Saturday, May 29, 2010

SENDUDUK UNGU

Spesis senduduk yang dipanggil Melastoma Malabathricum ini banyak dijumpai di kawasan-kawasan semak serta di tepi-tepi hutan. Kita boleh jumpai ia tumbuh liar di tepi-tepi pagar dan parit. Selalunya dibuang begitu sahaja kerana orang lebih tertumpu kepada Senduduk Putih yang dikatakan lebih berkhasiat.


(Senduduk tumbuh liar di tepi pagar)

Batang dan buahnya yang berwarna kemerahan dilitupi bulu-bulu kecil. Bunganya berwarna ungu kemerah-merahan mempunyai 5 kelopak seperti bunga senduduk putih juga. Dan Ia didapati sentiasa berbunga dan berbuah. Senduduk membiak secara semain biji benih.

Buah senduduk boleh dimakan tetapi agak masam sedikit. Warna kebiruan yang terhasil daripada buahnya selalunya dijadikan pewarna pada kain. Pucuknya pula boleh dijadikan ulam.


Kebiasaannya senduduk digunakan wanita lepas bersalin bagi mengembalikan kecergasan badan. Daunnya dicampur dengan daun mengkudu, daun serai wangi, pandan dan daun limau purut dimasukkan dalam air panas untuk dibuat air mandian bagi tujuan tersebut tadi.


Daun yang tua ditumbuk dan air tapisannya boleh diminum bagi menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin. Selain dari itu daunya boleh juga diguna bagi merawat luka, terkena bisa serta boleh melegakan buasir dan cirit-birit.



Namun berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah terbaik.

1 comment:

Jali said...

Assalamualaikum,

Tuan, tadi saya beli satu pokok senduduk yang bunganya berwarna ungu juga, tetapi daunnya kecil-kecil berbanding senduduk biasa ini. Bunganya pula besar dengan kelopak bunganya terbuka sepenuhnya dan lurus, tidak seperti senduduk ini yang kelopaknya agak melengkung.

Mungkin tuan kenal, senduduk jenis apakah itu?

Bertanya,
Jali