Saturday, November 20, 2010

BUAH DAN BUNGA MARKISA

Markisa atau dikenali sebagai Buah Susu atau dalam bahasa botaninya 'PASSIFLORACEAE'  adalah sejenis tumbuhan menjalar yang dibawa datang asalnya dari Hawaii dan Australia. Pokok ini boleh dibiakkan menerusi kaedah keratan batang dannjuga semaian biji benih. Namun kaedah keratan batangn didapati lebih cepat tumbuhnya.


Terdapat dua jenis Markisa yang utama iaitu jenis kuning dan jenis ungu. Di negara kita didapati jenis kuning lebih menggalakkan kerana menghasilkan buah yang lebih segar dan banyak. Buah markisa mula menampakkan hasil selepas 5 atau 6 bulan selepas penanaman. Apabila masak ia boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus minuman. Malah dewasa ini terdapat jus markisa dijual di pasaran dan mendapat sambutan yang menggalakkan.


Buah yang berwarna ungu sesuai dimakan begitu sahaja manakala buah kuning lebih kepada penghasilan jus minuman kerana ia didapati lebih kuat aromanya.



Selain dari menghasailkan jus, isi dan serat buah markisa atau buah susu ini boleh dijadikan jem, agar-agar dan perasa yang digunakan dalam penyediaan aiskrim.


Buah ini kaya dengan vitamin A, C selain dari rasa dan aromanya yang sangat unik.

3 comments:

  1. Sedapnya...tengok buah markisa ni..Di mana nak dapatkan benih buah yang berwarna ungu ni? Kondisi tanah yang bagaimana sesuai ditanam? Maaf belum pernah mencuba menanam pokok ni.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap di makan, bunga nye pun cantek, kalau ade benih nak jugak ngengdeng sikit..:)

    ReplyDelete
  3. Saudara,
    Pokok ini sesuai di medium yang sederhana. Tidak terlalu panas dan janan pula terlalu berair.

    Gunakan medium 3:2:1 sudah memadai jika ditanam dalam bekas.

    ReplyDelete