Wednesday, November 3, 2010

POKOK KARI

Nama pokok kari ini diberikan kerana kegunaannya sebagai rempah-ratus dalam masakan kari atau di setengah tempat disebut gulai. Nama lain untuknya adalah karipulei atau daun kari. Nama botani untuk pokok ini ialah 'Murraya Koenigii'.



Pokok renek ini boleh mencapai sehingga 5 meter tingginya dan biasanya ditanam di kawasan hampir dengan rumah kediaman bagi memudahkan urusan memasak kari.

Bagi orang-orang India, selain untuk memasak kari, daun ini digunakan juga untuk lain-lain masakan seperti maruku dan sebagainya kerana aroma daun ini menambahkan selera sesiapa yang terhidunya.

Tumbuhan yang berasal dari India ini boleh hidup subur di kawasan panas dan kering. ia mempunyai bunga kecil berwarna putih kekuningan. Buahnya juga bersaiz kecil berwarna hijau. Orang-orang Melayu memakan pucuknya sebagi ulam. walaupun lazat, amalan memakan pucuk pokok kari ini kurang baik dan boleh membawa kepada rabun mata.


Namun begitu, keseluruhan pokok kari mempunyai khasiat yang lain terutama dalam perubatan India. Amalan memakan daun kari boleh menguatkan daya penghadaman serta boleh mengelak penyakit sembelit melalui tonik herba yang terkandung di dalamnya. Masalah loya dan pening boleh diatasi dengan meminum campuran teh limau nipis dan jus daun kari. Begitu juga dengan masalah cirit birit serta buasir.


Kulit batangnya yang kering boleh direbus dan airnya diminum untuk menghindarkan penyakit kencing manis. Selain itu daun kari juga boleh digunakan untuk mencegah rambut beruban. Buahnya pula boleh digoreng dengan minyak kelapa sehingga menjadi hitam dan dimakan bagi menghilangkan bisa gigitan serangga seperti lipan dan kala.

Namun, berjumpa serta mendapat nasihat doktor adalah langkah yang terbaik.

4 comments:

Malay-Kadazan girl said...

Pokok kari ni gagah hidup di tempat yang mempunyai cuaca ala mediterannean kalau tiada frost di tempat tersebut. Saya ada nampak di rumah teman pokok kari yang tingginya lebih 2 meter. Anak pokok kari yang tumbuh dari biji pokok kari tersebut ada saya gali dan bawa ke rumah saya dan nampak baik dan cepat pertumbuhannya sekarang.

MADiSYAK said...

Aromanya amat menyegarkan dan khasiatnya amat bernilai.

namoyaki said...

:)

mama hani said...

memang banyak khasiat pokok kari nie.....tq for info.. :)