2. Sekarang di era bolasepak profedional ini, kumpulan pengadil haram ini lebih kemas dan bersatu sebagai satu kumpulan yang sentiasa memberi persaingan dan memeningkan anggota jawatankuasa pengadil bolasepak di negeri Kedah. Mereka bersatu dalam satu kumpulan yang lebih menonjol dan lebih berketerampilan.
3. Tentulah orang tertanya-tanya mengapa boleh wujud kumpulan ini dan mereka pula mendapat sambutan yang tidak terhingga dalam kalangan penganjur dan pengelola perlawanan samada persahabatan dan juga liga yang rasmi, malah tersebar khidmat mereka ke seluruh negeri Kedah mengalahkan kemunculan pengtadil bertauliah dan berdaftar dengan KFA dan FAM.
4. Menyalahkan satu pihak sahaja tentu tidak munasabah. Selain kesalahan anggota kumpulan ini, pihak KFA sendiri juga secara tidak langsung menjadi antara punca munculnya dan berkembangnya pengaruh kumpulan pengadil haram ini. Biarpun saya sendiri bertanggungjawab di KFA, saya tetap menyalahkan badan bolasepak itu terutama Jawatankuasa Pengadil KFA yang saya sendiri anggotai. Jawatankuasa Pengadil dan juga pihak pengurusan haruslah menerima hakikat biarpun pahit bahawa dasar yang dibuat selama ini lebih mendorong kukuhnya kumpulan mereka ini.
5. Sejak bolasepak negara memasuki era pro, para pengadilnya juga turut diarah menjadi sebagaimana pemain. Dalam suasana permainan yang semakin pantas bergerak, para pengadil juga turut dibentuk menjadi setanding pemain iaitu mesti cergas dan pantas pergerakan mereka dengan ilmu pengadilan yang lebih efektif. Lalu menurut hukum FAM, para pengadil mestilah dalam kalangan belia dan individu yang masih muda. Dan mereka ini dimestikan sentiasa cergas dan mesti menduduki peperiksaan peringkat FAM. Mereka yang lulus dengan Kelas Tiga FAM akan diberi pula peluang menduduki peperiksaan Kelas Kebangsaan. Sesudah itu hanya yang lulus ini sahaja boleh didaftarkan dan diberi pula ujian kecergasan.
6. Dari segi teorinya memanglah sangat sistematik dan begitu tersusun. Tetapi semua lupa bagaimana pula mereka yang berminat dan bagus dalam pengadilan tetapi gagal dalam peperiksaan FAM. Dan gagsal juga dalam ujian kecergasan? Bagaimana pula mereka yang terlebih usia dan tidak layak menduduki peperiksaan tersebut? Ke mana hala tuju kumpulan ini?
7. Itu yang tidak pernah difikirkan. Di KFA, jawatankuasa pengadilnya terlalu mengikut buku dan peraturan dari FAM. Memang betul mereka tidak layak dan tidak lulus dalam peperiksaan dan tidak juga lulus ujian kecergasan, tidak boleh didaftarkan tetapi mereka juga pengadil dan tetap berminat menjadi pengadil dan kita lupa bahawa mereka tidak boleh didaftarkan sebagai pengadil FAM tetapi layak didaftar sebagai pengadil KFA. Jadi oleh sebab itu mereka terpaksa mencari jalan lain meneruskan minat mereka lalu tertubuhlah kumpulan Pengadil Haram ini.
8. Sepatutnya mereka yang tidak berpeluang disenaraikan di FAM didaftarkan juga sebagai pengadil KFA dan turut diberi tugasan yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka. AJK sebagai orang yang bertanggungjawab dalam bidang ini harus ingat bahawa sesetengah orang yang tidak lulus adalah lebih baik dari yang lulus. Jadi Jawatankuasa Pengadil haruslah peka dan berkompromi dengan orang-orang yang begini. Bila mereka dihargai dan diletakkan dalam senarai pengadil KFA, tentulah tidak ada yang haram lagi
9. Jawatankuasa Pengadil KFA juga kurang mempromosikan senarai pengadil yang bertauliah dan berdaftar untuk bertugas selain dari perlaswanan Liga Malaysia. Kekurangan liga di negeri Kedah juga merupakan antara faktor pengadil-pengadil yang berdaftar ini tidak berpeluang mengembangkan bakat dan hal ini mempengaruhi kedudukan mereka dalam kalangan pengadil kebangsaan. Jarang kita dengar pengadil berwibawa datangnya dari KFA.
10. Terimalah hakikat. Janganlah terlalu mengikut buku.
ADIOS!