Monday, June 15, 2009

NIK AZIZ PUN SAMA JUGA MACAM ORANG LAIN.

Dalam bulan ini tidak ada perkara lain yang menjadi topik perbincangan selain Kerajaan Perpaduan. Tidak ada perkara sesensasi lain selain Kerajaan Perpaduan yang dicanang PAS oleh Presidennya Haji Hadi baru-baru ini. Dan gendang yang dipalu Haji Hadi itu telah membuatkan banyak pihak ikut menari tetapi rentaknya tidak serupa. Baik dari kalangan PAS sendiri dan juga dari kalangan UMNO, pro dan kontra sentiasa kedengaran.

Biasalah sifat manusia, mana ada yang serupa pemikirannya. Gagasan Hajin Hadi tersebut mendapat kritikan hebat dari rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat terutama DAP. PKR belum menyatakan pendirian mereka tetapi tentulah akan mengikut telunjuk DAP juga akhirnya.

Tapi yang paling keras menentang gagasan tersebut adalah Nik Aziz, Mursyidul Am PAS sendiri sehingga melabelkan orang-orang yang menyokong gagasan itu adalah 'Boneka UMNO' walaupun idea itu keluar dari PAS sendiri. Itulah Nik Aziz, sentiasa ada perkara yang tidak dipersetujuinya.

Semuanya kerana menganggap UMNO menikam PAS satu ketika dahulu selepas kerjasama mereka dalam Kerajaan Campuran. Rupanya perasaan dendam beliau terhadap UMNO tidak pernah padam sejak bertahun-tahun. Orang sealim Nik Aziz pun mempunyai perasaan tersebut yang selama ini kita anggap hanya ada di sanubari orang-orang jahil.

Semua manusia sama sahaja. Nik Aziz pun macam orang lain juga, sentiasa menaruhn perasaan dendam kesumat yang tidak terkira dengan UMNO. Biar berbaik dengan DAP tidak mengapa walaupun beliau tahu DAP tidak akan menerima 'Islam' sebagai asas perjuangan.

Berbaik dengan siapa sahaja asalkan jangan dengan UMNO. Kerjasama dengan siapa sahaja asalkan tidak dengan UMNO. Itulah dendam yang disimpan Nik Aziz dalam hatinya selama bertahun-tahun.

Dia pun samalah seperti manusia lainnya, tidak mempunyai rasa hendak memaafkan sedangkan itulah antara sifat mulia dalam ISLAM.

2 comments:

  1. mesti sedih kan org tak banyak komen blog u...

    bukalah minda.. jgn dok terperap dalam tempurung sendiri

    PPSMI adalah hanya satu polisi BN yg menjahanamkan bangsa..

    berubahlah!

    ReplyDelete
  2. Terimakasih Zetty.

    Murid sedang belajar matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris. dah 7 tahun pun. saya bukan kira poisi itu menjahanamkan bangsa atau tidak, tapi saya memikirkan apa pula akan terjadi kalau ditukar kembali ke Bahasa Melayu.

    Kalau 7 tahun dulu pakat tentang kan lebih baik. Ini dah 7 tahun baru muncul Datuk Hassan Ahmad dan A samad Said. Dulu kenapa diam saja?

    walauapapun, terimakasih diucapkan kerana sudi juga memberi respon.

    ReplyDelete