Bermula hari terakhir puasa baru-baru ini puteriku dimasukkan ke wad di hospital kerana ada tanda-tanda akan melahirkan walaupun kandungannya masih pra-matang. Para doktor berusaha menjaganya sehingga matang tetapi tanda-tanda melahirkan tidak dapat menahannya lagi bertahan sehingga hujung bulan ini. Dan puteriku harus melahirkan hari ini juga. Sudah lebih 2 minggu aku berulang-alik ke hospital yang 45km jauhnya dari rumah, tetapi keghairahan menimang cucu menyebaabkan tidak terasa keletihan walaupun perjalanan setiap hari itu memang meletihkan.
Hospital sekarang bukan macam dahulu. Keadaan yang selesa dan sistem keselamatan yang sentiasa dipertingkatkan membawa kita ke era rawatan dan layanan kelas pertama. Kita sentiasa dihargai secara keseuluruhannya walaupun ada sedikit-sedikit kecacatan yang boleh dipertingkatkan lagi.
Untuk melawat pesakit, "kaunter Tapisan Keselamatan' ini tidak dapat dihindari dari melaluinya dan pegawai-pegawai bertugas perlu lebih tegas dan berhati-hati. Kalau setakat kerap meneriakkan, " Waktu melawat 4.30 ye," tapi orang tetap bebas keluar masuk, tiada gunanya. Suara amat tegas tetapi pelawat senang-senang melangkah masuk ke ruang menaiki lif.
Kemesraan dan layanan baik penting dalam perkhidmatan kaunter, tetapi jika asyik berbual kosong dan orang tetap bebas keluar-masuk, tiada gunanya juga. Para pelawat yang mahu menziarahi kaum keluarga dan sahabat handai, menunggu waktu melawat dengan berbagai aksi. Ada yang lenguh berdiri, terus duduk. Ada yang menyandar di tiang dan dinding. Ada yang berdiam diri dan ada juga yang asyik berbual untuk mempecepatkan waktu
Orang ini barangkali memikirkan ahli keluarganya yang sedang dirawat. Entah makan atau belum, dia sendiri tidak pasti. Entah sihat atau semakin kronik, dia tidak pasti. Namun tetap setia menanti jam 4.30 untuk masuk melawat.
Wanita ini terpaksa disorong kerana masalah kesihatan, tetapi masih bersemangat untuk menziarah ahli keluarganya yang menerima rawatan di wad hospital ini. Dan si anak tetap setia menyorong ibu yang kurang sihat.
Bermacam gelagat manusia untuk memenuhi masa menanti waktu rasmi lawatan ke wad hospital.
Tapi yang penting dalam pemikiranku sekarang, beginikah cucuku nanti? Lelakikah? Perempuankah ia? Hari ini mungkin terjawab persoalannya. Harap-harap bayi itu tidak terlalu besar begini. Kasihan p[uteriku melahirkannya.
Beginikah nanti dia? Damainya tidur bayi ini di sisi ibunya. Mungkin cucuku nantipun begini juga tidurnya, tidak menyusahkan puteriku menjaganya. Dan sudah tentu aku juga akan menerima tempiasnya dalam proses penjagaannya nanti. Dia cucuku!
Semoga ibu dan anak dua-dua dalam keadaan sihat. Selamat menimang cucu.
ReplyDeleteAkhirnya aku dapat cucu lelaki. Alhamdulillah!
ReplyDelete