Telah menjadi lumrah dan perkara biasa sesebuah agensi dan
juga sesebuah badan berkanun dibuat pada jangka masa tertentu dengan
mengambilkira keperluan semasa dan juga faktor usia sesebuah agensi itu. Itulah
yang berlaku dengan bank milik agensi kerajaan iaitu Bank Simpanan Nasional.
Semua orang mengalu-alukan langkah penjenamaan semula itu demi memperteguhkan
dan mempopulerkan bank tersebut sesudah sekian lama bertapak di negara ini.
Akhirnya proses penjenamaan semula itu dilaksanakan dengan
belanja yang bukan sedikit malah merangkumi jutaan ringgit juga. Semua orang
menanti dan ingin melihat perubahan yang dicanangkan oleh pihak pengurusan bank
tersebut. Rupa-rupanya perubahan tersebut hanyalah pada warna dan juga
penggunaan huruf jawi melambangkan BSN. Itu saja perubahan yang dibuat dan
dibanggakan sangat itu.
Amatlah mengecewakan hasilnya. Penggunaan huruf jawi bagi
menggantikan bunyi BSN sangat tidak sesuai malah menjadi bahan jenaka orang
ramai sahaja. Lebih baik menggunakan “Ba Sin Nun’ daripada huruf ‘Ba ya, Alif
ya sin, Ain ya nun’. Lain sekali bunyinya daripada huruf asal BSN. Mungkin
lebih menyerlah jika ditulis sepenuhnya Bank Simpanan Nasional dengan huruf
jawi daripada menulis singkatannya yang lain sekali bunyinya.
Walau apapun komen ini, semuanya telah tertulis dan telah
melalui beberapa penelitian sebelum ini. Mungkin saya silap dan kurang ilmu
tentang huruf jawi tetapi apa yang nyata singkatan huruf jawi itu sentiasa
menjadi bahan jenaka ramai orang. Kata mereka BSN sudah menjadi ‘Bi Is Ain’ dalam huruf jawi.
Entahlah.
No comments:
Post a Comment