Friday, May 13, 2016

PECAT JURULATIH: EPISOD MALANG BOLASEPAK NEGARA


Baru dua hari selepas Datuk K. Rajagobal meninggalkan Sarawak, hari ini K. devan pula meletak jawatan jurulatih bolasepak Kelantan. Masuk yang ini sudah lima orang jurulatih bolasepak negara menerima nasib yang sama iaitu meninggalkan jawatan mereka atau direhatkan. Dengan mengambil kata yang lebih tepat mereka dipecat dari tugas jurulatih.

Alasan yang diberikan begitu mudah. Kegagalan mereka membawa pasukan masing-masing memenangi perlawanan liga menyebabkan persatuan bolasepak terlibat hilang keyakinan terhadap kemampuan jurulatih-jurulatih tersebut. Para peminat pasukan juga memberi tekanan yang serupa kepada jurulatih-jurulatih malang ini. Bermula dengan Ahmad Yusof sejak perlawanan pertama lagi, disudahi dengan K. Devan semalam.

Tetapi benarkah jurulatih yang menyebabkan pasukan tidak boleh menang? Bagaimana dengan pemain dan juga pengurusan? Dan wang ringgit juga patut dilihat sebagai faktor naik turunnya sesebuah pasukan, bukan jurulatih semata-mata. Episod duka ini pasti tidak akan berakhir andainya kalah dan menang menjadi kayu pengukur, bukannya pencapaian dan semangat juang yang telah ditunjukkan diambil kira.

Lihat saja liga Perdana Inggeris, jurulatih hebat tidak menjamin menangnya sesebuah pasukan. Pasukan Lecister yang tidak dikenali tiba-tiba muncul juara meninggalkan pasukan yang lain yang lebih terkenal dan mempunyai pula jurulatih yang lebih ternama. Kalau ikut trend di Malaysia, sudah lama mereka dipecat atau direhatkan.

Jadi adalah lebih baik jika mereka diberi peluang. usah ada campurtangan pihak pengurusan. jurulatih harus diberi kebebasan memilih pemain untuk membentuk pasukan. apa yang mereka boleh lakukan jika itu saja pemain yang ada. Beri masa dan peluang sebaiknya untuk jurulatih mencari pemain yang difikirkan boleh dibentuk untuk pasukannya bukannya melatih pemain-pemain yang sudah dipilih oleh orang lain.

Pemain juga haruslah menanam rasa hormat kepada jurulatih. rasa hormat ini boleh menjadi tonik untuk bermain dengan lebih baik dan dapat mengikut arahan-arahan yang diberikan.

1 comment:

Laura Jacobs said...

Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)