Friday, August 31, 2018

PELIK TETAPI BENAR

1. Hari ini kita sama-sama menyambut hari ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 61. Dan kemeriahan samabutan hari ini dapat dirasakan seluruh pelosok negara. Rata-rata ditunjukkan acara-acara sambutan yang hebat dan begitu patriotik, Syabas rakyat Malaysia! Pertukaran tampuk pemerintahan sedikitpun tidak menjejaskan akal budi dan fikiran semua pihak.

2. Esok masih lagi dalam situasi samabutan merdeka. Begitu juga di negeri Kedah. Sambutan amat meriah. Esok di beberapa tempat diadakan acara larian kemerdekaan dan sukan-sukan yang lain sempena hari besar itu.

3. Di Alor Setar esok, KFA (Persdatuan Bolasepak Kedah) akan mengadakan acara gemilang bagi para pengadil bolasepak. Di Stadium Darulaman akan diadakan acara ujian kecewrgasan tahunan dan juga pendaftaran pengadil yang bernaung di bawah KFA. Acara ujian kecergasan ini telaj terbengkalai sejak tahun 2017 lagi. Apabila Jawatankuasa Pengadil berada di bawah pengurusan baru, acara ini diadakan semula bagi menguji kecergasan mereka yang terlibat. walaupun agak terlewat, inilah masanya yang terawal bagi jawatankuasa baru ini mengorak langkah.

4. Namun ada juga yang tidak kena dengan organisasi pengadil KFA ini. Setelah berbagai langkah diambil, masih juga ada pihak yang tidak peka dengan peranan Jawatankuasa Pengadil ini. Bayangkanlah, ketika JK ini mengadakan proses pendaftaran dan taklimat serta ujian kecergasan bnagi para pengadil, ada pihak yang dengan mudah diberi kelulusan mengadakan pertandingan Futsal Piala Menteri Besar di Alor Setar.

5. Menteri Besar adalah Presiden KFA, sudah tentulah tahu peranan setiap jawatankuasa yang dibentuk dalam pengurusan persatuan. Yang peliknya bagaimana boleh terlibat dengan pertandingan yang tidak mendapat kelulusan Jawatankuasa Pertandingan KFA. Dan dengar cerita pula para pengadil yang terlibat itu adalah pengadil yang tidak pernah berdaftar dengan KFA.

6. Tentulah pelik, Presiden KFA membenarkan pihak yang melanggar perarturan yang dibuat oleh KFA sendiri. Jika begini, apa guna semua jawatankuasa yang dibentuk sekiranya siapa sahaja aboleh melanggar falsafah dan peraturan? Hal ini perlu diambil ingatan agar tidak berlaku lagi di masa hadapan.

7. Kita merasa pelik, tetapi itulah yang benar-benar berlaku!

No comments:

Post a Comment