Berita
dan cerita tentang bolasepak cukup mendapat tempat di negara kita. Ramai yang
berminat mengikuti perkembangan peermainan tersebut sama ada di dalam ataupun
di luar negara.
Beberapa
minggu lalu kita dikejutkan dengan berita paling sensasi apabila pengadil
Shukri Abd. Rahman ditumbuk oleh
Penolong Pengurus JDT, Datuk Onn Jabar. Entah apa yang merasuk beliau,
tiba-tiba saja meluru dan memukul pengadil yang sedang menuju bilik persalinan.
Kalau kerana tidak puas hati dengan keputusan Pengadil, mana ada pasukan yang
sukakan pengadil bila pasukannya kalah?
Kalau
waktu itu Presiden Obama tidak ada di Malaysia, sudah tentu berita Onn Jabar
ini akan lebih sensasi.
Hakikatnya
tentu ada sesuatu dalam bolasepak yang orang tidak tahu. Tentu ada kelebihan
pada seseorang jika dapat berada dalam kancah bolasepak khasnya di negara ini.
Hal ini yang orang tidak tahu dan mahu diketahui ramai.
Kalau
tidak ada apa-apa masakan 3 individu bertaraf Raja berebut mahu menjadi
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia.
Hanya sebuah persatuan sukan , tapi menjadi rebutan dua Putera Raja dan seorang
Sultan. Padahal kalau diikut hukum akal, seorang raja atau putera raja, kalau
tidak jadi presiden pun, bila-bila masa boleh menonton bolasepak.
Banyak
susah dan kesulitan bila seorang Sultan menjadi presiden persatuan sukan. Tidak
ada satupun kelebihannya. Adalah lebih baik jika dibiar kepada rakyat saja
menjawat jawatan tersebut kerana selama 30 tahun ini pun Malaysia bukan semakin
naik, malah semakin turun prestasinya. Raja dan Anak Raja tidak menyumbang
apapun dalam meningkatkan prestasi mana-mana permainan.
Baik
buruk prestasi bolasepak dan sukan yang lain
juga bukan kerana siapa jadi presiden tetapi kerana pemain-pemain itu
sendiri. Lihatlah sukan-sukan yang lain sebagai contoh.
No comments:
Post a Comment