang lalu. Kisah silam itu seolah-olah tidak ada penghujungnya.

Yang bagusnya lagi, untuk mempercepatkan mereka menguasai negara, ada pula seorang Melayu yang sanggup diperalatkan dengan janji menjadi Perdana Menteri. Si Melayu ini turut menyumbang ke arah perpecahan Melayu.

Yang menyedihkan, kita tidak boleh berbaik dan bersatu sesama Islam. Tapi kita lebih rela berpelukan dengan orang yang nyata kafir dan mahu menjahanamkan Islam. Sebut saja hukum Islam, mereka menolaknya secara total. Orang-orang inilah yang PAS ambil buat kawan dan menolak UMNO yang dikatakan menolak hukum Islam juga.

Israel berani mengganas di Palestin pun sebab ia tahu Arab semua tidak bersatu. Kalau Arab bersatu dah lama Israel tu tinggal namanya sahaja. Negara itu bukan luas manapun. Kata orang kalau orang-orang Arab kencing sorang sikit, boleh banjir Israel tu.

1 comment: