Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU

Jika dapat diundurkan masa
biar kita kembali
ulangi hidup dari mula
sambil menyulam di mana kekosongan
dengan akal budi dan tulus hati.

Jika masa dapat menanti
hari tidak berlalu sepantas ini
dan kita sempat membaiki diri
melakar wajah secantik dewa dewi
menjadi insan hakiki.

Tapi kita tetap dihidangkan
tahun baru yang menjelang
dan tentu tidak sempat
mencari jalan pulang.

- 31 Disember 2011

.

1 comment:

Kunang-Kunang said...

Walaupun lambat nak ucap selamat tahun baru jugak pada cikgu.

Semoga tahun baru ni kita terus diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan tanggungjawab kita kepadaNYA dan kepada semua.