Thursday, January 29, 2009

LIDAH KERAMAT ANWAR

Apabila telah sah Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyeberang kepada Pakatan Rakyat dengan menganggotai PKR dan tidak mungkin kembali lagi ke pangkuan BN, kerajaan Perak mendapat satu kerusi tambahan lagi menjadikan 32 semuanya manakala lawannya tinggal 27 kerusi sahaja. Nampaknya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak semakin kuat dan BN khasnya UMNO dilihat semakin lemah.

Tetapi yang menghairankan Datuk Nasaruddin tidak memilih PAS, parti yang dikatakan memperjuangkan Islam. Sebaliknya beliau memilih PKR sebagai wadah seterusnya dengan alasan yang boleh mencairkan orang yang mendengar; hanya PKR sahaja yang dilihat sebagai parti yang memperjuangkan semua lapisan rakyat berbagai kaum.

Nampaknya ‘perang’ Anwar dengan kerajaan semakin berhasil. Kesetiaan kebanyakan wakil rakyat BN semakin rapuh. Termakan dengan lidah keramat Anwar. Setiap yang dikatakan Anwar semua benar belaka bagi kebanyakan orang. Setiap ucapan beliau boleh dipercayai. Betulkah?

Anwar pandai memainkan sentimen agar rakyat membenci kerajaan sedikit demi sedikit.. Bermula dengan gerakan dan teriakan ‘reformasi’ semasa era Tun Mahathir, jarum Anwar nampaknya sudah mula memberi kesan. Dan Anwar berharap apabila kepercayaan rakyat sudah memihak kepada beliau, dan akan ramai lagi Wakil Rakyat akan berpaling tadah. Seterusnya impian untuk menjadi Perdana Menteri tercapai. Apa dia peduli tentang kesengsaraan orang lain?

Orang sedang sibuk-sibuk berusaha membangunkan negara dengan menyelesaikan beberapa isu global yang melanda negara, Anwar sibuk mencanang untuk merampas tampuk pemerintahan. Bilangan mencukupi, katanya. Lepas sebulan, sebulan gendang berbunyi, tetapi tarian belum bermula.

Beberapa entri terdahulu sudah dikatakan bahawa Anwar adalah seorang pendokong politik yang paling pintar di abad ini. Betul. Lidahnya boleh memporak-perandakan negara yang aman ini. Lihatlah sedikit masa lagi.

Sekarang semua orang mempercayainya. Sumpah Mohd. Saiful Bukhari tidak dipercayai langsung. Bila Anwar berkata bahawa beliau tidak melakukan ‘liwat’, tuduhan itu semuanya fitnah dan semua orang mengaku Anwar betul. Yang bersumpah dengan nama Tuhan dan di dalam masjid pula dikatakan berlakon semata-mata. Para ulama mengutuk sumpah itu sebagai salah dan tidak betul, tetapi kata-kata Anwar terus dipercayai tanpa meminta beliau bersumpah menafikananya.

Tuduhan terhaap Anwar dikatakan fitnah, tetapi tuduhan Anwar terhadap orang lain semua mengaku sebagai benar, bukan fitnah. Begitu keramat sekali lidah Anwar sehinggakan semua ulama dalam PAS dan di luar PAS akur sahaja tanpa hujah seperti mereka menghujahkan sumpah Mohd. Saiful.

Mohamad Sabu, panglima PAS yang dulu sering menjaja ke merata pentas ceramah tentang Anwar, sekarang telah diam membisu sejak berada di pihak Anwar. Lim Kit Siang yang dulunya turut sama menghentam Anwar sekarang telah menjadi sekutu Anwar.

Begitu keramatnya lidah Anwar. Orang macam Nik Aziz boleh percaya begitu sahaja. Orang macam Haji Hadi boleh percaya begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment