Setiap orang ada muslihatnya dan tidak payah hendak nafikan. Nafikan pun orang tak percaya sebaliknya macam-macam andaian dibuat orang. Dan kadang-kadang andaian itu menyakitkan.
Tentulah Datuk Seri Haji Hadi Awang mempunyai muslihatnya tersendiri bila beliau berpeluk dengan saudara Lim Kit Siang semasa menjadi Menteri Besar Terengganu sedikit masa dulu. Semua orang tahu kedua-dua tokoh ini berlainan ideologi. Seorang bercakap tentang Negara Islam, seorang lagi dari parti yang bercakap ‘langkah mayat dulu kalau nak tubuhkan Negara Islam’. Bila kedua-duanya berpelukan, tentulah ada muslihat Tuan Guru dan juga saudara Lim yang orang tak tahu.
Presidern PAS itu tentu mempunyai muslihat bila beralih menyokong dan memuja Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dulunya dihentam PAS kiri-kanan dan depan-belakang. Dulu apa yang PAS tak kata pada Anwar tentang salahlakunya?Hinggakan ada yang mencadangkan Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu memecat Anwar.
Tanyalah panglima PAS, En. Mohamad Sabu. Beliau tahu banyak tentang perkara ini. Dan beliau menggelarkan Anwar dengan berbagai gelaran semasa berceramah dalam tahun-tahun 90an dulu. Jadi bila PAS sekarang menyanjung Anwar dan Muhamad Sabu pun tak kedengaran lagi, tentulah ada muslihatnya. Muslihat itulah yang orang tidak tahu.
Bila bercakap tentang muslihat, Datuk Seri Anwar mengatasi orang lain jika dibuat perbandingan. Kata orang tak ada Anwar, tak adalah muslihat. Macam satu ketika dulu orang kata, “No Samy no toll.” Anwar pakar dalam mencetus muslihat demi muslihat.
Semasa dalam tahanan dahulu beliau mendakwa diracun dengan arsenik, sakit tengkuk dan berbagai lagi kontroversi lagi. Apa muslihat beliau, dia sendiri yang tahu kerana lepas itu tiada laporan keracunan. Dan tengkuk pun tidak sakit seperti dalam gambar-gambar sebelumnya. Apa muslihatnya?
Dan dalam versi baru ini pula Datuk Seri Anwar memulakan muslihat beliau dengan lari bersembunyi di kediaman Duta Turki pada petang selepas Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis dia diliwat Datuk Seri Anwar. Tiada siapa tahu perkara sebenar tetapi yang nyata malam itu juga kerajaan Amerika sudah memberi nasihat kepada Malaysia untuk berlaku adil kepada Anwar. Dari mana Amerika tahu secepat itu tiada siapa mengerti.
Dan dengar cerita Datuk Seri Anwar mendakwa nyawanya terancam. Ada ugutan bunuh terhadapnya tetapi yangpeliknya esoknya beliau boleh berjalan di samping Dr Wan Azizah dengan hanya tersenyum tanpa takut lagi dengan ancaman keselamatan nyawanya. Apakah muslihat Anwar?
Sehari selepas itu beliau boleh memberi ucapan di hadapan ribuan penyokongnya seperti tahun 1998 dahulu ketika melaungkan ‘refomasi’. Nampak ceria sahaja tanpa takut nyawanya terancam seperti didakwanya sebelum itu.
Seterusnya apa pula muslihat Datuk Seri Anwar bila pada masa yang sama membuat laporan kepada BPR terhadap Tan Sri Musa Hassan danTan Sri Ghani Patail tentang pemalsuan bahan bukti kes beliau 10 tahun yang lalu. Apa muslihat Anwar mengambil masa sepuluh tahun untuk membuat laporan dan dibuat pula selepas Saiful membuat laporan polis terhadapnya?
Sudah tentu beliau mempunyai muslihat. Hanya satu tujuan beliau. Apabila kedua-dua tokoh ini sudah ‘ditambat’, keseluruhan siasatan dan pendakwaan nanti akan terbantut. Datuk Seri Anwar amat bijak memengambil langkah awal agar kedua-dua individu ini tidak dapat campur tangan dalam kes yang beliau hadapi. Dan didapati muslihat ini hampir berjaya.
Pilihanraya Kecil Permatang Pauh juga dilihat mempunyai muslihat tertentu. Sebelum memilih Permatang Pauh menjadi gelanggangnya, beliau mencanangkan beberapa tempat untuk melihat ‘feedback’ dari kawasan-kawasan tersebut. Mula-mula kawasan Tan Seri Khalid Ibrahim disebutnya. Lepas itu Kulim-Bandar Baru pula. BN yang sedikit goyah kelihatan ‘bercempera’ juga.seketika walaupun tak diperlihatkan.
Pemilihan Permatang Pauh dilihat Anwar sebagai bukan ‘anak jantan’ kerana itu memang kubunya. Letak siapa pun di situ melawan Anwar, pasti kalah. Semua itu muslihat Datuk Seri Anwar, membuat negara hampir kucar-kacir. BN yang nyawa-nyawa ikan pun masa itu asyik bertelagah menyalahkan sama sendiri.
Muslihat terbesar Datuk Seri Anwar sekarang adalah perihal hendak menukar kerajaan atau mengambil alih pentadbiran negara. Bermula sebaik selepas PRU12, setiap hari beliau memukul gendang yang serupa, tukar kerajaan. Tarikh telah ditetapkan iaitu 16 September. Ahli Parlimen BN yang hendak melompat parti pun katanya telah siap sedia menanti tarikh tersebut.
Negara hampir huru-hara juga. Kerajaan yang ada, BN jadi tenggelam punca, tiba-tiba buat rombongan menghantar Wakil-wakil Rakyatnya ke China untuk satu Lawatan Sambil Belajar. Dan Datuk Seri Anwar pula menghantar wakilnya ke China juga dengan satu muslihat yang lain pula iaitu supaya orang nampak beliau bersugguh-sungguh. Ketika itu nampak Datuk Seri Abdullah pun terikut-ikut dengan rentak Ketua Pembangkang itu. Penat beliau kita tengok setiap kali berucap.
Dan sekarang tarikh tersebut ditukar pula ke bulan Disember. Ada muslihat lagikah kali ini?
Apa pula muslihat Anwar yang mahu sangat menjadi Perdana Menteri? Adakah supaya kes beliau boleh ditutup begitu sahaja jika telah menjadi Perdana Menteri? Apa akan terjadi kepada Mohamad Saiful Bukhari?
Assalamualaikum Saudara,
ReplyDeleteTerima Kasih kerana singgah ke blog saya dan juga atas ingatan yang diberi. Saya hargainya.
Berbalik kepada "Muslihat Muslihat" yang seperti Saudara huraikan dengan baik dan jelas satu persatu pada pendapat peribadi saya ianya semua kerana Politik dan Kuasa.
Ialah, siapa yang tidak mahu berKuasa, jadi pemerintah, terkenal dan disanjung. Sebab itu berlaku segala macam putar belit atau untuk sedap sedikit bunyinya kita sebut "Muslihat".
Yang tak baiknya jika Muslihat demi Muslihat terlalu bermaharaja lela seperti sebelum 16 Sept 08 lalu kesan buruknya banyak. Antaranya:
1. Rakyat, khasnya orang Islam tidak kyusuk berPuasa. Ramai yang berpuasa setakat menahan lapar dan dahaga kerana melayan kerenah muslihat demi muslihat. Besar kemungkinan Pak Lah dapat banyak pahala percuma dari umpatan orang ramai terhadap dia dan keluarga dan double bonus masa Ramadan.
2. Bukan Puasa sahaja tak 'kyusyuk', Solat Terawih pun mungkin tak macam tahun tahun sebelumnya. Bila moreh saja, siap...bukalah cerita politik. Sebab itu baik balik sahaja lepas witir.
3. Rakyat tak keharuan. Tak tentu arah. Masing masing menanti. Khabar angin dan sms tak usah nak cakaplah.
4. Yang di luar Negara dan minat pada Anwar macam US pun hantar pemberita mereka untuk stand by nak rakam 'live' oleh CNN ke, BBC ke, Aljazeera ke" dari Parlimen Malaysia jika berlaku lompat si katak lompat pada 16-9-2008 lalu.
Akhirnya sekarang?......lepas raya korban pula. Akan datang ke lagi orang CNN, BBC atau Aljazeera? Tidak lah kita ketahui.
Muslihat memang tidak baik dan mendatangkan yang negatif pada Negara, Bangsa dan apatah lagi Agama. Jadi lain kali kita kena berhati hati sebab memang kita pun diingatkan supaya bila datang apa apa berita dari......kita kena selidiki dahulu.
Pemimpin yang baik semestinya ikhlas, jujur dan transparen, tak ada Outa....pidato kurang kerja lebih untuk rakyat.
WaAllahuAlam, saudara lebih arif.
Bicara Politik adalah bicara kuasa. Yang sedang berkuasa mabuk kuasa, yang belum berkuasa gila kuasa. Bagi orang politik kuasa dan peluang adalah segala-galanya.
ReplyDelete